24 Jan 2015

ANEMIA Semasa Hamil.

Salam dan selamat sejahtera semua,

Hari ini ida nak tulis entri berkenaan ANEMIA yang mana penyakit ini biasanya akan berlaku kepada ibu hamil.

ANEMIA  berasal daripada bahasa Greek yang membawa pengertian “tiada darah”, merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) / hemoglobin dan zat besi.

Satu daripada tiga wanita mengandung mengalami anemia kekurangan zat besi yang lebih lazim berlaku tetapi jarang disedari oleh kaum wanita.

Ini menyebabkan ia sering tidak dirawat hingga memberi kesan kesihatan dalam jangka panjang kepada ibu dan bayi.

Jom baca serba sedikit info mengenai ANEMIA ini.



1. JENIS-JENIS ANEMIA

1. Anemia Akibat Kekurangan Zat Besi

  • Berlaku apabila tubuh tidak mempunyai zat besi yang emncukupi untuk menghasilakn jumlah hemoglobin (iaitu protien dalam sel darah merah ) yang cukup.
  • Hemoglobin inilah yang membekalkan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.
  • Anemia jenis ini kerap berlaku dikalangan ibu hamil


2. Anemia Akibat Kekurangan Asid Folik

  • Tubuh memerlukan asid folik untuk menghasilkan sel tisu baru,termasuklah penghasilan sel darah merah.
  • Jumalah Asid Folik yang lebih diperlukan semasa hamil tapi kebiasaannya bekalan asid folik yang diperolehi dari diet seharian tidak mencukupi.
  • Kekurangan Asid Folik noleh mengakibatkan pertumbuhan terbantut pada janin.


3. Anemia Akibat Kekurangan Vitamin B12

  • Vitamin B12 juga diperlukan oleh tubuh untuk emnghasilkan sel darah merah
  • Kekurangan Vitamin B12  dalam diet harian,mengakibatkan tubu tak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup.
  • Wanita yang tidak makan daging,produk tenusu dan telur lebih berisiko untuk menghadapi masalah kekurangan Vitamin B12 yang juga boleh membahayakan janin.


2. GOLONGAN BERISIKO MENGHIDAPI ANEMIA


  • Wanita hamil kembar atau lebih
  • Jarak kehamilan yang terlalu rapat
  • Muntah  yang terlalu kerap disebabkan morning sickness
  • Wanita yang hamil pada usia terlalu muda
  • Tidak makan makanan yang kaya sumber zat besi
  • Menghadapi masalah haid yang terlalu banyak ( sebelum mengandung)


3. SIMPTOM ANEMIA SEMASA HAMIL


  • Warna kulit,bibir dan kuku yang pucat
  • Cepat letih dan sering berasa lemah
  • Sering pening kepala
  • Nafas yang pendek (rasa mengah/tercungap-cungap)
  • Degupan jantung yang pantas (sering berasa berdebar-debar)
  • Menghadapi masalah fokus
  • Keinginan makanan yang melampau
  • Kebas kaki dan tangan


4. BACAAN DARAH


  1. 11g/dl dan ke atas : NORMAL
  2. 9 hingga 11 g/dl   : ANEMIA RINGAN
  3. 7 hingga 8.9g/dl   : ANEMIA SEDERHANA
  4. Kurang daripada 7g/dl : ANEMIA TAHAP TERUK


5. RISIKO ANEMIA KEPADA KEHAMILAN

Kekurangan zat besi yang kronik dan tidak dirawat semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko kepasa ibu dan bayi

Risiko kepada IBU

  • Mungkin mengalami keguguran
  • Bersalin awal (kelahiran pra matang)
  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Pengeluaran susu badan berkurangan
  • Tumpah darah selepas bersalin
  • Koma taua meninggal dunia


Risiko kepada BAYI

  • Kurang berat semasa lahir (kurang dari 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan terbantut


6. MAKANAN MERENCAT PENYERAPAN ZAT BESI DALAM DARAH


  • Teh, kopi, koko, wain merah
  • Bayam
  •  Lemak
  •  Bijirin. produk soya
  • Susu, produk tenusu, kalsium
  • Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
  •  Magnesium, tetracyclines, thyroxine


7. MAKANAN MEMBANTU PENYERAPAN ZAT BESI DALAM DARAH


  • Daging merah, telur kuning, ikan
  • Sayuran kecuali bayam
  • Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
  •  Gula
  • Cuka


8. BAGAIMANA MERAWAT ANEMIA


  • Terdapat banyak jenis rawatan bagi anemia dan jenis rawatan bergantung kepada keterukan dan punca anemia.
  • Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.
Ok itu serba sedikit perkongsian mengenai ANEMIA buat semua ibu hamil di luar sana.Semoga ia bermanfaat kepada semua.Entri seterusnya ida akan bercerita pula MAKANAN UNTUK TAMBAH KETIKA HAMIL.Nantikan entri seterusnya ye.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


0 comments:

Post a Comment