25 Jan 2015

Antara Makanan Untuk Tambah Darah bagi Ibu Hamil Yang Ada Anemia.

Salam sejahtera semua,

Pada entri sebelum ini ida ada bercerita tentang ANEMIA KETIKA HAMIL.dan entri kali ini berkaitan dengan ANEMIA KETIKA HAMIL juga tetapi lebih kepada cara untuk mengurangkan masalah anemia ini.

Di bawah ini antara senarai makanan yang boleh di ambil untuk mengurangkan masalah ANEMIA KETIKA HAMIL.


1. DAGING MERAH



  • Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil.Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain.



2. BROKOLI


  • Sayur hijau ini mengandungi vitamin,zat besi dan folat.Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.


3. PISANG



  • Pengambilan 2 biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil.Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru.


4. KEKACANG



  • Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia.Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.


5. HATI AYAM



  • Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah.Walaubagaimanapun pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak


6. BAYAM



  • Untuk pengetahuan penghidap anemia,bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil.Bayam merah ataupun hijau,menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.


7. KERANG



  • Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia.Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan  cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.


8. TELUR




  • Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia.Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah.


9. OAT



  • Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan beserta zat besi.Oat juga mudah dicerna.Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.


10. BUAH DELIMA


  • Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah,kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.


11. MADU



  • Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia.Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan.


12. KURMA


  • Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi.Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah.Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anak.


13. KISMIS




  • Buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis.Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan.Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.


14. VITAMIN SHAKLEE

Vita- Lea Iron Formula


  • Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat.
  • Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.


Sustained Release Vitamin C



  • Anti oksidan semulajadi
  • Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi
  • Merangsang gusi yang sihat,gigi,tulang dan saluran darah
  • Membantu pengeluaran hemoglobin
  • Meningkatkan pertahanan badan


B Complex



  • Merangsang jantung dan otak yang  sihat
  • Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin
  • B Complex dilengkapi 8 vitamin B termasuk B12 dan folat
  • Membantu mengurangkan stress dan depresi

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment