Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts

29 Sept 2014

Apa itu Detox?

Salam,


Detox


Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Berikut adalah sumber sayur dan buah yang penting untuk proses detox:

  1. Sayur ~ Celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato, lobak
  2. Buah ~ Epal hijau, nenas, pear dan lemon/oren


Bagi anda yang berminat untuk melakukan diet detox ini adalah penting untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu memperbanyakkan pengambilan daripada prosuk bijirin seperti seperti fosforus dan laksatif di samping memperbanyakkan memakan kobis, brokoli dan sayuran yang banyak unsur sulfur yang baik untuk hati.

Toksin

Apa itu Toksin? 

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan


  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 
Shaklee turut menyediakan produk bagi proses Detox ini iaitu Herblax dan juga Alfalfa.Berminat dengan produk ini boleh hubungi ida ye.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

27 Sept 2014

TIPS KURUS : Inginkan keseronokan ketika berDIET , amalkan 10 TIPS ini...

Salam,

Tahukah anda kita boleh mencipta rasa seronok ketika berdiet.Pasti semua akan seronok bila fasa berdiet itu tidak membosankan kan.Disini ida kongsikan 10 tips yang boleh membuatkan kita rasa seronok ketika berdiet.Info ini ida peroleh dari sini.Semoga ia bermanfaat buat semua yang dalam proses berdiet ye.

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.



Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

26 Sept 2014

TIPS KURUS : 20 tips DIET yang MESTI anda TAHU.

Salam dan selamat sejahtera,

Disini ida kongsikan 20 tips DIET yang mesti anda jika anda ingin kekalkan berat badan anda.Info ini ida ambil dari sini.
  1. Nikmati sarapan anda setiap hari.                                                                       Ini akan mengelakkan anda mengambil makananyang berlebihan kemudian. Sarapan juga memberikan anda tenaga dan meningkatkan daya konsentrasi dan pemikiran anda.
  2. Perbanyakkan Pengambilan Vitamin C                                                               Limau, betik, jambu, lemon, grapefruit, strawberi, tomato dan kentang adalah sumber Vitamin C yang baik. Makanan yang kaya dengan Vitamin C dapat membantu badan mendapatkan zat besi yang lebih apabila dimakan bersama daging atau kacang.
  3. Kekalkan kecergasan                                                                                       Kekal cergas adalah bukti bahawa seseorang itu mengamalkan pengambilan makanan yang sihat, melakukan aktiviti fizikal yang cukup dan mempunyai berat badan yang berpatutan. Jika sihat, badan anda akan berfungsi dengan baik dan anda akan merasa selesa!
  4. Kafein                                                                                                           Kafein dapat membantu menghilangkan ngantuk, tetapi ia juga akan memberikan kesan yang kurang baik kepada badan jika diambil berlebihan. Kanak2 yang mempunyai berat badan 60 paun dan mengambil 2 gelas minuman ringan dalam sehari akan mendapat jumlah kafein yang sama dengan seorang dewasa dengan berat badan 175 paun yang minum 8 cawan kopi
  5. Pengambilan Vitamin A                                                                                 Vitamin A adalah sangat baik untuk gigi dan kulit selain dari membekalkan tenaga kepada badan. Vitamin A boleh didapati dalam bayam, buah-buahan dan susu.
  6. Nikmati hidangan dengan perlahan                                                                   Otak anda mengambil masa 20 minit untuk mendapat mesej bahawa badan anda mendapat makanan & telah kenyang. Jadi, nikmatilah hidangan anda dengan perlahan untuk memberi otak anda ruang mendapat mesej bahawa “Anda sudah kenyang!”
  7. Minum banyak air                                                                                           Minum banyak air atau minuman lain yang bebas-kalori. Kita sering keliru antara dahaga dan lapar. Kekeliruan itu kadangkala akan menyebabkan kita mengambil makanan yang berlebihan sedangkan hanya satu gelas air sahaja yang diperlukan.
  8. Kurangkan pengambilan makanan berkanji                                                   Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti mi, pasta atau roti dan lebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Anda mampu membuang 100-200 kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan.
  9. Gunakan papan pemotong yang berasingan                                                         1 untuk makanan mentah seperti daging, ayam, makanan laut dan 1 untuk makanan kering seperti roti, buah dan sayur- sayuran. Basuh papan pemotong dengan bersih dan bilas dengan air panas selepas digunakan.
  10. Pengambilan kalsium                                                                                   Produk tenusu, ikan dengan tulang yang boleh dimakan, produk soya dan daun sayur hijau adalah sumber kalsium yang baik. Kalsium, apabila diambil bersamaVitamin D akan meningkatkan penyerapan kalsium.
  11. Elakkan diet terlampau                                                                                       Ia hanya akan memudaratkan kesihatan, malah berat anda akan mudah naik semula apabila diet tersebut dihentikan. Ingat! Diet tersebut bukan satu penyelesaian yang baik untuk mengurangkan berat badan.
  12. Mitos: Kurangkan pengambilan makanan berkanji kerana karbohidrat yang tinggi adalah penyumbang kepada kegemukan.                                                                 Fakta: Kebanyakan makanan mengandungi jumlah kanji yang tinggi tetapi mempunyai lemak dan kalori yang rendah seperti roti, nasi, pasta, mi, bijiran, kekacang dan buah-buahan.
  13. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurang 5 kali setiap hari.         Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat, vitamin, anti-oksida serta mempunyai kalori yang rendah. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan dapat mengurangkan rasa lapar seterusnya mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.
  14. Amalkan memakan buah segar daripada meminum jus buah-buahan.                   Jus sering dimaniskan tetapi buah segar mempunyai gula semulajadi dan lebih berkhasiat!
  15. Belajar memasak.                                                                                               Ia memberikan faedah yang baik untuk dompet dan bentuk badan anda. 3 sebab teratas untuk meluangkan lebih banyak masa di dapur:                                         1) Anda tahu apa yang anda makan,                                                                     2) Anda boleh mengawal kuantiti makanan yang diambil,                                       3) Anda dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama yang tersayang!
  16. Tidur awal.                                                                                                   Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur dan kecenderungan untuk makan berlebihan saling berkaitan. Semakin anda merasa tertekan, semakin tinggi keinginan untuk anda makan.
  17. Cubalah sesuatu yang baru.                                                                       Pelbagaikan makanan anda dan jadikannya lebih menarik.
  18. Aktifkan diri anda.                                                                                           Tekanan dapat dikurangkan dengan melakukan lebih banyak senaman dan aktiviti fizikal.
  19. Buang kulit dan lemak yang jelas kelihatan pada daging atau ayam & itik.           Elakkan dari menggoreng ketika memasak. Sebaliknya, kukus, bakar, gril atau rebus semasa memasak. Kurangkan lemak seperti mentega atau minyak dalam roti atau mi.Gunakan perasa rendah lemak atau bebas-lemak didalam masakan anda.
  20. Jadikan susu rendah lemak atau bebas lemak tenusu sebagai minuman ketika makan.                                                                                                           Jika anda mempunyai alahan pada laktosa, pilih laktosa rendah sebagai alternatif seperti keju, yogurt dan susu soya.
Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

25 Sept 2014

INFO KURUS : 10 Cara Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisma.

Salam,

Apa itu metabolisme?

Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? 
Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

1.Minum Air Secukupnya. 
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2.Jangan lupa suplemen kalsium. 
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3.Makan.
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

4.Tidur yang cukup. 
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

5.Jangan Stress. 
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6.Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda.
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

7.Lakukan senaman menggunakan pemberat. 
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

8.C untuk cergas. 
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

9.Pedas 
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

10.Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

24 Sept 2014

Mengapa perlu minum AIR MASAK secukupnya?

Assalammualaikum.

Siapa sini tak suka minum air.Bukan air kopi ke air teh ke ye.Tapi AIR MASAK ataupun AIR KOSONG.
Pasti ada yang tidak suka minum air masak kan.Tapi tahukag anda bertapa pentingnya kita perlu minum air masak ni.

Kat bawah ni ida bagikan sebab mengapa kite perlu minum air masak secukupnya.



1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

Kepentingan Warm Up dan Cool Down yang perlu kita semua ketahui.

Salam kasih sayang semua,

Warm Up dan Cool Down adalah 2 perkara yang perlu dilakukan apabila kita memulakan dan mengakhiri sesi senaman kita.Ada yang anggap kedua-dua benda ini tidak penting tetapi tahukah anda peluang anda utuk tercedera adalah tipis jika anda melakukan Warm Up dan Cool Down ini.

Meri kita tengok apa kepentingannya kita melakukan Warm Up dan Cool Down ni ye.


KEPENTINGAN WARM UP

Memastikan semua komponen di dalam tubuh badan bersedia sebelum melakukan segala bentuk aktiviti fizikal:
  • Jantung
  • Sendi
  • Otot
Maksud bersedia kat sini adalah antaranya;
  1. Menaikkan tingkat energi yang dikeluarkan oleh metabolisme tubuh.
  2. Meningkatkan pertukaran (pengikatan) oksigen dalam hemoglobin.
  3. Meningkatkan kecepatan perjalanan signal saraf yang memerintah gerakan tubuh.
  4. Memudahkan otot-otot berkontraksi dan rileks secara lebih cepat dan efisien.
  5. Mengurangkan ketegangan pada otot.
  6. Meningkatkan kapasitas kerja fisik.

Cool down pula WAJIB dilakukan setiap kali selesai sesuatu aktiviti itu. Haa, kat sini ramai yang culas. Habis je workout or apa-apa aktiviti fizikal tu, dia terus balik rumah. Ramaikan yang buat macam ni? Hehe. Ok jom tengok kepentingan cool down pulak.

KEPENTINGAN COOL DOWN
  1. Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur
  2. Menjajar semula otot-otot
  3. Mengurangkan kesakitan & kerengsaan selepas bersenam
  4. Menggalakkan pengaliran darah ke jantung
  5. Membantu mengeluarkan bahan buangan daripada badan
  6. Membantu untuk me’relaks’kan anda
Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya
Proses cooling down ini WAJIB dilakukan supaya darah tidak terperangkap dalam otot yang tidak bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) yang akan menyebabkan korg rasa pening-pening. Ia juga boleh mengelakkan korg daripada mengalami kesakitan otot disebabkan asid laktik yang terkumpul semasa melakukan aktiviti fizikal tu.

23 Sept 2014

INFO KURUS : 6 Punca Pelan Diet Anda Tidak Berjaya.

Salam dan selamat sejahtera semua,

Pernah tak anda mengalami situasi gagal dalam proses menurunkan berat badan anda?Pernah tak anda kaji kenapa proses diet anda tidak menjadi?

Disini ida nak kongsikan 6 punca kenapa pelan diet anda tidak berjaya.

Jemput baca semua ye.

6 Punca pelan Diet Tidak Berjaya


1.Crash Diet

Kebanyakan diet mengehadkan penggunaan kalori. Akibatnya, metabolisma anda menjadi perlahan.Sebagai panduan jangan ambil kalori 50% kurang daripada keperluan kalori seharian (DCR) anda untuk kurangkan berat. Contoh: kalau DCR anda 2,400 kcal, jangan makan kurang daripada 1,200 kcal.

2.Diet Extreme

Makanan yang lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak, melemahkan mood kita, semakin turunlah berat badan.Bagi saya, biarlah diet untuk ada give and take. Tidak semua pilihan pemakanan tu semestinya sempurna. Contoh: Kalau Isnin-Jummat pilihan yang baik, tidak salah kita ganjarkan diri pada hujung minggi.

3.Crash Course Diet

Kebanyakan diet tidak menggalakkan kita mengubah gaya hidup. Sebaik sahaja pelan diet anda tamat, anda kembali semula ke tabiat lama. Berat badan akan naik semula.Fakta: Diet saya sama dari Januari 1 sampai Disember 31. Ia bukanlah crash course 12 minggu tapi amalan sepanjang hayat. Kalau anda lihat pengalaman mereka yang berjaya kurangkan berat badan, diet mereka berubah permanently.

4.Badan makan diri

Dengan diet yang berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang, membuatkan kita lemah dan lesu.

5.Gagal kawal nafsu makan

Saya rasa cabaran yang paling besar dalam berdiet adalah kawalan nafsu makan. Pastikan anda makan kerap, makanan yang berkualiti dan jangan tak makan.

6.Kurang aktif

Walaupun senaman tidak wajib dalam usaha anda turunkan berat badan tapi ia memberikan semangat dan sempurnakan diet anda. Tambah pula, biarlah kita kuat dan cergas pada masa yang sama. Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan), tetapi juga yang keluar (melalui senaman).

Yang mana satu punca menyebabkan pelan diet anda tidak berjaya.Cuba renung-renungkan ye hehehehe.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

22 Sept 2014

10 makanan yang boleh MENGGEMUKKAN yang perlu diketahui...



Salam dan selamat sejahtera semua,

Malaysia terkenal dengan syurga makanan kan.Terdapat pelbagai makanan lazat yang pasti membuka selera.Itulah sebab Malaysia antara negara mempunyai kadar obesiti yang tinggi.

Hari ini ida nak kongsikan 10 makanan di Malaysia yang menggemukkan.

1. Nasi Lemak



Nasi lemak adalah salah satu makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia. Bukan sahaja diambil pada waktu pagi, malah untuk makan tengahari dan makan malam. Hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Ia juga mengandungi lebih kurang 390 kalori tidak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang.

Hidangan lengkap sepinggan nasi lemak mengandungi lebih kurang 450 hingga 500 kalori. Lebih menggemukkan apabila makan bertambah dan kadang-kala ada ayam goreng yang mengandungi 240 kalori, sambal sotong yang mengandungi 170 kalori atau pelbagai jenis lauk lain. Untuk resipi nasi lemak yang lebih sihat, klik di sini

2. Roti Canai



Roti canai dengan kuah kari adalah makanan paling laris pada waktu pagi, bertambah enak jika dimakan bersama dalca dan sambal tumis. Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori, jika dua keping bersamaan dengan 600 kalori. Tidak termasuk dengan kuah kari, dalca dan sambal tumis.

3. Nasi Goreng



Biasanya sepinggan nasi goreng mengandungi lebih kurang 630 kalori. Ia menjadi kurang seimbang kerana nasi tersebut digoreng dengan menggunakan minyak, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur. Nilai kalori lebih tinggi kepada lemak dan karbohidrat, untuk lebih sihat cuba makan tidak lebih daripada segenggam tangan.

4. Ais krim



Ais krim sememangnya sedap dan menyejukkan, lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Namun, harus diingat ais krim mempunyai nilai lemak, gula dan kalori yang tinggi. Dua scoop ais krim mengandungi 380 kalori. Jika ingin membuat sendiri aiskrim yang lebih sihat dan rendah kandungan kalori, lihat resipi ini

5. Burger



Semua jenis burger mempunyai nilai kalori yang tinggi. Satu hidangan burger biasanya terdiri daripada keju, sos cili, mayonis dan lebih istimewa di tambah dengan sebiji telur yang mengandungi lebih kurang 475 kalori.

6. Mee kari



Hidangan mee kari pastinya menyelerakan tetapi mengandungi lebih kurang 500 kalori. Seeloknya gantikan mee kari dengan hidangan mee sup yang hanya mengandungi 380 kalori. Atau untuk resipi mee kari yang lebih sihat lihat di sini

7. Makanan bergoreng



Ramai yang suka makan makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng, mee goreng dan sebagainya. Sekeping pisang goreng sahaja mengandungi 170 kalori. Nilai kalori akan lebih meningkat jika menggoreng menggunakan minyak yang sama berulang kali. Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti merebus atau memanggang.

8. Susu Pekat Manis



Susu penuh krim mempunyai sumber kalsium tetapi ia juga mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan pastinya kurang elok untuk kita. Satu sudu susu pekat manis biasanya mengandungi lebih kurang 60kcal. Seeloknya gantikan dengan susu rendah lemak yang kurang kandungan lemak.

9. Roti Manis dan Donut




Roti manis seperti roti krim, roti coklat atau donut sememangnya tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. Sebiji donut mengandungi 200kcal, sekiranya kita makan satu dozen yang mengandungi 6 biji donut pastinya mengandungi 1200kcal. Pemakanan tanpa kawalan pasti boleh memberi kesan kegemukan.

10. Mayonis


Mayonis sememangnya sedap jika dimakan bersama salad. Namun, jangan diambil terlalu banyak kerana suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori atau 40gram lemak. Penggemar mayonis perlu kurangkan pengambilannya untuk kekal sihat dan tidak mengalami masalah kegemukkan.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya