Perkongsian info mengenai KENCING KOTOR
Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan satu masa yang sungguh penting untuk ibu dan bayi yang baru lahir,tetapi ia satu aspek yang kurang diberi perhatian berbanding semasa kehamilan dan semasa bersalin.
Masalh jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku dimana jangkitan boleh melibatkan paru-paru,rahim saluran kencing atau buah pinggang,luka bersalin sama ada luka koyakan pada faraj,jangkitan pada betuis/kaki dan juga jangkitan pada payudara.
Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat kencing kotordan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.
Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.
Menurut Pakar Obstetrik & Ginekology (O&G) ,Pusat Perubatan Barakah,Dr Khairiah Seman berkata kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada saluran kencing termasuk buah pinggang
Kebanyakkan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis) dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis).
Bila seseorang itu mendapat masalah ini,biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil,kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.
Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit dibahagian belakang.Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-munta, demikian terang Dr .Khiriah
WANITA BERISIKO
Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalh kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek.
Manakala wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini.Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada katerer iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.
Menurut Dr Kairiah,kebanyakkan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang merebak dari luar (ascending infection ) dan kencing tertahan ( urine retention)
"Seperti yang saya katakan sebelum ini,perempuan secara umumnya lebih senang untuk terkena jangkitan ini berbanding lelaki kerana salur kencing dan pundi kencing ke luar (urethra) perempuan lebih pendek berbanding lelaki.
Bila jaraknya pendek kuman dari luar akan lebih senang untuk masuk kedalam pundi kencing dan meyebabkan jangkitan," jelasnya
Biasanya jangkitan ini berlaku dalam kalangan ibu-hamil bahkan selepas bersalin,kerana semasahamil,salur kencing urethra tertekan oleh bayi yang membesar menyebabkan kencing tertahan (urine retention) dan semasa proses bersalin mungkin berlaku kecederaan atau trauma urethra menjadikannya bengkak dan lebam.
Dalam pada masa yang sama ibu mengalami sakit pada luka bersalin/episiotomi menyebabkan dia menahan kencing.Jika ibu ada mengambil ubat penahan sakit melalui epidural,epidural boleh meyebabkan rangsangan saraf kepundi kencing terganggu seterusnya ibu tidak terasa hendak kencing.
Urinary retention ini bolehmendedahkan seseorang itu kepada masalah kencing kotor.
RISIKO PESAKIT
Kebanyakkan masalah kencing kotor adalah jangkitan kepada pundi kencing.Jikajangkitan diperingkat ini tidak dirawat dengan sempurna ,jangkitan boleh merebak ke buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dalamjangka masa yang lama
Oleh itu Dr Khairiah mengingatkan kepada wanita yang hamil dan selepas bersalin agar mengambil berat mengenai masalah ini.Jika dijangkiti masalah kencing kotor segeralah mendapatkan rawatan agar tidak merebak lebih teruk.
Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia Coli.Jadi rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut
Dalam masa yang sama ubatan seperti ubat penahan sakit,ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil.Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air.
Jika seseorang itu kerapmendapat masalah kencing kotor,satu ujian terhadap sistemsaluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri.Pesakit boleh menjalani ujian Cyctoscopy atau intravenous program (IVU).Ini biasanya tidak melibtkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dlam telpoh satu hari.
MENCEGAH MASALAH KENCING KOTOR
- Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing
- Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap-membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran air kencing anda sebelum jangkitan bermula
- Dalam masa yang sama ,terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin pastikan kebersihan bahagian kemaluan /perinium dijaga dengan sempurna
- Jika anda mengelap air kencing,mulakan dari depan ke belakang.Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria dibahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra
- Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan.Juga minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan
- Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk seperti douches dan serbuk dikawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra
Sumber ; Pa & Ma Edisi Disember 2012
0 comments:
Post a Comment