Showing posts with label Ekzema. Show all posts
Showing posts with label Ekzema. Show all posts

14 May 2014

Testimoni Set Penyusuan 3M Shaklee : Bukan ekzema anak sahaja yang hilang malah alahan si ibu juga turut tiada selepas amalkan Set Penyusuan 3M Shaklee

Salam semua,

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk menulis di blog kesayangan ida ni.Di sini lah ida berkongsi segala maklumat dan testimoni untuk bahan bacaan pemngikut setia blog umielman ni.

Set Penyusuan 3M Shaklee di samping set yang sangat hot untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan dengan si manja ia juga turut memberi lain-lain manfaat kepada ibu mahupun kepada si manja yang menyusu susu ibu perasa Set Penyusuan 3M Shaklee ni hikhikhik.

Kenapa ida cakap begitu ye sebab nak kongsi satu testimoni dari Puan Mashitah ni yang mana anak beliau ada alami ekzema tapi selepas anak beliau beumur 8 bulan ekzema yang dihidapi anak beliau tiada lagi begitu juga beliau yang mempunyai alahan yang teruk tapi semenjak ambil Set Penyusuan 3M Shaklee ni beliau tidak perlu lagi mengaru malah boleh makan sekawah seafood pun tak ada masalah lagi.Alhamdulillah itu yang diharapkan ialah setiap pengguna mendapat manfaat dari supplemen yang diambil.

Ni ida sertakan testimoni dari Puan Mashitah tu ye.Jemput baca semuanya.

salam semua..nk share skit penglaman consume set penyusuan 3M.......2,3 ari ni bru perasan..hahahahah...

dulu baby sy, Auni ada eczema kering,bukan yg merah2, berair tu.....eczema dia ni cm tompok peta penuh kt perut, kt belakang bdn, kt peha, betis...mujur ler tak der kt muka...ehhehe ....tp skang ni kulit dia dh cantik...bru perasan.^___^..tak der tompok2 eczema lagi dah..ms g checkup dlu, refer doc, mmg doc ckp eczema la..so, doc bg krim putih tu n steroid cream...tp buh yg putih tu jer..tu pon jarang buh sbb kecian kan dia kot2 x selesa sbb melekit2.......so, biar gitu je laaaa..skang umur Auni dh nk msk 8 bulan, hilang terus eczema tu...sy mmg yakin sbb sy consume set 3M..bukan setakat Auni jer, sy pon ada gatal2 kulit(eczema la kot) gak...alergic seafood, budu, cencaluk, (feveret tuuuu)..kalo mkn, mula lah menggaru siang mlm....(man aboleh tahan woooo)...skang tak der dah...mkn seafood sekawah pon, no hal..alhamdulillah.....power r set 3M

Didalam Set Penyusuan 3M Shaklee terdapatnya ESP , Vita Lea , Vitamin C , Alfalfa , B Complex dan Ostematrix.Setiap dari vitamin ini mempunyai fungsi masing-masing antaranya ialah :-




VITA-LEA IRON FORMULA

  • Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.

[TAHUKAH ANDA]

Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. 
Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.

B-COMPLEX

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
  • Anti stress (sebagai penenang)
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
  • Menukarkan makanan (glukosa) kepada tenaga
  • Membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa(mood baik..)... so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 
  • Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


VITAMIN C

  • Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. 
  • Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan Vitamin C. Mungkin tak perlukan ubat demam. 
  • Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik
  • Kulit juga jadi semakin bersih, cerah dan cantik.


ALFALFA

  • Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. 
  • Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. 
  • Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! 
  • Ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!)
  • Bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

  • Memberi tenaga
  • Membantu melancarkan penghasilan susu
  • Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
  • Mencantikkan kulit si ibu
  • Membantu kawal paras kolesterol
  • Memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama
  • Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? 

Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OSTEMATRIX

  • Kalsium Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. 
  • Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
  • Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.
Berminat dengan Set Penyusuan 3M Shaklee ni boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

29 Aug 2013

Ekzema dah Shaklee

Salam,

Hari Khamis sudah
Macam x percaya je kan
Tapi betullah dah hari Khamis pun
Ok ida pernah kongsi info pasal ekzema kan
Kalau yang tak baca lagi boleh klik link di sini ye
Ni pula ida nak cerita pasal bagaiman produk Shaklee mengatasi masalh Ekzema pula ye
Jom kita tengok ye:



1. Herbal Blend

Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.

2. Vitamin E

Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema

3. ESP@ Mealshakes

ESP  @ Mealshakes  ini fungsinya adalah sangat penting kerana ESP @ Mealshakes  membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP@ Mealshakes  membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.

4. Omega Guard

Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
Ayuh kita lihat beberapa testimoni daripada ibu-ibu yang menggunakan Set Ekzema Shaklee, yang gembira dan berpuas hati dengan hasil yang diperolehi setelah menggunakan produk yang dicadangkan secara konsisten.

Anak anda ada masalah Ekzema
Ingin mencuba produk Shaklee ini
Boleh hubungi ida ye

Ida Umielman
0193397363
email:nurelmanamani@gmail.com
blog:http://umielman.blogspot.com
page:www.facebook.com/UmielmanShoppe

****COD kawasan Bandar Putra Permai,Taman Equine,Puchong dan kawasan sekitarnya

28 Aug 2013

Apakah itu Ekzema?

Salam,

Ekzema?
Pasti ada ibubapa yang anak nya pernah mengalami EKZEMA kan
Apa itu Ekzema
Hokeh bagi yang dah tahu apa itu ekzema ok lah kan
Ni ida kongsi info tenteng Ekzema buat tatapan semua

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?


  1. Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.
  2. Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.
  3. Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

  1. Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.
  2. Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

  1. Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
  2. Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.


Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:
Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

  1. Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  2. Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  3. Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  4. Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  5. Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
  6. Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Sumber di sini