Showing posts with label Senaman. Show all posts
Showing posts with label Senaman. Show all posts

29 Jan 2015

Cara untuk Menaikkan Uri Dibawah.

Salam sayang semua,

Pada entri sebelum ini ida ada bercerita tentang Placenta Previa ataupun Uri dibawah kan.Bagi yang tertinggal untuk baca entri tersebut boleh klik link kat bawah ni ye.


Kali ini pula ida nak kongsikan petua untuk menaikkan uri dibawah ye.Petua ini ida ambil dari sini.Semoga bermanfaat kepada semua ye.

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali sehari iaitu :-
  • Sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya')


CARA:-
  • Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas,jika tidak mampu mengankat kaki,cuba sandarkan ke dinding.
  • Maksudnya kita baring dalam bentuk 'L' iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh.
  • Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan
  • Paling penting,jangan memaksa diri sendir
  • Kebiasaannya bagi ibu yang sudah hamil 'tua' (trimester ke-3) memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.


TEKNIK PERNAFASAN
  • Tarik nafas perlahan-lahan sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas,pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding).
  • Dengan menggunakan satu nafas,cuba tahan nafas anda selama yang mampu.
  • Cara menarik nafas juga penting,iaitu dengan menggunakan perut dan bukan hidung.
  • Maksdnya,bila kita menarik nafas menggunakan perut,kita rasa perut kita naik ke atas sedikit.
  • Lepaskan nafas secara perlahan-lahan,dalam jangkamasa yang sama (lenih kurang sama ketika menahan nafas)
  • Buat senaman dalam 10 - 15 kali untuk satu sesi senaman
  • Ulang senaman selepas bangun pagi,sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
  • Selain daripada senaman,cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan..
  • Pujuk bayi agar pusing ke bawah dan biasanya uri akan naik keatas mengikut pergerakan bayi
  • Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal.

Semoga senaman ini dapat membantu semua ibu hamil.Dan semoga dipermudahkan semuanya.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

12 Jan 2015

7 Jenis Senaman Untuk Ibu Hamil kekal Cergas dan Bertenaga.

Salam dan selamat sejahtera semua,

Senaman semasa hamil adalah penting kerana ia bagi memastikan ibu hamil sentiasa cergas dan bertenaga.Tetapi senaman yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan ibu hamil.

Entri kali ini ida nak kongsikan pula antara senaman yang boleh dilakukan oleh ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan.

1. SENAMAN PELVIC FLOOR



  • Senaman ini bukan sahaja berguna untuk ibu hamil malah kepada semua orang.Semasa hamil,otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak.Akibatnya,seseorang itu akan mudah terkencing semasa bersin atau batuk.Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik.Caranya ialah dengan melakukan kemutan.Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa.Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula.Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja sebanyak mana yang anda mahu.


2. MELAKUKAN REGANGAN

Secara Berbaring

  • Baring terlentang dan letakkan kedua-dua tangan di sisi.Tekuk kaki kanan dengan keadaan tapak kaki rata di atas lantai (membengkokkan lutut).Kaki kiri pula diluruskan dengan tapak kaki kiri ditegakkan ke atas sehingga jari kaki mengarah ke muka anda.Tahan seketika kemudian ulang semula dengan menekuk kaki kiri pula.Lakukan secara bergilir-gilir kaki kiri dan kanan.


Secara Duduk

  • Duduk di atas lantai dalam keadaan kedua-dua tumit kaki ditemukan.Dengan menggunakan tangan,tarik kaki yang bertemu itu ke arah tubuh (ke dalam) mengikut kemampuan.Kemudian,tekan lutut ke arah lantai secara perlahan-lahan.Boleh menggunakan tangan untuk menekan lutut tetapi jangan tekan terlalu kuat.


Secara Berdiri

  • Regangan ini dipanggil regangan mata kaki.Berdiri menghadap dinding dalam keadaan kaki kanan di hadapan dan kaki kiri di belakang.Tekapkan kedua tapak tangan ke dinding.Tekuk lutut kaki kanan sedikit dan condongkan badan kearah dinding (seperti dalam keadaan menahan dinding dari tumbang).Siku anda akan automatik terbengkok semasa anda melakukan regangan ini.


Regangan Lengan

  • Regangan ini boleh dilakukan semasa duduk ataupun berdiri.Angkat kedua-dua belah lengan ke arah atas seperti mahu melambai.Selepas itu,cuba menjangkau ke langit menggunakan sebelah tangan.Lakukan lengan sebelah lagu dan ulang perbuatan ini secara bergilir-gilir.


Regang Tubuh

  • Duduk di atas lantai dengan kedua-dua kaki direntangkan.Kemudian,hulur lengan kanan ke arah pergelangan kaki dan angkat lengan kiri  ke atas kepala menghala ke arah kanan secara perlahan-lahan.Ulang gerakan ini selama beberapa kali kemudian tukar posisi satu lagi pula.Lakukan berselang seli kiri dan kanan.Kesan akan dirasai pada bahagian pinggang semasa meregang.


3. BERTINGGUNG

  • Bertinggung adalah keadaan seperti mencangkung tetapi bertinggung ditahan oleh jari kaki manakalan mencangkung oleh tapak kaki.Semasa bertinggung,kaki berada dalam keadaan bertinjit.Letakkan kedua-dua  tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu.Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu.Bertinggung merupakan satu senaman yang boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.



4. BERENANG





  • Ibu hamil sememangnya disarankan untuk berenang.Ini adalah kerana berenang boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban.Kawalan pernafasan semasa berenang akan dapat membantu semasa proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran.Selain itu,berenang juga dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.Tekanan air akan membuatkan otot anda bekerja lebih sedikit dari biasa.


5. BERJALAN KAKI



Berjalan kaki bukan sahaja boelh mengeluarkan peluh malah dapat membantu menggerakkan otot-otot yang bakal diperlukan semasa bersalin.Mulakan berjalan kaki secara perlahan sengan jarak yang pendek.Lakukan sebanyak 3 kali dalam seminggu.Kemudian anda boleh menambahkan sedikit kelajuan semasa berjalan dan juga menambah jarak.Senaman ini juga sesuai dilakukan ditempat berhawa dingin seperti dipusat membeli belah.

6. MENAIKI TANGGA



Senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana dikhuatiri rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga.Menaiki tangga banyak melibatkan otot peha dan pelvik.Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak terlalu laju dipercayai dapat mempercepat bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

7. KERJA RUMAH

Siapa kata kerja-kerja dirumah tidak meletihkan?Seringkali kita dengar bahawa ibu hamil perlu banyak berehat.Walaubagaimanapun,ibu hamil digalakkan melakukan kerja-kerja rumah yang tidak berat.Untuk ibu yang berada di awal kehamilan,kerja-kerja seperti menyapu lantai dan menyidai pakaian tidak menjadi masalah.Elakkan dari mengemop lantai,mencuci bilik mandi dan  mengangkat barang yang berat keran ia boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu hamil atau janin di dalam kandungan.

Di atas ini antara senaman yang boleh diamalkan oleh setiap ibu hamil bagi memastikan ibu hamil sentiasa kelihatan cergas dan bertenaga.Selain itu senaman ini boleh memudahkan proses ketika hendak bersalin.Jadi ibu-ibu hamil semua boleh amalkan senaman-senaman di atas ni ye.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


12 Sept 2014

Tips Kurus : 7 bentuk senaman bagi mereka yang mempunyai PERUT BUNCIT.



Salam bersiaran,

Ok hari ini entri ida adalah berkisar tentang senaman bagi mereka yang mempunyai perut buncit.Jika sebelum ini ida ada bercerita tentang faktor kenapa terjadinya perut buncitkan.Bagi yang terlepas entri tersebut boleh klik link di bawah ni ye:-


Jom kita tengok serba sedikit senaman yang boleh dilakukan untuk megatasi masalah perut buncit ni ye :-


1.Berlari atau berjalan


Menurut Health & fitness of the Times of India dengan melakukan senaman ,peratusan lemak di badan anda akan berkurangan.Maka,senaman sebenarnya bukab sahaja membakar lemak dibahagian perut anda,malah turut melibatkan lemak dibahagian badan yang lain

Berlari dan berjalan adalah di antara dua jenis senaman terbaik dalam proses pembakaran lemak.Lagipun,keperluan utama anda hanyalah sepasang kasut yang bersesuaian.Walaupun berlari membakar lebih banyak kalori,namun berjalan pu tidak kurang bagusnya.

Berlari dan berjalan ini boleh dijadikan sebagai rutin haria anda sekiranya anda ingin menurunkan berat badan termasuk perut buncit.Namun jangan lupa untuk melakukan pemanasan  ( warm up ) serta penyejukan ( cool down ) badan setiap kali anda ingin berlari atau berjalan.

2.Elliptical Trainer (Mesin /Peralatan Senaman)



Ada di antara kita yang tidak mempunyai sendi yang kuat sebagaimana sewaktu kita remaja dahulu.Begitu juga ada diantara kita yang mengalami kecederaan sendi atau otot.Maka jogging atau berjalan tidak sesuai untuk dilakukan.

Berita baik untuk golongan ini ialah Elleptical Trainer sangat membantu untukmereka melakukan senaman kerana ia memberikan impak yang rendah untuk senaman kardiovaskular.Dengan kata lain,ianya kurang memberi tekanan terhadap sendi malah mengurangkan risiko kecederaan.

Malah ,mereka yang mempunyai berat badan sekitar 66kg (145 paun) mampu membakar 300 kalori dalam masa 30 minit dengan Elliptical Traier ini.

3.Senaman Berbasikal


Membakar lemak badan dan perut dengan senaman kardio adalah seperti anda sedang bertempur.Sangat energetic.Seterusnya ia turut membantu anda menguatkan otot-otot perut selepas lemak yang ada dibakar.

Senaman berbasikal adalah yang terbaik untuk perut kerana ia memerlukan penstabilan perut,putaran badan dan lebih aktiviti pada otot perut.Di antara latihan berbasikal yang boleh anda lakukan sebelum mula berbasikal ialah :


  1. Berbaring dengan dua tangan berada di dalam belakang kepala anda.
  2. Angkat lutut ke dada sambil mengankat kepala dan bahu dari lantai.
  3. Bawa siku kanan ke lutut kiri dan luruskan kaki kanan
  4. Ulang kembali untuk siku kiri ke lutut kanan dan luruskan kaki kiri
  5. Terus ulang dan tukar gerakan 3 & 4 untuk merangsanag gerakan mengayuh
  6. Bernafas dengan tenang
  7. Lakukan 1-3 set dengan 12-16  kali ulangan


4.Berbasikal



Berbasikal adalah senaman kardio lain yang berimpak rendah.Ia boleh dilakukan secara santai sama ada untuk melancong atau bersiar-siar menikmati keindahan alam.Bergantung kepada tahap kelajuan (speed) dan tahap kesukaran yang diset boleh membakar di antara 250 - 500 kalori dalam masa 30 minit.

5.Senaman Reverse Crunch



Reverse Crunch merupakan senaman ke -5 terbaik untuk menguatkan otot teras.
Cara melakukan reverse crunch ialah :-


  1. Baring di atas permukaan lantai yang rata dengan tangan di sisi anda.
  2. Sialng dan angkat kaki anda dari latai sehingga lutut membuat sudut 90 darjah
  3. Tegangka otot perut dan bahu daripada lantai
  4. Hembus nafas sewaktu perut menegang dan sedut nafas apabila anda menurunkan
  5. Lakukan sebanyak 1-3 set dengan 12-16 kali ulangan


6.Senaman Vertical Leg Crunch

Kempiskan pert buncit dengan senaman Vertical Leg Crunch


Senaman vertical leg crunch ini adalah hampir sama dengan senaman crunch biasa.Namun perbezaannya ialah anda perlu memastikan kaki sentiasa berada di dalam keadaan lurus , yang mana akan membuatkan perut anda bekerja dengan lebih keras lagi serta ianya akan meningkatkan lagi keberkesanan senaman ini.

Cara-caranya ialah :-


  1. Baring di atas lantai dengan dua tagan di belakang kepala anda
  2. Luruskan kaki ke atas dengan lutut bersilang
  3. Kempiskan perut untuk mengankat kepala dan bahu
  4. Baring kembali
  5. Pastikan kedua-dua kaki tidak dijatuhkan sepanjang masa
  6. Hembus nafas apabila anda menegangkan perut dan sedut nafas apabila anda kembali berbaring.
  7. Lakukan 1-3 set dengan ulagan 12-16 kali setiap sesi


8.Senaman Crunch Bola (Exercise Ball Crunch)



Senaman Ball Crunch ini memerlukan banyak penstabilan yang melibatkan lebih banyak otot.Apa yang anda perlukan adalah sebiji bola senaman.

Cara melakukan senaman Ball Crunch :-


  1. Baring di atas bola supaya belakang anda dapat disokong dan kaki dapat berdiri kukuh di atas lantai
  2. Letakkan tangan di dada atau dibelakang kepala
  3. Tegangkan perut dan angkat badan anda ke hadapan
  4. Baring kembali ke atas bola
  5. Pastikan bola sentiasa stabil setiap kali melakukan crunch
  6. Hembus afas sewaktu melakukan crunch dan sedut nafas sewaktu anda menurunkan badan
  7. Lakukan 1-3 set dengan 12-16 ulangan setiap sesi.


Credit info sini

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang supplemen Shaklee pula anda boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya