Showing posts with label Kencing Kotor. Show all posts
Showing posts with label Kencing Kotor. Show all posts

30 Jan 2015

Bahayakah Kencing Kotor kepada Ibu Hamil?

Salam bersiaran semua,

Hari Rabu hari tu Ida seperti biasa menjalankan rutin untuk check up bayi kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan.Dah masuk 39 week mujahid kecil yang umi kandungkan ni.Sekarang kena pergi check up setiap minggu.Tapi ini bukan nak cerita tentang check up ida ye tapi nak cerita tentang Kencing Kotor.Ini pun kebetulan masa ida tengah check up dengan nurse ada seorang ibu hamil ni disahkan kena Kencing Kotor.

Jadi tergerak hati lah hari ini nak kongsikan tentang Kencing Kotor bagi Ibu Hamil.Adakah ia bahaya pada ibu hamil dan bayi dalam kandungan?

Jom ikuti serba sedikit maklumat mengenai Kencing Kotor ketika Hamil ini ye.Semoga bermanfaat kepada semua.




APA ITU KENCING KOTOR.

  • Urinary Tract Infection (UTI) atau jangkitan Kuman di saluran kencing atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit "kencing kotor" adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing,ginjal,salur kencing ureter ( yang menghubunkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing uretha (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh)


SIAPA YANG MUDAH DIJANGKITI?


  • Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai uretha yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki.


WANITA HAMIL DAN KENCING KOTOR


  • Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain uretha pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.
  • Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, meyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan iainya bertambah merengang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Pada masa yang sama,rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat.Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing,ini akan memudahkan kuman dipundi kencing membiak.
  • Selain itu,kuman bakteria mudah membiak dikalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon).Atas sebab faktor -faktor ini lah wanita hamil kebih mudah dijangkiti 'kencing kotor'.
  • Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi dilahirkan tidak cukup berat.


SIMPTOM KENCING KOTOR


  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengelluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah,berkabut dan berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.


RAWATAN SUSULAN

  • Jika ada tanda kuman di dalam air kencing,maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil.Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
  • Makanlah sehingga habis ubat antibiotik yang diberikan selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan.Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
  • Apabila sudah tamat,buatlah pemeriksaan semual air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman.Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman,doktor akan memberikan antibiotik yan lain.Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital.


PENCEGAHAN KENCING KOTOR


  • Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari
  • Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkkan pembiakan bakteria
  • Menjaga kebersihan diri
  • Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar
  • Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap yang mungkin
  • Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kafein
  • Mengambil Vitamin C,Beta-Ceratin dan Zinc untuk membantu melawan kuman.


Sumber disini






Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

25 Sept 2013

Masalah kencing Kotor,Adakah ia berbahaya?

Salam,
Perkongsian info mengenai KENCING KOTOR

Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan satu masa yang sungguh penting untuk ibu dan bayi yang baru lahir,tetapi ia satu aspek yang kurang diberi perhatian berbanding semasa kehamilan dan semasa bersalin.
Masalh jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku dimana jangkitan boleh melibatkan paru-paru,rahim saluran kencing atau buah pinggang,luka bersalin sama ada luka koyakan pada faraj,jangkitan pada betuis/kaki dan juga jangkitan pada payudara.
Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat kencing kotordan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.
Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.
Menurut Pakar Obstetrik & Ginekology (O&G) ,Pusat Perubatan Barakah,Dr Khairiah Seman berkata kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada saluran kencing termasuk buah pinggang
Kebanyakkan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis) dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis).
Bila seseorang itu mendapat masalah ini,biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil,kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.
Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit dibahagian belakang.Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-munta, demikian terang Dr .Khiriah

WANITA BERISIKO

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalh kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek.
Manakala wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini.Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada katerer iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.
Menurut Dr Kairiah,kebanyakkan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang merebak dari luar (ascending infection ) dan kencing tertahan ( urine retention)
"Seperti yang saya katakan sebelum ini,perempuan secara umumnya lebih senang untuk terkena jangkitan ini berbanding lelaki kerana salur kencing dan pundi kencing ke luar (urethra) perempuan lebih pendek berbanding lelaki.
Bila jaraknya pendek kuman dari luar akan lebih senang untuk masuk kedalam pundi kencing dan meyebabkan jangkitan," jelasnya
Biasanya jangkitan ini berlaku dalam kalangan ibu-hamil bahkan selepas bersalin,kerana semasahamil,salur kencing urethra tertekan oleh bayi yang membesar menyebabkan kencing tertahan (urine retention) dan semasa proses bersalin mungkin berlaku kecederaan atau trauma urethra menjadikannya bengkak dan lebam.
Dalam pada masa yang sama ibu mengalami sakit pada luka bersalin/episiotomi menyebabkan dia menahan kencing.Jika ibu ada mengambil ubat penahan sakit melalui epidural,epidural  boleh meyebabkan rangsangan saraf kepundi kencing terganggu seterusnya ibu tidak terasa hendak kencing.
Urinary retention ini bolehmendedahkan seseorang itu kepada masalah kencing kotor.

RISIKO PESAKIT

Kebanyakkan masalah kencing kotor adalah jangkitan kepada  pundi kencing.Jikajangkitan diperingkat ini tidak dirawat dengan sempurna ,jangkitan boleh merebak ke buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dalamjangka masa yang lama
Oleh itu Dr Khairiah mengingatkan kepada wanita yang hamil dan selepas bersalin agar mengambil berat mengenai masalah ini.Jika dijangkiti masalah kencing kotor segeralah mendapatkan rawatan agar tidak merebak lebih teruk.
Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia Coli.Jadi rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut
Dalam masa yang sama ubatan seperti ubat penahan sakit,ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil.Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air.
Jika seseorang itu kerapmendapat masalah kencing kotor,satu ujian terhadap sistemsaluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri.Pesakit boleh menjalani ujian Cyctoscopy atau intravenous program (IVU).Ini biasanya tidak melibtkan kemasukan ke hospital  atau pembedahan dan boleh dilakukan dlam telpoh satu hari.

MENCEGAH MASALAH KENCING KOTOR


  1. Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing
  2. Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap-membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran air kencing anda sebelum jangkitan bermula
  3. Dalam masa yang sama ,terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin pastikan kebersihan bahagian kemaluan /perinium dijaga dengan sempurna
  4. Jika anda mengelap air kencing,mulakan dari depan ke belakang.Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria dibahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra
  5. Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan.Juga minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan
  6. Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk seperti douches dan serbuk dikawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra

Sumber ; Pa & Ma Edisi Disember 2012