Salam,
Jerawat memang sinonim dengan semua orang kan
Kalau tumbuh je satu kat muka tu mula lah gelabah macam mana nak hilangkan ye tak
Ida nak kongsi info tentang jerawat ni
Buat pengetahuan bersama
Info dari sini
BAGAIMANA JERAWAT TERJADI
jerawat mula menjadi dua hingga tiga minggu sebelum ianya muncul di atas permukaan kulit. Jauh di dalam liang roma ,kelenjar sebaceous menghasilkan minyak agar lapisan kulit sentiasa lembab dan lembut.
semasa proses pertukaran kulit berlaku,penggelupasan kulit yang mati berlaku secara tidak teratur,ianya kemudian akan melekat dengan minyak yang berada di mulut liang roma dan bertukar menjadi keras dan tersumbat seperti mulut botol yang telah disumbat.
apabila liang roma tersumbat ,kelenjar sebaceous mengeluarkan minyak secara berterusan dan ini akan menyebabkan liang roma menjadi bengkak . Pembiakan bakteria mula merebak di liang roma yang tersumbat dan terjadinya kemerah-merahan ekoran kerana jangkita bakteria mula merebak
GAMBARAJAH MENUNJUKKAN BAGAIMANA JERAWAT TERJADI.
PUNCA - PUNCA TERJADINYA JERAWAT
1. ALAHAN KEPADA MAKANAN
- Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng,pedas,kopi,coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat
- Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan untuk mengalirkan toxin.
Oleh yang demikian,toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
- Dinasihati supaya makan lebih banyak buah-buahan segar,sayuran dan minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan aliran toxin dari badan.
2.TIDUR.
Pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur. Harus tidur sekurang-kurangnya 8jam sehari. Jam 12mlm-3pagi merupakan masa sistem badan tengah menjalankan tugas.
3. SEMBELIT
Sembelit membuatkan toxin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Toxin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah. Timbulnya jerawat dan lambat untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.
4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH.
- Pemilihan produk yang kuat bahan didalamnya membuatkan masalah jerawat akan jadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.
5. BAKTERIA.
- Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan bertambah lebih banyak seperti berjangkit. Ini kerana kemasukan bakteria telah berlaku. Dan parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh jerawat dengan jari.
6. HORMON TIDAK SEIMBANG.
- Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Dan terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak.
PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK BERTERUSAN.
- Tidak berdisplin untuk megikuti basic jagaan muka iaitu memakai cleanser,toner,moisturiser,anti-blemish dan sunblock.
Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan seperti asap kereta
HATI TOKSIN.
- Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat daaman untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.
- Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.
JAGAAN SALON.
- Tidak cukup dengan memakai produk,wajah yang berjerawat juga perlu merujuk kepada pakar kulit.
Melakukan facial@ rawatan muka 2x sebulan supaya jerawat cepat sembuh.
24 Jun 2013
INFO:- JERAWAT ohhhh JERAWAT
Related Posts:
- Testimoni Set Kecantikan Shaklee : Suami siap puji muka semakin bersih,parut-parut makin pudar yang penting suami puji semakin cantik.Pheewiittttt Salam bersiaran di Hari Khamis ini, Hari malas nak tulis panjang-panjang nak kongsikan testimoni Set Kecantikan Shaklee buat tatapan semua pembaca setia blog ni Sebab apa saya nak makan shaklee...mari check his… Read More
- Testimoni Set Kecantikan Shaklee : 8 bulan dengan Shaklee ,muka berjerawat,parut hitam dan kulit kusam kini beransur hilang Salam, Sebab GLA Complex masih lagi dalam tempoh PROMO ni Jadi ida bagi tayang lah ye Testimoni customer yang menggunakan GLA Complex bersama rangkaian produk Shaklee yang lain ye Ini testimoni dari Murni Liana ye Mari… Read More
- INFO:- JERAWAT ohhhh JERAWATSalam, Jerawat memang sinonim dengan semua orang kan Kalau tumbuh je satu kat muka tu mula lah gelabah macam mana nak hilangkan ye tak Ida nak kongsi info tentang jerawat ni Buat pengetahuan bersama Info dari sini BAGAIMAN… Read More
- Testimoni Set Kecantikan Shaklee : Jerawat batu yang tumbuh meranum kini tinggal sejarah,Rahsianya Set Kecantikannj Shaklee lah hehehehe Salam, Mesti ramai yang tertunggu-tungu entry dari ida kan Yela nak tau berapa ramai lagi yang dah berjaya guna SET KECANTIKAN kan Ida tayang lagi yang dah berjaya dengan SET KECANTIKAN ye Jangan marah dan bo… Read More
- Testimoni Set Kecantikan Shaklee : Kesan yang diperoleh selepas ambil Set Kecantikan Shaklee iaitu senang bangun bagi,kulit tak kusam lagi dan jerawat susah nak hinggap Salam Hari Isnin semua, Apa macam mood hari ni mood happy ke mood malas-malas ke atau gembira di hari Isnin ni.Pasti ramai yag mood malas bekerja kan.Satu perasaan yag pernah ida rasai dulu.Bila hari Isnin menjelma mood m… Read More
0 comments:
Post a Comment