29 Jul 2013

Sakit belakang ketika hamil.

Sakit Belakang semasa hamil




Wanita yg mengandung kerap mengadu sakit belakang,lazimnya sewaktu kandungan telah lebih membesar,walaubagaimana pun kekerapan masalah 'prolapsed disc' tidak meningkat ketika hamil kadar masalah ini sama seperti yg tidak mengandung.beberapa perubahan terutamanya peningkatan berat ketika hamil boleh menyebabkan sakit belakang ini seperti;

a) Hormon - hormon yang dikeluarkan semasa mengandung akan melembutkan ligamen dan otot-otot sekitar tulang pinggul ,oleh sebab itu otot-otot disekeliling tulang belakang harus bekerja lebih keras untuk menampung kandungan dan tulang pelvik ini

b) Kandungan yang kian membesar akan menyebabkan perubahan 'Center of Gravity' lebih ke hadapan

c)Juga perlu ditekankan bahawa semua faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit belakang semasa waktu biasa juga memberi masalah semasa kehamilan

Cara Penjagaan Tulang Belakang semasa Hamil

1)amalkan postur yang betul{ seperti disebut di atas ,semasa hamil 'center of gravity' akan lebih ke hadapan .ini menyebabkan seseorang itu lebih cenderung untuk membengkokkan badan ke belakang.ini menyebabkan tekanan ke atas otot di tulang belakang.anda harus menegakkan bahu semasa duduk,berdiri atau berjalan.jika berdiri lama,bolehlah meletakkan  satu kaki di atas bangku kecil untuk memberi sokongan kpd badan.

2)mengangkat dengan cara yg betul{ tidak membongkok semasa mengangkat barang dari lantai.ibu-ibu yg mempunyai anak kecil mungkin mahu membongkok sewaktu memandikan anak.harus diingat sewaktu anda ingin turun ke lantai ,anda seharusnya turun dengan membengkokkan kaki di bahagian paha dan pastikan belakang anda berada dlm keadaan tegak.

3)menggunakan kasut bertapak rendah atau rata kerana kasut bertumit tinggi juga akan menyebabkan  perubahan dlm 'center of gravity'.

4)semasa tidur { disarankan supaya tidur dlm keadaan mengiring ke kiri atau ke kanan dan tidak tidur melentang.semasa bangun dari katil bengkokkan kaki di bahagian lutut dan pangkal paha,dan pusing ke tepi jatuhkan kaki ke lantai,seterusnya bangun dalam posisi mengiring tadi.

5)jika merasa sakit belakang ,anda boleh tuam dgn tuaman panas.

6)mengamalkan senaman regangan belakang.


0 comments:

Post a Comment