Showing posts with label Tips Diet. Show all posts
Showing posts with label Tips Diet. Show all posts

27 Sept 2014

TIPS KURUS : Inginkan keseronokan ketika berDIET , amalkan 10 TIPS ini...

Salam,

Tahukah anda kita boleh mencipta rasa seronok ketika berdiet.Pasti semua akan seronok bila fasa berdiet itu tidak membosankan kan.Disini ida kongsikan 10 tips yang boleh membuatkan kita rasa seronok ketika berdiet.Info ini ida peroleh dari sini.Semoga ia bermanfaat buat semua yang dalam proses berdiet ye.

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.



Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

26 Sept 2014

TIPS KURUS : 20 tips DIET yang MESTI anda TAHU.

Salam dan selamat sejahtera,

Disini ida kongsikan 20 tips DIET yang mesti anda jika anda ingin kekalkan berat badan anda.Info ini ida ambil dari sini.
  1. Nikmati sarapan anda setiap hari.                                                                       Ini akan mengelakkan anda mengambil makananyang berlebihan kemudian. Sarapan juga memberikan anda tenaga dan meningkatkan daya konsentrasi dan pemikiran anda.
  2. Perbanyakkan Pengambilan Vitamin C                                                               Limau, betik, jambu, lemon, grapefruit, strawberi, tomato dan kentang adalah sumber Vitamin C yang baik. Makanan yang kaya dengan Vitamin C dapat membantu badan mendapatkan zat besi yang lebih apabila dimakan bersama daging atau kacang.
  3. Kekalkan kecergasan                                                                                       Kekal cergas adalah bukti bahawa seseorang itu mengamalkan pengambilan makanan yang sihat, melakukan aktiviti fizikal yang cukup dan mempunyai berat badan yang berpatutan. Jika sihat, badan anda akan berfungsi dengan baik dan anda akan merasa selesa!
  4. Kafein                                                                                                           Kafein dapat membantu menghilangkan ngantuk, tetapi ia juga akan memberikan kesan yang kurang baik kepada badan jika diambil berlebihan. Kanak2 yang mempunyai berat badan 60 paun dan mengambil 2 gelas minuman ringan dalam sehari akan mendapat jumlah kafein yang sama dengan seorang dewasa dengan berat badan 175 paun yang minum 8 cawan kopi
  5. Pengambilan Vitamin A                                                                                 Vitamin A adalah sangat baik untuk gigi dan kulit selain dari membekalkan tenaga kepada badan. Vitamin A boleh didapati dalam bayam, buah-buahan dan susu.
  6. Nikmati hidangan dengan perlahan                                                                   Otak anda mengambil masa 20 minit untuk mendapat mesej bahawa badan anda mendapat makanan & telah kenyang. Jadi, nikmatilah hidangan anda dengan perlahan untuk memberi otak anda ruang mendapat mesej bahawa “Anda sudah kenyang!”
  7. Minum banyak air                                                                                           Minum banyak air atau minuman lain yang bebas-kalori. Kita sering keliru antara dahaga dan lapar. Kekeliruan itu kadangkala akan menyebabkan kita mengambil makanan yang berlebihan sedangkan hanya satu gelas air sahaja yang diperlukan.
  8. Kurangkan pengambilan makanan berkanji                                                   Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti mi, pasta atau roti dan lebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Anda mampu membuang 100-200 kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan.
  9. Gunakan papan pemotong yang berasingan                                                         1 untuk makanan mentah seperti daging, ayam, makanan laut dan 1 untuk makanan kering seperti roti, buah dan sayur- sayuran. Basuh papan pemotong dengan bersih dan bilas dengan air panas selepas digunakan.
  10. Pengambilan kalsium                                                                                   Produk tenusu, ikan dengan tulang yang boleh dimakan, produk soya dan daun sayur hijau adalah sumber kalsium yang baik. Kalsium, apabila diambil bersamaVitamin D akan meningkatkan penyerapan kalsium.
  11. Elakkan diet terlampau                                                                                       Ia hanya akan memudaratkan kesihatan, malah berat anda akan mudah naik semula apabila diet tersebut dihentikan. Ingat! Diet tersebut bukan satu penyelesaian yang baik untuk mengurangkan berat badan.
  12. Mitos: Kurangkan pengambilan makanan berkanji kerana karbohidrat yang tinggi adalah penyumbang kepada kegemukan.                                                                 Fakta: Kebanyakan makanan mengandungi jumlah kanji yang tinggi tetapi mempunyai lemak dan kalori yang rendah seperti roti, nasi, pasta, mi, bijiran, kekacang dan buah-buahan.
  13. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurang 5 kali setiap hari.         Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat, vitamin, anti-oksida serta mempunyai kalori yang rendah. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan dapat mengurangkan rasa lapar seterusnya mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.
  14. Amalkan memakan buah segar daripada meminum jus buah-buahan.                   Jus sering dimaniskan tetapi buah segar mempunyai gula semulajadi dan lebih berkhasiat!
  15. Belajar memasak.                                                                                               Ia memberikan faedah yang baik untuk dompet dan bentuk badan anda. 3 sebab teratas untuk meluangkan lebih banyak masa di dapur:                                         1) Anda tahu apa yang anda makan,                                                                     2) Anda boleh mengawal kuantiti makanan yang diambil,                                       3) Anda dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama yang tersayang!
  16. Tidur awal.                                                                                                   Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur dan kecenderungan untuk makan berlebihan saling berkaitan. Semakin anda merasa tertekan, semakin tinggi keinginan untuk anda makan.
  17. Cubalah sesuatu yang baru.                                                                       Pelbagaikan makanan anda dan jadikannya lebih menarik.
  18. Aktifkan diri anda.                                                                                           Tekanan dapat dikurangkan dengan melakukan lebih banyak senaman dan aktiviti fizikal.
  19. Buang kulit dan lemak yang jelas kelihatan pada daging atau ayam & itik.           Elakkan dari menggoreng ketika memasak. Sebaliknya, kukus, bakar, gril atau rebus semasa memasak. Kurangkan lemak seperti mentega atau minyak dalam roti atau mi.Gunakan perasa rendah lemak atau bebas-lemak didalam masakan anda.
  20. Jadikan susu rendah lemak atau bebas lemak tenusu sebagai minuman ketika makan.                                                                                                           Jika anda mempunyai alahan pada laktosa, pilih laktosa rendah sebagai alternatif seperti keju, yogurt dan susu soya.
Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

11 Sept 2014

TIPS DIET : 4 Tips Makan Untuk Anda Yang Ingin Turunkan Berat Badan.

Salam bersiaran semua,

Tidak dinafikan didalam fasa untuk menurunkan berat badan ataupun berdiet salah satu faktor iaitu kawal pemakanan adalah sangat pentig supaya proses untuk anda menurunkan berat badan berjaya,Tetapi tidak bermakna anda perlu mengikat perut dari makan apa-apa untuk kurus.

Ok ini ida kongsikan 4 tips makan untuk anda kuruskan badan tanpa perlu anda mengikat perut.


Makan dengan kerap.

Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.

Rendah kalori, rendah lemak.

Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan.

Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Waktu terbaik untuk minum air.
Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-

· Pagi selepas bangun dari tidur.

Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.

· 30 minit sebelum waktu makan.

Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.


Itu dia 4 tips makan untuk anda yang ingin kurus.Pasti ramai yang lebih semangat untuk menurunkan berat badan selepas ini kan.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya