21 Jan 2015

10 Jenis Minuman Sihat dan Menyegarkan Buat Ibu Hamil.

Salam bersiaran semua,

Entri ida kali ini tetap berkisarkan alam hamil buat semua ibu-ibu hamil.Tidak dinafikan sepanjang tempoh kehamilan pengambilan makanan ibu hamil adalah amat dititikberatkan.Kali ini ida nak kongsikan pula 10 jenis minuman sihat dan menyegarkan buat semua ibu hamil.

Pasti ramai ibu hamil akan pelbagaikan minuman mereka selepas melihat entri ida ni kan.Ida pun tertarik juga dengan minuman-minuman yang dicadangkan ni.

1.  AIR PUTIH




  • Semasa hamil badan anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani permintaan badan anda.Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan mengekalkan hidrasi badan.Air juga merupakan komponen utama susu ibu dan penting bagi pengeluaran yang baik.


2. AIR KELAPA




  • Air kelapa merupakan sejenis minuman isotonik semulajadi.Oleh itu ia membantu mengelakkan dehidrasi.
  • Air kelapa juga melegakan keletihan dengan mengembalikan garam semulajadi dalam badan yang hilang apabila anda berpeluh.
  • Ia adalah pilihan yang sangat sihat untuk melegakan dahaga ketika mengandung..


3. LEMONAD




  • Jus limau atau lemonad megekalkan hidrasi badan dan membekalkan vitamin C yang membantu badan anda menyerap zat besi dengan lebih berkesan.
  • Anda boleh meminumnya bila-bila masa atau disajikan bersama hidangan makanan.
  • Dan jika mengalami mabuk hamil,jus limau atau lemonad dengan daun pudina dan halia boleh menjadi minuman alternatif yang lazat.


4. JUS SEGAR





  • Jus segar dari limau manis,oren,nanas,tembikai dan tembikai wangi adalah minuman yang sesuai untuk cuaca panas.
  • Jika anda minum jus segar yang baru diperah,ia penuh dengan semua nutrien daripada buahnya.
  • Jika anda memebeli jus dari kedai,pastikan ia mempunyai label "100% jus".Jika tidak,minuman mungkin mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan.


5. MINUMAN BERDASAR SUSU




  • Produk susu kaya dengan kalsium,protien dan vitamin B-12.Dalam cuaca panas,susu skim sejuk,lassi dan susu mentega sesuai untuk meyegarkan dan mengekalkan hidrasi badan.
  • Susu kocak atau "Smoothie" buah-buahan yang dibuat menggunakan susu,dadih,ais dan buah-buahan ini penuh dengan mineral dan nutrien.Semua ini menghidratkan badan anda selain merupakan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan.
  • Walaubagaimanapun.bincanglah dengan doktor anda jika anda mengalamo masalah tak toleransi laktosa.


6. SERBAT BUAH




  • Selain membekalkan pelbagai nutrien,serbat buah dipercayai mendinginkan badan,menghidratkan serta membantu ibu-ibu mengandung menangani mabuk hamil.


7. JUS SAYUR BAUTAN SENDIRI




  • Jika anda mempunyai masalah mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam diet anda,cuba minum sayur -sayuran anda.
  • Pada waktu siang yang panas,jus sayur-sayuran sejuk memang lazat.Ia juga menyegarkan dan memberikan anda nutrien.


8. MOKTEL BUAH - BUAHAN




  • Moktel buah-buahan membantu anda mendapatkan beberapa nutrien yang anda dan bayi anda perlukan.
  • Buah yang sesuai untuk digunakan termasuk strawberi,laici,nanas dan limau..


9. AIR DENGAN BUAH-BUAHAN BEKU

  • Anda boleh menjadikan segelas air kosong lebih menyegarkan dengan menambah buah-buahan beku seperti oren,lemon,kiwi,pic,aprikot dan plm bukannya ketulan ais sahaja.
  • Buah beku juga kelihatan berwarna warni terapung-apung di dalam air yang kelas dan ia menyejukkan minuman anda sambil memberikan sedikit rasa buah apabila ia mencair.


10. TEH AIS




  • Dalam cuaca panas,teh ais mungkin lebih menyegarkan daripada yang panas.Hirisan lemon yang ditambah pada teh ais juga boleh melegakan mabuk hamil.
  • Namun begitu,perlu diingat bahawa teh mengandungi kafein oleh itu berpada-padalah meminumnya.
Mesti semua ibu hamil terliur melihat pelbagai jenis minuman yang ada di atas ni kan.Rasa-rasa yang tak hamil pun terliur samakan hehehehe.Jadi apa lagi boleh lah semua cuba pelbagainkan minuman segar dan sihat selepas ini ye.



Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment