19 Jan 2015

10 Tanda Perubahan Kulit bagi Ibu Hamil.

Salam,

Fasa kehamilan adalah satu fasa dimana kadang-kadang ibu hamil akan mengalami banyak perubahan pada kulit mereka.Tetapi kebiasaannya perubahan pada kulit ini tidak akan menjejaskan kesihatan ibu hamil mahupun bayi didalam kandungan.

Entri kali ini Ida nak tulis tentang beberapa perubahan kulit yang biasa berlaku kepada ibu hamil.

1. CHLOASMA ( Perubahan Pigmentasi Pada Muak dan Leher)

  • Chloasma juga dikenali sebagai 'topeng kehamilan'.Ia kelihatan sebagai tompok-tompok gelap pada dahi,pipi dan leher.Pada anita yang berkulit gelap,ia muncul sebagai tompok-tompok cerah.Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit.Hormon ini melindungi kulit daripada cahay ultraviolet.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut menjadi lebih gelap dan lebih jelas.Oleh itu lindungilah kulit anda dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih.Pakailah topi apabila anda keluar rumah.Jika anda rasa tompokan tersebut kelihatan hodoh,anda boleh selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap.Berita baiknya ialah tompokan ini akan mula hilanh dalam tempoh tiga bulan selepas anda bersalin.


2. LINEA NIGRA (Garisan Gelap Sepanjang Perut Anda)

  • Linea Nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut biasanya merentasi pusat.Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua.Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda.
  • Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan namun anda mungkin perlu menggosoknta sedikit untuk menghilangkan kulit kering.Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara,tahu lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami [erubahan pigmentasi tetapi ini juga akan hilang.


3. KULIT BERSERI SEMASA HAMIL


  • "SERI" semasa hamil bukan sekadar kata-kata.Ketika hamil,kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan,menjadikannya montok serta menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin anda sebelum ini.Apa yang membuatkan kulit anda cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan anda.Ini juga kadang-kala membuatkan anda rasa agak panas.
  • Malangnya kesan sampingan daripada ini ialah anda mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan.Jika anda mem[unyai tompok-tompok merah dibahagian muka ia juga akan kelihatan lebih jelas.
  • Namun begitu,jangan cuba kurangkan meminum air kerana badan anda memerlukan banyak air.Sebaliknya berehatlan seberapa kerap yang boleh.Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas anda bersalin.Tetapi jika anda mahu menutupnya anda boleh cuba gunakan bedak asas yang lembap.


4. JARINGAN URAT SEMASA HAMIL


  • Jaringan urat (spider veins atau dikenali juga sebagai spider naevi) adalah kapilari-kapilari darah (salur darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi.Ia biasa berlaku pada wanita hamil terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya.Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu daah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa anda hamil.
  • Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku,lindungi muka anda daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh menggalakkan pembentukaa jaringan urat.Urat-urat ini akan hilanh setelah tahp hormon anda menjadi stabil semula selepas bersalin.


5. BINTIK-BINTIK DAN JERAWAT SEMASA HAMIL


  • Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat.Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal.Namun terlalu banyak sebum dihasilakn boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik terbentuk.
  • Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut dan gunakan pelembap muka tanpa minyak.Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.
  • Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor.Sesetengah krim seperti ini todak boleh digunakan semasa hamil.Beberapa minggu selepas bersalin,kulit anda sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil.


6. TANDA REGANGAN

  • Tanda regangan (Strech Mark) ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut,payudara dan paha.Ia berlaku kepada kira-kira 75 hingga 90 peratus wanita hamil.Ia disebabkan oelh regangan kulit apabila berat badan anda semakin bertambah sewaktu hamil.
  • Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protien pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa.Selepas bersalin,pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.
  • Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit yang lebih elastik daripada orang lain.Ini bermakna mereka tidak mengalami tanda regangan.Tetapi bagi kebanyakkan daripada kita,ini hanyalan salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi.Anda boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat,menyapu minyak atau krim yang kaya dengan Vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal mengamalkan pemakanan sihat yang kaya dengan Vitamin E dan C serta zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.
  • Satu ulasan kajian mengenai krim untuk menghalang tanda regangan mendapati bahawa hanya satu sahaja kajian yang dilakukan si Sepanyol yang menunjukkan bahawa krim dapat membantu.Ini dilakukan dengan mengurut badan menggunakan krim yang dipanggil Trofolastin.Krim ini menegandungi bahan aktif eksstrak Centella Asiatica,Alpha Tocopherol (Vitamin E) dan Collagen -Elastin Hydrolysates.


7. MELECET SEMASA HAMIL


  • Apabila berat badan anda bertambah,sesetengah tempat pada badan anda boleh melecet seperti pada paha atau bawah payudara.Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap,kemudian melepuh dan mengeluarkan bau.Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.
  • Pastikan kawasan yang terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk meyerap kelembapan.Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit dan elakkan memakai seluar ketat atau tights
  • Maklumkan kepada doktor anda mengenai perkara ini,terutamanya jika anda banyak berpeluh kerana ia boleh menyebabkan jangkitan fungus atau keputihan.Keputihan perlu dihapuskan sebelum bayi anda lahir kerana ia boleh dijangkitkan kepada bayi semasa anda bersalin,


8. KULIT SENSITIF SEMASA HAMIL.

  • Kulit anda biasanya lebih sensitif apabila anda hamil,bukan sahaja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga kerana ia lebih lembut dan meregang.Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba-tiba menyebabkan kulit anda pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk.Kulit anda boleh menjadi gatal apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • Cuba kenalpasti apa yang menyebabkan masalah ini.Adakah ia disebabkan oleh serbuk pencuci ataupun minyak wangi yang anda guna?Pakailan pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas serta kekalkan kelembapan badan.Berendam terlalu lama atau tambahkan minyak mandian kepada air mandian untuk mengekalkan keanjalan kulit.(Tetapi pastikan anda tidak tergelincir ketika masuk atau keluar dari tab mandi)
  • Sentiasa lindungi kulit anda daripada matahari dengan pelindung matahari berfaktor tinggi (SPF 15 atau lebih ).


9. RUAM DAN KEGATALAN SEMASA HAMIL


  • Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan.Peningkatan tahap hormon membuatkan anda lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa.Contohnya anda  mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.
  • Keputihan yang menyebabkan kegatalan pada faraj dan buasir yang menyebabkan kegatalan pada dubur juga lebih mudah berlaku semasa anda hamil.Pakailah pakaian ringan dan longgar yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit.Bincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan yang selamat digunakan sekiranya anda mengalami keputihan dan buasir.Untuk menghalang buasir,anda mungkin dinasihati supaya meningkatkan serat dalam pemakanan.
  • Menyapu losyen kelamin dapat mengurangkan kegatalan.Jika ruam atau kegatalan berlarutan lebih daripada 2 hari dapatkan nasihat daripada doktor anda.


10. KEGATALAN YANG TERUK KETIKA HAMIL

  •  Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan,terutamanya pada waktu malam serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku.Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil.Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga kira-kira minggu ke-28 kehamilan dan biasanya hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.
  • Walaupun penyebab tidak diketahui,dipercayai bahawa tahap estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu.Kegatalan ini boleh jadi teruk dan kadang kala tidak dapat dikawal.Walaupun anda mungkin bimbang kerana hati anda tidak berfungsi dengan baik namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan anda.
  • Namun begitu,risikonya pada bayi adalah kurang jelas.Kajian awal yang dilakukan dalam tahun 1970 an mengaitkan keadaan ini dengan bayi meninggal dalam kandungan tetapi bukti-bukti  baru menunjukkan bahawa risiko bayi meninggal dalam kandungan tidak bertambah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengalaminya.Tiada juga bukti yang menunjukkan obstetric cholestastis menjejaskan perkembangan bayi atau menyebabkan kecacatan.
Sumber disini

Itu antara perubahan-perubahan kulit yang biasa berlaku kepada ibu hamil.Dan bagi setiap ibu hamil jangan risau kebiasaanya setiap perubahan kulit ini akan hilang selepas bersalin cuma mungkin ia akan mengambil masa.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

18 Jan 2015

Regangan,Rekahan Kulit ataupun Strech Mark Semasa Hamil & Bagaimana Shaklee Bantu Atasi Masalah ini.

Assalammualaikum semua,

Kesan rekahan,regangan ataupun "Strech Mark" pada kulit di bahagian tertentu sewaktu hamil dan selepas bersalin memang sangat membimbangkan semua kaum wanita.Ini kerana kesan ini akan membuatkan kulit kelihatan tidak cantik dan kebanyakkan wanita hamil akan mengambil alternatif sedari hamil agar kesan-kesan "Strech Mark" ini dapat di minimakan.

Jadi entri ida kali ini adalah berkenaan dengan kesan rekahan,regangan ataupun "Strech Mark" yang sering melanda wanita hamil.



APA ITU STRECH MARK?


  • Strech Mark merupakan tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut,lengan,pinggul,paha,punggung dan juga payudara.


APA PUNCA STRECH MARK?


  • Strech Mark terjadi adalah disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan yang mana ianya terbentuk apabila terjadi regangan kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu-tisu kulit sehingga kulit mengalamai regangan secara berlebihan.
  • Bagi wanita hamil,strech mark yang muncul biasanya berwarna merah jambu dan agak lebar lama kelamaan ia berubah menjadi garis nipis berwarna  keputihan atau kecoklatan.Selain faktor kehamilan,masalah ini juga terjadi akibat peubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti steroid pada ubat gemuk atau asmaPendek kata,kesan yang hodoh ini amat merisaukan sebahagian besar wanita.


MENGAPA STRECH MARK TERJADI?


  • Kerana pengaruh hormon kehamilan dan akibat regangan kulit apabila janin makin membesar
  • Biasanya berwarna merah jambi dan cenderung lebar,kemudian beransur berubah menjadi garis nipis berwarna keputihan atau kecoklatan.Bagi yang pernah hamil mungkin anda mengenali strech mark umumnya melintang di sepanjang kulit perut atau di atas punggung.
  • Jika payudara membesar sewaktu kehamilan,peregangan kulit payudara akan terjadi dan sewaktu penyusuan,biasanya akan meninggalkan tanda parut putih sesudahnya buat sementara payudara kembali ke ukuran normal.


Faktor Genetik

  • Jika ibu anda punya  kecenderungan mempunyai strech mark,makan kemungkinan besar anda juga akan mewarisinya.

Masalah Kulit Kering

Perubahan Berat Badan Secara Mendadak

  • Waspada untuk anda yang kerap mengalami fenomena diet yoyo,dimana berat badan turun naik dengan cepat.

Pengaruh Ubat

  • Steroid misalnya ubat gemuk atau asma

CARA UNTUK EMNGHILANGKAN STERCH MARK?

1. MINUM AIR PUTIH YANG MENCUKUPI

  • Ibu hamil harus membiasakan diri mengambil air putih minima 8 gelas sehari.Hal ini dapat membantu kulit terjaga ketelapannya sehingga boleh membantu meminima kesan "STRECH MARKS"


2. AMALKAN SAPU KRIM PELEMBAP

  • Untuk menambah ketelapan kulit,ibu hamil boleh menggunakan pelembap yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi seperti "cocoa butter" dan "shea butter".Disapu dikawasan yang gatal atau terkena "strech marks".Ataupun sapukan seluruh badan dengan minyak yang kaya dengan Vitamin E sebelum mandi.


3. KAWAL BERAT BADAN

  • Ibu hamil sebaiknya kawal kenaikan berat badan yang terlalu mendadak.Sepanjang kehamilan kenaikan normal berat badan ibu hamil antara 12-15kg.Jika kenaikan terllau cepat adalah kurang baik bagi kehamilan selain itu kulit juga akan terlalu banyak mengalami regangan sehingga senang mendapat "strech marks".


4. SENAMAN

  • Pengaliran darah dan oksigen yang lancar juga dapat membantu meminimakan terjadinya :strech marks".Jadi lakukanlah senaman yang sesuai menurut nasihat doktor.


5. KAWALAN DIET MAKANAN

  • Ambil makanan yang sihat dan berserat tinggi seperti sayuran dan buah-buahab yang dapat membantu mencegah terjadinya "strech marks".Selain itu,amalkan juga makanan yang banyak mengandungi vitamin A,E dan C seperti susu,telur,kekacang,tomato."oatmeal" dan sebagainya.


BAGAIMANA PULA SUPPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU ATASI STRECH MARK INI?

ESP Shaklee



ESP merupakan makanan tambahan yang bersumberkan soya.Soya kaya dengan protien.Protien membantu meremajakan kulit.


  • Protien membantu menghasilkan sel kulit yang lebih cantik.Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati
  • Tapi ia akan diganti dengan sel kulit yang baru.Sel kulit yang baru ini akan terbentuk mengikut rupa sel kulit yang lama\
  • Jadi jika sel kulit yang lama buruk maka sel kulit baru yang terbentuk juga akan menjadi buruk juga
  • Disini protien berfungsi untuk membantu memperbaiki sel kulit yang baru tapi kelihatan buruk itu untuk menjadi cantik dan lebih sihat.


Vitamin C Shaklee


Vitamin C ini penting untuk pembentkan KOLAGEN.Kolagen adalah sejenid PROTIEN iaitu kumpulan utama kulit yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit,otot,tendon,tulang,urat,organ dalaman serta terdapat dalam gigi.Secara semulajadi ia memrengkap kelembapan dan kekelran kulit.

Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal dan secara tak langsung membantu mengurangkan kedutan (strech Mark).Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahin.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudiam.Selepas usia 45-50 tahun badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.Jadi semakin tua semakin kekurangan kolagen dalam badan.

Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee dan Vitamin C Shaklee untuk atasi masalah Strech Mark anda boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

17 Jan 2015

Checklist Persediaan Barang Sebelum Bersalin Buat Ibu dan Bayi.

Salam bersiaran,

Pasti ramai-ramai ibu hamil yang akan terfikir-fikir apakah keperluan yang perlu di bawa ke hospital oleh ibu serta bakal bayi yang dilahirkan.Bagi yang dah bersalin untuk kali ke 2 mahupun ke 3 pasti tiada masalah tapi bagi yang first time nak hadapi detik kelahiran bayi ni pasti tercari-cari info untuk menyediakan keperluan diri sendiri mahupun untuk si bayi.Tapi ida yang dah kali ke 2 ni pun still encik google gak nak tahu keperluan apa yang nak dibawa hikhikhik.Dah lupe lah katakan.

Kebiasaanya persediaan barang keperluan untuk ke hospital akan disediakan setelah kandungan berusia 7 bulan.Tapi ida dah masuk 8 bulan lebih baru sediakan hikhikhik.Checklist yang ida sediakan ini mungkin dapat membantu semua bakal mommy-mommy kat luar sana.Dan mungkin ada keperluan ini perlu ditambah mahupun dikurangkan mengikut kesesuaian ibu-ibu semua ye.

Barang Keperluana Ibu untuk ke Hospital.

1)Nursing Bra 
-Sekurang-kurangnya 2@ 3 helai

2)Breast Pad
-Penting untuk elakkan bra basah sebab di awal kelahiran susu ibu memang banyak dan mudah keluar.(Ida guna yang boleh basuh tu,ida bawa 2 pasang je)

3)Tuala Wanita
- Ida bawa banyak ni & ini ida guna Kotex Overnight je,senang.(Dulu masa Elman pakai yang ada tali tu agak sukar & susah juga nak gunanya hehehehe)

4)Keperluan Peribadi
-Tuala,sikat,berus gigi,ubat gigi dan sebagainya.

5)Stokin
-Sekurang-kurangnya 2 pasang

6)Panties
- Sekurang-kurangnya 5 helai.

7)Tudung Ekspress

8)Kain Batik
- 1 helai ( Ida bawa 2 helai terus senang)

9)Pakaian
-Yang bersesuai untuk pakai ketika pulang dan untuk memudahkan penyusuan

10)Minyak Urut
-Untuk sapu dekat betis dan tapak kaki untuk elak angin masuk selepas bersalin.

11)Baju sejuk
- 1 helai

12)Selipar
-Senang untuk pergi bilik air

13)Surah-surah Al Quran/Majalah/Buku
-Untuk elakkan kebosanan

14)Plastik
-Untuk letak pakaian yang sudah digunakan

15)Buku Merah
-Ini wajib bawa ye

16)Handphone & Pengecas

Barang Keperluan bayi untuk ke Hospital

1)Pampers
-Letak dalam 6-7 keping

2)Baju
-3@ 4 pasang

3)Minyak telon

4)Tuala mandi
- 1 Helai

5)Tuala kecil

6)Booties & Mittens
-3 @ 4 pasang

7)Peralatan Mandian

8)Wet Tissue

9)Selimut/Bedung

10)Barut

11)Topi

Kat atas ini antara keperluan yang perlu dibawa ke hospital oleh semua ibu untuk diri mereka dan juga bayi yang bakal lahir nanti.Semoga sedikit maklumat ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana.Berminat untuk dapatkan vitamin@ supplemen untuk Berpantang mahupun untuk Penyusuan boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


16 Jan 2015

9 Petua Mudah Bersalin Secara Normal.

Assalammualaikum semua,

Pengalaman melahirkan mujahid kecil yang dikandung selama 9 bulan 10 hari adalah satu pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata.Hanya si ibu yang merasainya dan setiap ibu hamil mengalami pengalaman yang berbeza.

Setiap ibu hamil juga mengimpikan untuk melahirkan mujahid kecil mereka secara normal.Jadi hari ini ida nak kongsikan PETUA MUDAH BERSALIN secara normal.In Sha Allah jika diamalkan akan dipermudahkan melahirkan mujahid kecil anda secara normal.

1. MENIMBA PENGETAHUAN


  • Kajian dan tinjauan harus dibuat semasa hamil.Rajin-rajinkan mulut bertanya pengalaman bersalin orang sekeliling sama ada kawan sepejabat, saudara mara mahupun jiran tertangga.Mereka pasti teruja menceritakan pengalaman masing-masing di samping memberi nasihat yang berguna kepada anda kelak.Ibu hamil juga perlu meluaskan pengetahuan melalui pembacaan.Belilah buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin sebagai langkah awal untuk mendapat sedikit gambaran teatang perjalanan seorang ibu hamil  hingga melahirkan bayi.Ikutilah juga kelas antenatal yang dianjurkan di mana-mana pusat kesihatan.


2. PERSEDIAAN MENTAL DAN ROHANI

  • Ibu perlu yakin terhadap kemampuan diri sendiri.Jadilah seorang yang berfikiran positif.Fikirkan bahawa jika wanita lain boleh melakukannya mengapa anda tidak?Apabila anda yakin secara tidak langsung akan menaikkan semangat anda.Bersabar dan bertawakal merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang.Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum,semasa dan selepas bersalin.


3. PERSEDIAAN FIZIKAL

  • Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan.Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan membantu melancarkan proses bersalin.Hindari aktiviti yang boleh memudaratkan dan mendapat jangkitan.Elakkan daripada mendapat selsema dan batuk.Sekiranya terjangkit,segeralah mencari penawar agar sisitem dalam badan tidak terganggu terlalu lama.Sentiasalah bersenam dan mengambil diet yang seimbang supaya badan cergas.


4. MENENANGKAN DIRI

  • Walaupun sakit,ibu harus berusaha untuk bertenang.Ungkapkanlah zikir dan selawat sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang ditanggung.Ketika ini,sokongan moral daripada suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran.MIntalah ampun daripada suami dan kedua orang tua sebelum bersalin.Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa ingin bersalin.Kebiasaannya kakitangan hospital akan membantu ibu-ibu semasa proses bersalin berjalan.


5. ALAS PERUT

  • Melahirkan anak bakal memerlukan tenaga yang banyak.Kekurangan tenaga akan menyukarkan atau melambatkan proses bersalin.Alaslah perut anda sebelum dibawa ke bilik bersalin.Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera kerana menahan sakit.Jangan biarkan perut kosong.Sekurang-kurangnya makan sebuku roti aau beberapa keping biskut sebagai alas perut.


6. MINYAK KELAPA DARA

  • Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (Virgin Coconut Oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin.Ia juga merupakan antiviral yang boleh melawan jangkitan.Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil  dalam bentuk kapsul.Ada juga yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara dibahagian perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin.Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.


7. TELUR AYAM KAMPUNG


  • Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga.Menurut petua orang lama,pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran.Ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air milo.Kacau kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital setelah tanda-tanda hendak bersalin kelihatan.In Sha Allah iainya akan membantu dalam proses bersalin anda.Telur ayam kampung juga boleh diambil sepanjang kehamilan dalam bentuk separuh masak.






8. BENDI



  • Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium.Sayur yang berlendir ini bukan sahaja dapat membantu dalam proses bersalin malahan ia juga turut menjadi penawar kepada sembelit,diabetis dan jaundis.Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam,ditumis dimasak bersama ikan dan sebagainya.Ibu hamil yang mempunyai masalah buasir juga boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.


9. KURMA DAN AIR ZAM ZAM



  • Makanan dan minuman dari tanah arab ini sering disebut-sebut sebagai makanan tambahan ataupun penawar kepada penyakit.Kurma adalah sejenis buah yang bakal memberikan tenaga segera.Ia pantas diproses dan diserap.Selain mengandungi karbohidrat,kurma juga terdiri daripada serat dan pottasium.
  • Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung kerana dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran daraj semasa bersalin.Makanlah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin.Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.
Itu antara tips dan petua yang boleh ida kongsikan.Ida doakan semua ibu hamil akan dipermudahkan proses bersalin nanti dan doakan juga selamat melahirkan mujahid kecil ida tak lama lagi ni ye.

Berminat untuk dapatkan supplemen Shaklee boleh hubungi ida:-


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

15 Jan 2015

Supplemen atau Vitamin Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil.

Salam bersiaran semua,

Adakah perlu untuk seseorang ibu hamil mengambil vitamin atau supplemen kesihatan sepanjang tempoh kehamilan mereka?

Itu adalah antara persoalan yang sering bermain dan ditanyakan oleh semua ibu hamil.Bagi semua ibu hamil,diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.Dengan itu,ibu hamil selalu dinasihatkan untuk mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan.Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Tetapi tidak dinafikan terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan,mual-mual atau loya,muntah yang teruk dan sebagainya.Oleh sebab itu,pengambilan supplemen vitamin adalah disarankan bagi  melengkapkan keperluan nutryang diperlukan bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.Pengambilan supplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi,kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Tetapi persoalannya disini apakah vitamin dan supplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil.Disini ida senaraikan antara supplemen atau vitamin yang boleh diambil oleh ibu hamil yang mana ia ida ambil dari sumber disini.

1. ASID FOLIK 


  • Asid Folik merupakan supplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan.Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan pada tiub neural).Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
  • Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil.Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
  • Dalam sesetengah keadaan,dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5 mg mungkin akan disyorkan oleh doktor.Sebagai contohnya:-

Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu
Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik
Ibu hamil yang menghadapi penyakit kencing manis


2. ZAT BESI


  • Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak.Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah,suppleman zat besi perlu diambil.Ini diseabkab jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet.Akibatnya,penyimpanan zat besi dalam badan akan berkuarang dan boleh membawa kepada anemia.
  • Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi.Selain itu,pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan.Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka.Zat besi ini berasal daripada dararah ibunya melalui uri dan boleh boleh bertahan sehingga 4 bulan.
  • Biasanya,jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg,ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakkan ibu hamil,loya ataupun cirit birit.Supplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kuran12gbiasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
  • Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami.Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia,terdapat pilihan untuk bertukar kepada supplemenkesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah.Walau bagaimanapun,bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada supplemen lain,disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.
  • Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging mterah,kismis,kurma,kekacang dan sayur-sayuran.



3. KALSIUM


  • Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga.Kalsium juga penting sepanajang kehamilan bagi mengelakkan kekejanan otot kaki ibu.Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium,ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
  • Biasanya supplemen ini akan dipreskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka.Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan anita hamil kepada risiko preeklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
  • Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan oleh ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun ) dan 1000mg ( ibu berumur 19-50 tahun)


4. ASID LEMAK PERLU

  • Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan.Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.Memandangkan omega-3 adalah sangat pentin untuk bayi adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlkan supplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.


5. VITAMIN D


  • Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana  Vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalakan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan.Oleh itu,adalah penting bagi ibu hamil mengambil Vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan Vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka.Dos yang dicadangkan ialah 200IU Vitamin D setiap hari.
  • Sumber makanan terbaik yang mengandungi Vitamin D adalah ikan sardin,ikan mackerel,ikan salmon,telur dan daging.


TIPS PENGAMBILAN VITAMIN DAN SUPPLEMEN


  1. Sebelum membeli sebarang vitamin atau supplemen baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan bayi.
  2. Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan supplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
  3. Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau supplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi
  4. Bagi mengelakkan loya cuba ambil supplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur.Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau supplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
  5. Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan.Ia seharusnya mengandungi ASID FOLIK,ZAT BESI,VITAMIN D dan KALSIUM.Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi VITAMIN C,VITAMIN D,VITAMIN B seperti B6 dan B12,POTTASIUM dan VITAMIN E.
  6. Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol iaitu Vitamin A daripada sumber haiwan kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak.retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan.Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi seperti minyak hati ikan (fish liver oil).Bagaimanapun Vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan  dan selamat untuk bayi.
Itu antara supplemen atau vitamin yang disarankan untuk diambil oleh semua ibu hamil.Shaklee juga turut menyediakan supplemen untuk ibu hamil yang lengkap.Set Hamil Shaklee merangkumi kesemua nutrien yang diperlukan oleh ibu hamil mahupun bayi di dalam kandungan.Kalau nak tahu apa itu Set Hamil Shaklee jemput klik link di bawah ye:


Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee boleh hubungi ida:- 



Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

14 Jan 2015

SET HAMIL SHAKLEE : Supplemen Lengkap untuk Ibu Hamil.

Salam kasih sayang buat semua,

Seperti yang semua sedia maklum bahawa Shaklee turut menyediakan Set Hamil yang Lengkap untuk semua ibu hamil yang mana ia ternyata selamat,semulajadi dan berkesan.Set Hamil Shaklee terdiri daripada B Complex,Vita Lea,Sustained Release Vita C Plus,Ostematrix,Omega Guard serta Energising Soy Protien (ESP).

Pasti semua ingin tahu apakah fungsi setiap vitamin ini kepada ibu hamil kan.Ida sendiri untuk kehamilan ke dua ini ida amalkan Set Hamil Shaklee dan Alhamdulillah ia memberi kesan positif pada ida.

Jom kita baca kepentingan setiap vitamin yang terdapat dalam Set Hamil Shaklee ini :-


1. B COMPLEX


  • Lengkap dengan 8 jenis Vitamin B termasuk Folate (Asid Folik) yang sangat diperlukan bagi mencegah kecacatan pada saraf tunjang (spina bifida)
  • Membekalkan sebanyak 200mcg folate dalam setiap kapsul.
  • Membantu melancarkan peredaran darah dan menjana tenaga bagi ibu yang sedang mengandung.
  • Merupakan vitamin anti stress dan mebantu ibu untuk menikmati saat kehamilan dengan lebih tenang.


2. VITA LEA IRON FORMULA




  • Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk zat besi (iron) sebnayak 9mg yang sangat diperlukan oelh ibu semasa mengandung.
  • Turut mengandungi Folate  (Asid Folik) sebanyak 200mcg  bagi melengkapkan keperluan asid folikibu semasa mengandung
  • Teknologi salutan mikro yang terdapat pada Vita Lea membolehkan Vita Lea terurai dengan cepat dan mudah diserap oleh badan untukkesan yang optimum.
  • Membantu mengelakkan kelesuan,pening dan mudah pitam bagi ibu-ibu yang kekurangan darah atau kandungan hemoglobin rendah.


3. SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS




  • Vitamin C amat diperlukan bagi membantu penyerapan zat besi dan nutrisi yang lain lebih baik
  • Merupakan antioksidan yang dapat menguatkan sistem pertahanan badan ibu yang mengandun dan mengelakkan dari mudah terkena serangan penyakit
  • Vitamin C juga amat baik untuk kesihatan kulit dan mencegah daripada mendapat gusi berdarah semasa mengandung.
  • Vitamin C juga penting bagi memastikan kandungaan air ketuban yang melindungi bayi dalam kandungan sentiasa mencukupi.



4. OSTEMATRIX




  • Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium malah turut diperkaya dengan magnesium dan juga Vitamin D yang sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk kesihatan tulang dan gigi diri dan juga bayi
  • Setiap kapsul Ostematrix mengandungi 200mg kalsium yang bersamaan dengan segelas susu
  • Kehadiran Vitamin D di dalam Ostematrix membantu penyerapan kalsium yang lebih berkesan dan lantas membantu mengelakkan ibu yang sedang mengandung daripada mudah terkena cramp atau kekejangan otot kaki dan bengkak kaki
  • Magnesium pula membantu ibu hamil dalam melembutkan najis dan mengelakkan diri dari terkena sembelit semasa mengandung


5. OMEGA GUARD




  • Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan yang mengandungi asid lemak perlu Omega 3 yang dihasilkan daripada ikan-ikan laut dalam perairan Jepun
  • Omega Guard juga melalui proses penyulingan 3 peringkat yang menjadikannya sebagai asid lemak omega 3 yang tulen dan bebas dari pencemaran bahan kimia dan merkuri
  • Mengandungi DHA dan EPA yang penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.
  • Omega Guard Shaklee juga membantu dalam mengawal tekanan darah ibu semasa mengandung dan membantu dalam mengawal kolesterol.


6. ENERGISING SOY PROTIEN (ESP)





  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protien.Protien adalah makanan sel.Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon,enzim dan antibodi memerlukan protien.Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selamaberjam-jam lamanya.Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain.Kulit juga menjadi lebih licin,gebu dan anjal.

Itu antara fungsi yang terdapat pada vitamin bagi Set Hamil Shaklee.Jadi bagi ibu hamil yang ingin dapatkan Set Hamil Shaklee boleh hubungi ida ye.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


13 Jan 2015

10 TIPS untuk Mendapatkan Kehamilan yang Sihat

Salam bersiaran smeua,

Fasa kehamilan adalah satu fasa yang indah bagi semua ibu-ibu hamil.Ini kerana kehadiran cahaya mata adalah sesuatu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Tetapi pasti akan terdapat satu fasa di dalam tempoh kehamilan itu ibu-ibu hamil akan merasa ketidak selesaan pada diri.Ini ida kongsikan antara perkara yang perlu diambil kira sepanjang tempoh kehamilan agar fasa kehamilan ibu-ibu hamil berjalan dengan sihat


1. RANCANGKAN RAWATAN ANTENATAL ANDA DARI AWAL




  • Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.
  • Walaupun anda tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda.
  • Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.


2. MAKAN DENGAN BAIK

  • Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).
  • Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.
  • Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari.
  • Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.


3. BERHATI-HAI TENTANG KEBERSIHAN MAKANAN



  • Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.
  • Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.
  • Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.
  • Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).


4. MENGAMBIL TAMBAHAN ASID FOLIK DAN MEMAKAN IKAN


  • Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.
  • Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
  • Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.
  • Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.
  • Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.
  • Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).


5. BERSENAM SELALU

                                     


  • Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.
  • Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.
  • Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat.


6. MULA LAKUKAN SENAMAN LANTAI PELVIK


  • Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.
  • Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.
  • Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali.


7. HADKAN PENGAMBILAN ALKOHOL



  • Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.
  • Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.
  • Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.


8. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN



                             

  • Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.
  • Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.
  • Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.


9. BERHENTI MEROKOK

                        


  • Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.
  • Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.
  • Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik


10. LEBIHKAN BEREHAT
                             



  • Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.
  • Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

12 Jan 2015

7 Jenis Senaman Untuk Ibu Hamil kekal Cergas dan Bertenaga.

Salam dan selamat sejahtera semua,

Senaman semasa hamil adalah penting kerana ia bagi memastikan ibu hamil sentiasa cergas dan bertenaga.Tetapi senaman yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan ibu hamil.

Entri kali ini ida nak kongsikan pula antara senaman yang boleh dilakukan oleh ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan.

1. SENAMAN PELVIC FLOOR



  • Senaman ini bukan sahaja berguna untuk ibu hamil malah kepada semua orang.Semasa hamil,otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak.Akibatnya,seseorang itu akan mudah terkencing semasa bersin atau batuk.Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik.Caranya ialah dengan melakukan kemutan.Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa.Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula.Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja sebanyak mana yang anda mahu.


2. MELAKUKAN REGANGAN

Secara Berbaring

  • Baring terlentang dan letakkan kedua-dua tangan di sisi.Tekuk kaki kanan dengan keadaan tapak kaki rata di atas lantai (membengkokkan lutut).Kaki kiri pula diluruskan dengan tapak kaki kiri ditegakkan ke atas sehingga jari kaki mengarah ke muka anda.Tahan seketika kemudian ulang semula dengan menekuk kaki kiri pula.Lakukan secara bergilir-gilir kaki kiri dan kanan.


Secara Duduk

  • Duduk di atas lantai dalam keadaan kedua-dua tumit kaki ditemukan.Dengan menggunakan tangan,tarik kaki yang bertemu itu ke arah tubuh (ke dalam) mengikut kemampuan.Kemudian,tekan lutut ke arah lantai secara perlahan-lahan.Boleh menggunakan tangan untuk menekan lutut tetapi jangan tekan terlalu kuat.


Secara Berdiri

  • Regangan ini dipanggil regangan mata kaki.Berdiri menghadap dinding dalam keadaan kaki kanan di hadapan dan kaki kiri di belakang.Tekapkan kedua tapak tangan ke dinding.Tekuk lutut kaki kanan sedikit dan condongkan badan kearah dinding (seperti dalam keadaan menahan dinding dari tumbang).Siku anda akan automatik terbengkok semasa anda melakukan regangan ini.


Regangan Lengan

  • Regangan ini boleh dilakukan semasa duduk ataupun berdiri.Angkat kedua-dua belah lengan ke arah atas seperti mahu melambai.Selepas itu,cuba menjangkau ke langit menggunakan sebelah tangan.Lakukan lengan sebelah lagu dan ulang perbuatan ini secara bergilir-gilir.


Regang Tubuh

  • Duduk di atas lantai dengan kedua-dua kaki direntangkan.Kemudian,hulur lengan kanan ke arah pergelangan kaki dan angkat lengan kiri  ke atas kepala menghala ke arah kanan secara perlahan-lahan.Ulang gerakan ini selama beberapa kali kemudian tukar posisi satu lagi pula.Lakukan berselang seli kiri dan kanan.Kesan akan dirasai pada bahagian pinggang semasa meregang.


3. BERTINGGUNG

  • Bertinggung adalah keadaan seperti mencangkung tetapi bertinggung ditahan oleh jari kaki manakalan mencangkung oleh tapak kaki.Semasa bertinggung,kaki berada dalam keadaan bertinjit.Letakkan kedua-dua  tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu.Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu.Bertinggung merupakan satu senaman yang boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.



4. BERENANG





  • Ibu hamil sememangnya disarankan untuk berenang.Ini adalah kerana berenang boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban.Kawalan pernafasan semasa berenang akan dapat membantu semasa proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran.Selain itu,berenang juga dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.Tekanan air akan membuatkan otot anda bekerja lebih sedikit dari biasa.


5. BERJALAN KAKI



Berjalan kaki bukan sahaja boelh mengeluarkan peluh malah dapat membantu menggerakkan otot-otot yang bakal diperlukan semasa bersalin.Mulakan berjalan kaki secara perlahan sengan jarak yang pendek.Lakukan sebanyak 3 kali dalam seminggu.Kemudian anda boleh menambahkan sedikit kelajuan semasa berjalan dan juga menambah jarak.Senaman ini juga sesuai dilakukan ditempat berhawa dingin seperti dipusat membeli belah.

6. MENAIKI TANGGA



Senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana dikhuatiri rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga.Menaiki tangga banyak melibatkan otot peha dan pelvik.Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak terlalu laju dipercayai dapat mempercepat bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

7. KERJA RUMAH

Siapa kata kerja-kerja dirumah tidak meletihkan?Seringkali kita dengar bahawa ibu hamil perlu banyak berehat.Walaubagaimanapun,ibu hamil digalakkan melakukan kerja-kerja rumah yang tidak berat.Untuk ibu yang berada di awal kehamilan,kerja-kerja seperti menyapu lantai dan menyidai pakaian tidak menjadi masalah.Elakkan dari mengemop lantai,mencuci bilik mandi dan  mengangkat barang yang berat keran ia boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu hamil atau janin di dalam kandungan.

Di atas ini antara senaman yang boleh diamalkan oleh setiap ibu hamil bagi memastikan ibu hamil sentiasa kelihatan cergas dan bertenaga.Selain itu senaman ini boleh memudahkan proses ketika hendak bersalin.Jadi ibu-ibu hamil semua boleh amalkan senaman-senaman di atas ni ye.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


11 Jan 2015

Teknik Dan Cara Meneran Ketika Bersalin.

Salam bersiaran semua,

Pengalaman melahirkan Nur Muhammad Elman Hafiy secara normal tetap membuatkan aku rasa gabra dan takut untuk bersalin kali ke 2 ni hikhikhikhik.Yela masa lahirkan Elman dulu ida tak tahu macam mana nak gambarkan sebab masa Elman dulu ida overdue 2 hari.Jadi masa keluar tanda 'Bloody Show' terus pergi Hospital Kuala Pilah tapi tak sakit lagi masa tu.Kontaksi tak ada lagi.Pergi hospital pastu doktor periksa baru buka 1cm.Pastu terus admit wad jela nak balik rumah balik macam jauh kan.Tapi rupanya lama nak tunggu buka 10cm.Pukul 3 pagi bukaan baru 2cm huhuhuhu.Semua family dah berkampung kat hospital.

Yang ida ingat kontraksi yang betul-betul rasa masa tu dah pukul 6 pagi kot memang rasa nak beranak sangat tapi tanya nurse belum lagi sebab ida bayi pertama lambat lagi nak bersalin tu.Wah sedihnya masa tu.Sakit tak dapat digambarkan.Pastu pukul 7 masa en.suami masuk melawat memang dah sakit sangat betul-betul nak bersalin masa tu.Dah tak larat bangun dari katil.Dah rasa katil banjir air ketuban dah keluar masa tu rasanya tapi kene tunggu doktor pakar periksa dulu.Masa masuk bilik doktor pakar ida dapat dengar doktor cakap ida dah nak bersalin sangat 'Baby dah ada kat pintu rahim dan nampak rambut" siap nurse kene marah lagi kenapa tak periksa.Ida dah tak peduli daku sakit sangat masa tu.Nak teran je tapi tak leh kene masuk Labour Room dulu.

Eh panjang lak ida berceloteh ek hehehehe.Kali ini ida nak kongsikan sedikit info tentang Teknik Meneran yang Betul bila betul-betul nak bersalin.Semoga info ini bermanfaat kepada ida dan semua pembaca diluar sana ye.





WAKTU MULA MENERAN

  • Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul.Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.


POSISI MENERAN YANG TEPAT

  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah peha.Meneran jua dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan.


CARA MENERAN

  • Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya.Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil).Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda sendiri.
  • Bagaimanapun ,ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran.Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna.Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukaraan proses bersalin selanjutnya.
  • Disamping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran "dileher' dan bukannnya di perut.Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.


TEKNIK DAN CARA MENERAN SEMASA BERSALIN


  1. Angkat kepala dan dagu cecah dada
  2. Mata pandang perut
  3. Tangan pegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali
  4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar dibahagian vagina
  5. Masa teran jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
  6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda.Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas.Kemudian sambung teran,tiap kontraksi cuba 3 kali.Masa kontraksi baru push sebab masa itu bayi pun gerak sama jika tiada kontraksi relaks dahulu.
  7. Baca Bismillah dan Selawat


TIPS TAMBAHAN:-


  • Kongsi tips ini dengan suami supaya dapat mengingatkan anda.Mungkin masa itu anda akan terlupa keran sibuk tahan sakit.jadi jika suami ada boleh memberi sedikit panduan.


Itu antara tips yang dapat ida kongsikan kepada semua pembaca.Semoga ia bermanfaat kepada semua ye.

10 Jan 2015

IMBASAN ULTRASOUND - Kekerapan Melakukannya serta Jenis-Jenis Imbasan Ultrasound.

Salam dan selamat sejahtera semua,

Tentu seronok dapat melihat keadaan fizikal  bayi anda seperti mata,telinga ,hidung,mulut,kaki dan tangan.Sungguh comel.Lebih mengujakan degupan jantung boleh didengar,bayi menguap,menghisap jari dan gerakan kaki.Itulah kecanggihan menggunakan teknologi terkini yang menggunakan imbasan ultra bunyi.

Imbasan ultra bunyi boleh dilakukan bila-bila masa sepanjang kehamilan .Bagaimanapun,secara umumnya imbasan ultra bunyi boleh dilakukan sebanyak empat kali pada tempoh kehamilan tertentu.Imbasan ultra bunyi sebenarnya menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej bayi dalam kandungan  pada skrin komputer.Imej imbasan bayi lebih mudah dilihat pada wanita kurus berbanding gemuk

IMBASAN AWAL KEHAMILAN ( 5 hingga 10 minggu)


  • Imbasan pada peringkat awal kehamilan boleh mengesahkan kandungan itu berlaku dalam rahim dan mengira usia kandungan.Selain itu,ia dapat mengesan pergerakan jantung bayi.Pada ketika ini juga anda boleh tahu jika mengandung anak kembar.Imbasan ini memberi kelegaan kepada bakal ibu,terutama yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan.Kantung kandungan boleh dilihat seawal empat setengah minggu kehamilan.Pada masa sama,imbasan ini dapat mengesan jika berlaku pendarahan dalam uterus.


IMBASAN NUKAL ATAU TENGKUK ( 11 hingga 13 minggu)

  • Pada ketika ini janin ada degupan jantung.Kajian menunjukkan pengukuran gelombang bunyi pada nukal (kawasan di bawah kulit tengkuk) dan keadaan tulang hidung boleh mengesahkan bayi mengalami masalah SIndrom Down.Dalam tempoh ini (11 minggu hingga 13 minggu dan enam hari) adalah masa terbaik untukmengukur translusen nukal (NT) dan mengesan kehadiran tulang hidung.Pengesahan Sindrom Down selanjutnya boleh dilakukan melalui ujian darah ibu untuk mengukur tahap dua jenis hormon.Risiko mendapat anak Sindrom Down meningkat bagi wanita yang hamil pada usia 35 tahun ke atas.Imbasan nukal dan ujian darah boleh mengesan masalah  Sindrom Down sehingga 95 peratus.
  • Untuk imbasan ini,wanita tidak melakukan persediaan tetapi disarankan tidak mengosngkan pundi kencing 30 minit sebelum imbasan.Imbasan ini biasanya mengambil masa 20 minit.


IMBASAN ANOMALI TELITI ( 18 hingga 22 minggu)


  • Ini ialah imbasan untuk melihat kecacatan atau ketidaknormalan pada bayi.Ia membabitkan imbasan seluruh badan (dari kepala ke kaki) termasuk kepala,otak,muka tulang belakang,jantung,dada,abdomen,buah pinggang,tangan dan kaki.Ketika ini juga kecacatan muka seperti bibir sumbing,spina bifida (masalah pada tulang belakang) da lubang pada jantung dapat dikesan.Bayi juga 'diperiksa'jika ada menunjukkan petanda tertentu yang biasanya ditemui pada bayi yang mengalami ketidaknormalan akibat kromosom.Doktor mengukur perkembangan bayi dan kedudukan plasenta.Tiada persediaan diperlukan dan wanita juga tidak perlu memenuhkan pundi kencing.Imbasan ini mengambil masa 20 hingga 30 minit.


IMBASAN KESIHATAN BAYI SECARA KESELURUHAN ( 26 hingga 41 minggu)


  • Kesejahteraan keseluruhan bayi boleh dikesan apabila kandungan memasuki 26 minggu.
  • Bagaimanapun,masa terbaik untuk menjalankan imbasan ini ialah antara 30 hingga 32 minggu kerana kebanyakkan masalah perkembangan bayi berlaku dalam trimester ketiga.Penilaian dibuat berdasarkan anggaran saiz kepala dan berat bayi serta jumlah air ketuban yang mengelilingi bayi.        

Terdapat 3 jenis Imbasan Ultra yang biasa digunakan untuk melihat keadaan janin didalam rahim ibu iaitu :-

1. IMBASAN 2 DIMENSI (2D)


  • 2D ( 2 dimesi) scan ialah peggunaan ultra sound mesin yang selalu digunakan pada ibu hamil untuk melihat perkembangan bayi sepanjang proses kehamilan.Ia juga menjadi rutin imbasan hitam putih diklinik biasa atau hospital.Terdapat dua jenis imbasa 2D iaitu 'growth scan' dan 2D ' detail scan'.
  • 2D ' growth scan' hanya memberi iformasi tentang perkembangan bayi yang juga dikenali sebagai imbasan biasa secara rutin di klinik kesihatan dan hospital tetapi bukan untuk mengesan fizikal kecacatan bayi.
  • Manakala 2D 'detail scan' yang lebih teliti boleh memberikan maklumat tentang kecacatan bayi sehingga 70-80% kecuali kecacatan kromosom seperti sindrom down


2. IMBASAN TIGA DIMENSI (3D)


  • Ia adalah gabungan 2D dalam isipadu (volume) oleh ultrasoud mesin.Dalam kaedah ini,gema gelombang direkodkan dan disimpan secara digital dan boleh meghasilkan gambar fetus yang kelihatan seolah -olah 'hidup' yang menghasilkan gambar statik,luaran rupa bayi anda.


3. IMBASAN EMPAT DIMENSI (4D)


  • Ultrasound 4D yang bergerak secara masa.Dengan kata lain,ia merupakan pengimbasan siaran langsung (video).Melalui kaedah ii doktor boleh melihat pergerakan ayi dalam kandungan leih jelas seperti bayi bergerak,menguap dan lain-lai dan ia lebih baik daripada imbasan 2D dan 3D tetapi peralatannya sangat mahal.


KEBAIKAN IMBASAN ULTRA
  • Imbasan  pada peringkat awal kehamilan boleh mengesahkan kandungan itu berlaku dalam rahim
  • Mengira  usia kandungan setiap trimester
  • Mengetahui jantina anak dikandug sama ada lelaki atau perempuan
  • Dapat mengesan pergerakan jantung bayi
  • Boleh tahu adakah kandugan itu anak kembar
  • Membolehkan doktor melihat kedudukan bayi dari pelbagai sudut dan orientasi
  • Boleh mengukur diameter atau keratan rentas organ yang hendak diperiksa
  • Membantu pakar sakit puan mengenal pasti ketidaknormalan pada bayi.Ini termasuk kecacatan pada muka,dada,kaki,tulang belakang dan sistem saraf tengah
  • Pengesanan masalah bibir sumbing boleh dibuat dengan mudah dan tepat
  • Doktor boleh melihat struktur tulang belakang,sebarang keganjilan tulang dan mengira bilangan tulang rusuk bayi.Masalah tulang belakang seperti spina bifida boleh dikesan seawal 10 minggu kehamilan
  • Persediaan awal dari segi mental buat ibu bapa menerima hakikat sebenar sebelum anak dilahirkan.Ini termasuk menyediakan wang untuk membolehkan anak mereka menjalani rawatab sewajarnya jika berlaku sebarang kecacatan pada bayi.
Setiap ibu bapa pasti ingin melihat jantina bayi mereka.Ini bagi memudahkan mereka untuk melakukan persiapan seperti pakaian,tempat tidur dan sebagainya mengikut jantina di dalam rahim ibu.Pasti ia sesuatu yang menyeronokkan bagi pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

9 Jan 2015

Fasa Perkembangan Bayi dari Minggu 1 Hingga Minggu 40.

Salam bersiaran semua,

Adalah suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila anda disahkan hamil.Perasaan gembira yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.Tidak kira isteri mahupun suami pasti merasai perasaan yang sama.

Kehadiran mujahid kecil di dalam rahim ibu nya adalah sesuatu yang perlu dijaga kerana ia suatu amanah buat si ibu mahupun si bapa.Semakin membesarnya mujahid kecil ini di dalam rahim si ibu semakin terasa tidak sabarnya untuk melihat ia lahir ke dunia ini.

Hari ini ida akan kongsikan perkembangan mujahid kecil ini sedari proses persenyawaan berlaku sehingga ia membentuk janin yang sempurna sifatnya.

MINGGU 1

  • Lapan hari selepas persenyawaan,blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.



MINGGU 2

  • Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.Pada hari ke -12 ,jumlahnya akan menjadi beribu-ribu.Setelah itu,blastosis ditanam kukuh pada endometrium




MINGGU 3

  • Selepas tiga minggu persenyawaan,saiz embrio ialah sepanjang 2mm.Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang bergabung




MINGGU 4

  • Bentuk asas seorang manusia mula bergabung.Panjang embrio lebih kurang 6mm.Pada minggu ini,akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus.Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)



.MINGGU 5

  • Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya,namun otaknya kini dalam proses perkembangan.Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.Saiz embrio sudah mencecah 4mm.

Tubuh Badan Anda

  • Haid anda tidak datang.Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.


MINGGU 6

Bayi Anda.

  • Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.Di akhir minggu ini,saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat.Selain itu,saluran darah juga terbentuk.Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.




Tubuh Anda

  • Jika anda menderita morning sickness,bau-bau tertentu akan membuatkan anda menjadi lebih teruk lagi.Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan meneglupas.


MINGGU 7

Bayi Anda

  • Fetus kini berukuran 1.3 sm.Lubang hidung,bibir,lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang.Dalam pada itu,tulang belakang,usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.



Tubuh Anda

  • Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama.Selain itu,jika anda berada dalam keadaan sesak,anda juga mungkin berkeadaan sebegini.Anda juga turut mudah merasa letih.Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.


MINGGU 8

Bayi Anda

  • Fetus kini berukuran 1.3sm.Lubang hidung,bibir,lidah dan giginya dalam prosespembentukan.Manakala kaki dan lengannya kian berkembang.Dalam pada itu,tulang belakang,usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.




Tubuh Anda

  • Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama.Selain itu,jika anda berada dalam keadaan sesak,anda juga mungkin berkeadaan sebegini.anda juga turut mudah berasa letih.Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.


MINGGU 9

Bayi Anda

  • Bentuk muka fetus mula berkembang malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan.Begitu juga dengan kaki dan tangannya.Fetus kini berukuran kira-kira 3sm.




Tubuh Anda

  • Berat anda mula bertambah.Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami.Ketika ini,gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.Jadi beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.


MINGGU 10

Bayi Anda

  • Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan,Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.Pada tahap ini,saiz fetus ialah 4.5sm dan beratnya pula 5g.


Tubuh Anda

  • Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat.Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa.Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.


MINGGU 11

Bayi Anda.

  • Di minggu ini,majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk.Jadi sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini.Kini fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10gm dan panjangnya pula 5.5sm.




Tubuh Anda.

  • Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih.Jadi anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.Selain itu jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku,segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.


MINGGU 12

Bayi Anda

  • Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit.Pada minggu ini dadanya turun naik keran dia sudah mula bernafas.Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan.Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk.Begitu juga dengan kukunya.Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam.Panjang fetus kini ialah 6.5sm manakala beratnya pula 20gm.




Tubuh Anda

  • Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20.Ketika minggu ini anda kan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya.Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.


MINGGU 13

Bayi Anda

  • Saiz fetus kini 7.5sm dan beratnya 30gm.Tulangnya mula berkembang,begitu juga dengan gigi.Pada tahap ini,fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.




Tubuh Anda

  • Perubahan saiz rahim yang kain membesar akan membuatkan and menyedari perasan perut anda "buncit".Dalam pada itu,perubahan warna puting turut berlaku.Warna bahagian tersebut berubah menjadi gelap dan urat biru pada payudara anda mula jelas kelihatan.


MINGGU 14

Bayi Anda

  • Pada trimester kedua,organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang.Dagu,dahi dan hidung kini semakin menyerlah.Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.Bayi anda kini berukuran 9sm dengan berat sebanyak 60gm




Tubuh Anda

  • Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak.Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen.Oleh yang demikian,jantung perlu bekerja kuat.Jadi tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar.Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan,anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya.dalam erti kata lain,inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.


MINGGU 15

Bayi anda

  • Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang.Kini kakinya lebih panjang daripada tangan.Rambut pada kepala juga semakin menebal.Begitu juga dengan kening dan bulu matanya.Semua makin jelas kelihatan,Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar.Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12sm dan beratnya kira-kira 100 gm.


MINGGU 16

Bayi Anda

  • Bayi semakin kerap bergerak.Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugi iaitu rerambut halus.Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan.Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.Bayi anda kini berukuran 16sm panjang dan beratnya 135gm.




Tubuh Anda

  • Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar,seronok dan gembira.Selera makan juga semakin bertambah.Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan.Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara.Pada masa yang sama,garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah.Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.


MINGGU 17

Bayi Anda

  • Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna.Deria rasanya juga sudah mula dibina.Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.Dan kini dia berukuran 18sm dengan berat sekitar 185gm.




Tubuh Anda

  • Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya.Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut.Selain perut,gusi juga mengalami sedikit gangguan.Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil.Jangan risau,pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.


MINGGU 18

Bayi Anda

  • Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun megumpul lemak.Dia juga sangat aktif bergerak.Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar.Oleh yang demikian,janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga.Bayi anda kini berukuran kira-kira 21sm dengan beratnya 235gm.


Tubuh Anda

  • Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak.Dalam masa yang sama,ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas.Hal ini terjadi kerana semasa hamil,membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya.Selain itu,lelehan faraj juga semakin bertambah.Sepanjang trimester kedua ini,anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.


MINGGU 19

Bayi Anda

  • Sama seperti anda,janin dalam kandungan juga semakin membesar.Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi.Dalam masa yang sama,tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul.Janin anda sudah menjankau 23sm dengan beratnya kira-kira 285gm



Tubuh Anda

  • Saat ini berat anda semakin bertambah.Punggung,peha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya.Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.Jangan risau,semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.


MINGGU 20

Bayi Anda

  • Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotil semasa berada dalam kandungan.Bayi anda kini berukuran 25.5sm dengan berat 340gm




Tubuh Anda

  • Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain.Akibat pembesaran perut yang begitu cepat,pusat hampir tidak kelihatan.Tetapi ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar.Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.


MINGGU 21

Bayi Anda

  • Bayi anda kini sangat aktif.Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya.Jadi tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu.Jika hal ini terjadi kepada anda,usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak.Dipercayai dengan cara ini akan dapat menenagkan bayi.Kini bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390gm dan dianggarkan 28sm panjang.




Tubuh Anda

  • Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan.Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang.Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.


MINGGU 22    

Bayi Anda

  • Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang.Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya.Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah.Bayi anda kini berukuran 29sm dengan berat kira-kira 410 gm.



Tubuh Anda

  • Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar.Untuk kurangkan rasa tidak selesa cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala.Selain itu,jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan,amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.


MINGGU 23

Bayi Anda

  • Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya.Jika dia lelaki,skrotumnya sudah terbentuk sempurna jika dia perempuan,dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur.Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat.Bayi anda kini berukuran kira-kira 31sm dengan berat sebanyak 440 gm



Tubuh Anda

  • Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut.Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut.Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang.Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.


MINGGU 24

Bayi Anda

  • Bayi anda semakin lasak bergerak.Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya.Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa.Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas.Kini berat bayi anda sedah menjangkau 500gm dengan panjangnya 33sm.




Tubuh Anda

  • Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu.Dalam masa yang sama,kaki anda mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak.Untuk mengelakkan rasa tidak selesa pastikan pakai kasut yang sesuai.


MINGGU 25

Bayi Anda

  • Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks.Tulang temulang juga semakin keras.Kini bayi anda semakin aktif belajar bernafas,menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka.Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut,dia boleh sedu.Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34sm dengan berat sekitar 600gm.


Tubuh Anda

  • Anda kini kelihatan lebih berseri-seri.Muka semakin bercahaya.Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah dibawah kulit.Tekanan pada pundi kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas.Kekejangan,sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.


MINGGU 26

Bayi Anda

  • Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering,mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak dibawah kulit.Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan.Bayi anda kini sepanjang 35sm dengan berat 700gm




Tubuh Anda

  • Dengan perut yang semakin membesar,tidur anda kini sering tidak nyenyak.Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring,anda juga semakin kerap ke bilik air.Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya.Agar anda rasa selesa ketika berbaring,alaskan perut dan kaki dengan bantal.


MINGGU 27

Bayi Anda

  • Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya.Jadi dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda.Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari ataupun genggaman tangan.Bayi anda kini berukuran 36sm dengan berat lebih kurang 800gm.


Tubuh Anda

  • Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah.Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payudara.Oleh yang demikian,pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting.Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.


MINGGU 28

Bayi Anda

  • Pada usia ini,bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa.Jika bayi lahir pada usia ini,dia dikategorikan sebagai bayi pramatang.Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.Berat badannya kini mencecah 900gm.



Tubuh Anda

  • Payudara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat.Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut,cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit.Pada usia kandungan ini,darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan.Sekiranya anda didapati anemia positif,bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.


MINGGU 29

Bayi Anda

  • Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut.Kepalanya mula sepadan dengan badan.Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya.Bulu pada badannya terus tumbuh.Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.Berat bayi kini dalam 1kg dan ukuran badan mencecah 38sm.




Tubuh Anda

  • Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan.Bayi juga akan mula mengeras badan.Oleh yang demikian,banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.


MINGGU 30

Bayi Anda

  • Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.Berat badannya kini boleh mencecah 1.1kg dan panjangnya lebih kurang 39sm.



Tubuh Anda

  • Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar.Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah.Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi.Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.


MINGGU 31

Bayi Anda

  • Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya.Begitu juga pada bahagian otaknya.Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat.Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul.Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa.Berat kini menjangkau 1.4kg dan tingginya pula 40sm.




Tubuh Anda

  • Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak.Jadi banyakkan berehat.Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas,pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.


MINGGU 32

Bayi Anda

  • Bayi semakin aktif bergerak.Dia akan memusingkan badan,menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini.Walau bagaimanapun,kedudukan kepala bayi tetap berada dipermukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.Berat badannya kini 1.6 kg.Manakala ukurannya mencapai 40.5sm.



Tubuh Anda

  • Jika anda bekerja,mulakan cuti sekarang.Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.


MINGGU 33

Bayi Anda

  • Jari jemari mula terbentuk dengan sempurna.Begitu juga halnya dengan paru-paru.Ketika ini,bayi mula berlatih bernafas.Ukuran janin kini berukuran 41.5sm dengan berat 1.8kg.




Tubuh Anda

  • Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat.Jika tidak pun,berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu.Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.


MINGGU 34

Bayi Anda

  • Berat badannya semakin bertambah.Matanya mula sensitif terhadap cahaya.Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip.Sekiranya janin adalah lelaki,testisnya mula membentuk dengan sempurna,Berat badannya kini menjangkau 2kg dan panjangnya manakala ukuran badannya kini mencecah 43sm.



Tubuh Anda

  • Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi.Jadi jaga sedikit perasaan dan emosi anda pada peringkat ini.


MINGGU 35

Bayi Anda

  • Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut.Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit.Berat badannya kini meningkat kepada 2.3kg dan panjangnya 44.5sm.




Tubuh Anda

  • Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang.Dalam masa yang sama kawal diet.Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila masa.Bersiap sedia dari sekarang.


MINGGU 36

Bayi Anda

  • Kontraksi awal boleh bermula sekarang.Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap,itu bukan tanda ingin bersalin.Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang.Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul,menghisap jari dan belajar menelan.Berat kini 2.5 kg dan panjang 46sm.




Tubuh Anda

  • Bernafas kini semakin tidak selesa.Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan.Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.


MINGGU 37

Bayi Anda

  • Bulu pada badan bayi mulai berkurangan.Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.Berat kini 2.7kg manakala panjang 47sm.




Tubuh Anda

  • Bersedia mungkin anda bersalin pada minggu ini.Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin.Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman.Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.


MINGGU 38

Bayi Anda

  • Lemak mula terbina dalam badan bayi.Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu.Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5sm.Begitu juga dengan kukunya.Pada usia ini,bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9kg dan panjangnya pula 48sm.

Tubuh Anda

  • Sentiasa peka dengan perubahan diri.Pastikan tanda-tanda ingin bersalin.Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital.Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga akan hilang.Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika dibilik bersalin.


MINGGU 39

Bayi Anda

  • Kini bayi matang sepenuhnya.Berat kini 3.1kg dan panjang 49 sm




Tubuh Anda

  • Masa kini sudah tiba.Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap.Walaupun begitu,jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda.Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital


MINGGU 40


  • Dia seharusnya sudah berada dalam dakapan anda.Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahiranyya.Sama ada secara semulajadi atau caesarean,kelahiran mesti dilakukan.

Subhanallah begitu indah ciptaanNYA yang membesar didalam setiap ibu hamil.Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila melihat perkembangan mujahid kecil ini didalam rahim setiap ibu hamil.Pasti semua ibu hamil teruja selepas mengetahui bagaimana perkembangan bayi didalam rahim mereka sedari minngu pertama sehingga minggu ke 40 ni kan.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya