Showing posts with label Ilmu keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Ilmu keibubapaan. Show all posts

31 May 2014

Ilmu keibubapaan : Teknik untuk keluarkan kahak/hingus pada bayi anda

Salam,

Kasihan apabila melihat anak yang masih kecil berkahak kan.Kalau orang dewasa pandai untuk buang kahak tersebut tetapi bagi budak yang masih kecil tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan kahal tersebut dari mulut mereka.Disini ida tunjukkan cara untuk mengeluarkan kahak bagi bayia anda yang masih kecil ye.

Tujuan untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru. Benda-benda berikut boleh digunakan untuk rawatan stim di rumah bagi mengeluarkan kahak pada baby.Pilih salah satu yang sedia ada dirumah.


  • Bottle steam sterilizer
  • Bottle & food warmer
  • Baldi berisi air panas
  • Rice Cooker


Campurkan salah satu bahan-bahan anti bakteria berikut dengan air.


  • Minyak habbatus sauda
  • Bawang Putih fresh yang diketuk atau Minyak bawang putih
  • Vicks


Posisi Bayi semasa rawatan

Sebaiknya kita letak streillizer/baldi isi air panas/rice cooker di tepi kita dan bayi diletakkan atas peha kita secara melintang atau posisi yang selesa bagi bayi.

Teknik Tepukan

Bentukkan tapak tangan macam cupping method dan tepuk sebelah kanan dan kiri belakang baby.Tepuk dekat bahagian tepi sahaja.Jangan tepuk direct tulang belakang.




Tips Rawatan

Seeloknya Ulang rawatan stim antara 2/3 kali sehari,untuk beberapa hari hingga kahak/hingus tiada lagi.

Mengenal Batuk Berkahak.


  • Kahak jernih+badan sejuk = Makan madu,buah delima dan makanan bersifat panas.
  • Kahak pekat/kuning/hijau+badan panas= Minum air barli, air asam jawa dan makan makanan bersifat sejuk.


Tips:“Kalau ada shower air panas. Boleh buka shower tu sampai toilet penuh wap.Kemudian bawa anak masuk dan duduk dalam selama 15-20minit"

Note: Masa rawatan baby akan menangis. Lagi kuat baby menangis lagi cepat hingus dikeluarkan.

Credit



Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Ilmu keibubapaan: 10 tips menarik untuk mengajar si manja anda sedari bayi lagi

Salam bersiaran pembaca setia blog umielman ye,

Walaupun bayi tidak semestinya bayi anda tidak boleh di ajar.Ada pelbagai tips untuk menarik minat bayi anda untuk belajar.Kat bawah ni ida sertakan 10 tips untuk mengajar bayi anda.Semoga ia bermanfaat kepada semua ye.


1.Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten.Sebagai contoh,jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna,sebutkan warna itu misalnya warna biru.Begitu juga dengan abjad dan nombor.Jika anda terjumpa abjad atau nombor,sebutkan dengan kuat.Biarkan bayi mendengar.Jika anda lakukan secara kerap,bayi akan cepat belajar.Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama dihadapan bayi anda.Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu.Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi.Minda anak anda seperti span pada usia ini,ia akan menyerap apa sahaja pengajaran yang diberika kepadanya.Sekarang,terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu berguna.

2.Jangan berbahasa bayi

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu.Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda,jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi.Cara ini memang sukar,tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap.Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya.Cuba bayangkan anda sedang bercakap dengan orang dewasa.Paling bagus bercakaplan dengan menggunakan bahasa yang betul.Daripada anda menggunakan 'ne ne' yang mewakili susu atau 'mam mam' untuk makanan.Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul

3.Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar , bayi juga suka diberi ganjaran.Mereka suka memberi pujian,memeluk dan menciumnya.Cubalah anda berkata 'adik pandai' sambil menepuk tangan,apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil.Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda.Apa yang pasti ,bayi suka dibelai dan di manja dengan ucapa sayang.Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman.Selain itu,anda jugaboleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka

4.Bacakan buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini,tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku.Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan.Sambil bayi anda duduk di atas riba anda,pegang tangannya untuk dia merasai buku itu.Tetapi kadang kala,bayi mungkin akan menggigit buku ,biarkan dia melakukan begitu,namun pastikan buku itu jenis kain.Dalam pada itu,teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku.Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti

5.Mula awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya.Perkenalkan perkara baru kepada anak anda.Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula megajarnya abjad,nombor dan objek-objek sekelilingnya.Anda harus lakukan pengajaran sekarang!Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor,huruf atau warna pada awal usianya.Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya

6.Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan diatas secara konsisten.Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda.Jangan putus asa,jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda.Terus melakuka pengajaran sehingga anak anda pandai.

7.Penerokaan

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya.Biarkan dia belajar memgang,merasa ,menghidu bau,mendengar dan melihat.Misalnya utuk bau anda boleh sediakan bunga ros,buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat.Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8.Belajar dengan gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan.Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira.Bayangkan anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya.Lakuka ia setiap hari.Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9.Permudahkan.

Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul.Dia masih kecil,berilah dia masa untuk melakukannya.Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad.Lakukan aktiviti ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

Teruskan

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik,lakukan pengajaran setiap hari.Jangan berputus asa.Ingat anda sedang mengajar anak kecil,bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari.Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda.Oleh itu ,lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya.Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Semog tips-tips di atas ini dapat membantu kita semua supaya dapat mengajar si manja kita sedari kecil lagi ye.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

30 May 2014

Ilmu keibubapaan: Kembung perut pada bagi bagaimanakah cara mengatasinya????

Salam,

Pernah tak ibu bapa semua mengalami situasi di mana bayi asyik meragam dan menangis sahaja.Pasti pernahkan.Kadang kala salah satu sebab bayi meragam adalah disebabkan oleh mereka megalami kembung perut.Tapi bagaimana kan cara ibu bapa semua mengatasi masalah kembung perut yang berlaku pada bayi ini.

Ok ini ada sikit perkongsian bagaimana nak atasi masalah kembung perut pada bayi ye.




  1. Sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di bawah pelipat, di tapak kaki, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang.
  2. Menggunakan daun sirih yang di layar di atas api lilin dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.Setelah itu barutkan pada perut bayi
  3. Ambil dua atau tiga biji lada hitam atau jintan manis dan bunjutkan, panaskan atas api lilin, kemudian tekapkan di ari-ari bayi. Pastikan tidak terlalu panas 


Cara mengelak masalah kembung perut bayi.


  1. Pastikan  selepas menyusu, sendawakan bayi .Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan atau dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya perlahan-lahan untuk menggalakkan angin dalam perut dilepaskan.
  2. Meniarapkan bayi.
  3. Apabila bayi menangis berterusan, akan mengakibatkan perut bayi mudah kembung. Oleh itu, ibu bapa perlu segera memujuk bayi dengan memeluknya, ia bagi menenangkan emosinya supaya mengelakkan masalah perut kembung menjadi lebih teruk.
  4. Postur menyusukan bayi harus juga diperhatikan.Jika bayi disusukan dengan susu botol, pastikan susu penuh pada mulut botol. Ini bagi mengelakkan bahagian hadapan mulut botol serong untuk mengelakkan bayi tertelan banyak udara. Bagi kaedah menyusukan bayi dengan susu ibu, biarkan bayi berdepan dengan payudara ibu, dan pastikan mulut bayi masuk dalam keseluruhan puting dan areola.
  5. Sebahagian makanan pepejal juga boleh mendatangkan perut kembung. Seperti makanan yang berangin.
Faktor- faktor  yang menyebabkan bayi kembung perut.

Bayi menyusu mengunakan botol, saiz lubang puting botol yang tidak sesuai atau kedudukan botol salah ketika menyusu.
Bayi menangis berlebihan juga mungkin menyebabkan kembung perut.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

22 May 2014

Ilmu keibubapaan : Ketahui pertuturan si manja anda ....

Salam,

Apabila si kecil mula bercakap adalah satu suasana yang begitu indah dalam hidup ibu dan bapa kan.Kita akan melihat keletah si manja bercakap dengan bahasanya yang tersendiri.Dan menjadi kenangan manis bila ia menyebut perkataan ibu ,ayah ,umi,abi,papa,mama atau apa sahaja panggilan ibu dan bapa tersebut.Pasti setiap ibu bapa terharu apabila mulut mugil si kecil memanggil ibu dan ayah kan.

Tetapi ibu bapa juga perlu tahu perkembangan pertuturan anak sedari awal kerana pertuturan adalah permulaan bagi semua anak-anak. Kemahiran bertutur & memahami bahasa adalah sebahagian penting daripada perkembangan menyeluruh anak anda. Kemahiran bertutur dan memahami bahasa yang dipelajari oleh anak anda adalah sejak bayi lagi, malah sebelum perkataan pertama keluar dari mulutnya. Kemahiran ini bertambah secara beransur-ansur apabila anak anda membesar, bermula dengan bunyi yang tidak membawa makna hingga butir perkataan yang jelas apabila usianya mencecah dua tahun. Masalah pertuturan dan bahasa boleh menjejaskan perkembangan anak anda, khususnya dari segi tingkah laku serta kemahiran sosial dan akademik. Justeru, punca masalah perlu dikesan awal.

Masalah Pertuturan & Bahasa Yang Biasa Dialami

Masalah pertuturan dan bahasa boleh dibahagi kepada tiga kategori: 

struktur, neural (saraf) dan masalah lain yangberkaitan.

Masalah Pertuturan Disebabkan Lelangit Rekah

Ini merujuk kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan lelangit rekah. Mereka biasanya mengalami masalah pertuturan di satu peringkat dalam hidup mereka.

Gejalanya termasuk:
  • Tidak boleh mengeluarkan bunyi tertentu
  • Sengau, bunyi percakapan seolah-olah “keluar dari hidung”
  • Anak anda mengeluarkan bunyi mendengus dan menderam

Masalah Penyebutan

Kesilapan bunyi pertuturan yang tidak berubah dalam konteks perkataan berlainan.

Gejalanya termasuk:

  • Pelat yang amat ketara
  • Sukar menyebut bunyi-bunyi tertentu yang bermula dengan huruf R, J, L dan S seperti lori jadi “loli”

Kelewatan Memahami Bahasa Masalah 

Ini menyebabkan anak anda sukar mempelajari atau menyebut perkataan baru dan membuat ayat.
Kesukaran mempelajari nahu
Kesukaran mempelajari kelas perkataan
Kesukaran mempelajari perkataan baru dan penggunaan nahu dengan betul

Gangguan pertuturan neurologi yang menjejaskan ton otot anak anda, menyebabkan pertuturannya tidak jelas.

Gejala-gejalanya termasuk:

  • Pertuturan terlalu cepat atau
  • Kualiti suara lemah lambat
  • Pertuturan lemah, tidak jelas, tidak tentu biji butir dan tidak tepat

Anak anda mengulangi bunyi pertuturan, biasa permulaan perkataan atau frasa. 

Gejalanya termasuk:

  • Anak anda tergagap-gagap bila beralih daripada menggunakan satu perkataan atau frasa pendek kepada ayat lebih panjang atau apabila dikenakan tekanan untuk bercakap
  • Masalah Lain Yang BerkaitanTerdapat juga isu lain yang berkaitan masalah kemahiran pertuturan dan bahasa.

Malu/Segan

Sesetengah kanak-kanak pemalu dan tidak bercakap banyak, lebih-lebih lagi di khalayak ramai.

 Gejalanya termasuk:

  • Tidak bercakap langsung melainkan bila perlu
  • Pendiam dan suka menyendiri
  • Jika bercakap, suaranya perlahan
  • Kebimbangan guru yang memaklumkan anak anda tidak bercakap langsung

Pendengaran

Masalah pendengaran akan menimbulkan masalah pertuturan. Oleh kerana keduadua deria ini saling berkait, orang yang pekak selalunya bisu. 

Gejalanya termasuk:
  • Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul
  • Suka menyendiri
Ini antara masalah yang perlu diambil berat oleh ibu bapa.Semoga info ini bermanfaat kepada semu ibu bapa ye .

Ingin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


21 May 2014

Ilmu keibubapaan : Fasa perkembangan si manja sedari bayi sehingga 2 tahun yang perlu ibu bapa ketahui

Salam,

Entri kali ini ida nak berkongsi tentang fasa perkembangan bayi sedari  lahir sehingga berumur 2 tahun.Sebagai ibu bapa adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila melihat si kecil membesar dengan  sihat dan bijak.Setiap fasa perkembangan bayi menjadi memori terindah bagi ibu bapa keran dapat melihat keletah dan kerenah si manja.Di situ akan timbul perasaan bangga menjadi ibu bapa mereka di samping keletah meraka yang mencuit hati.Mari kita lihat bersama fasa - fasa dalam perkembangan bayi kita sedari bayi sehingga berumur 2 tahun ye.



Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:

0 hingga 3 bulan

• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.

3 hingga 6 bulan

• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.

6 hingga 9 bulan

• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.

9 hingga 12 bulan

• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat.

12 hingga 24 bulan

• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.

Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif.

1. Perkembangan Fizikal

Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2. Perkembangan Bahasa

Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3. Perkembangan Kognitif

Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.

4. Perkembangan Sosial Emosi

Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti 

Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

19 May 2014

Info keibubapaan: Kenali jenis najis si manja anda???



Salam,

Walaupun entri kali ini agak menggelikan bagi yang geli lah ye sebab ida nak berkongsi tentang jenis-jenis najis bagi si manja kita.Info ini amat berguna kepada smeua ye sebab semua yang sudah menjadi ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa perlu tahu info ni ye.

Jemput semua baca info yang sangat berguna mengenai jenis najis bayi yang perlu diketahui.

Newborn poo: Meconium

Bagi bayi yang baru lahir, najis pertamanya berbentuk sebegini, Ianya mengandungi amniotic fluid, mucus, skin cells, dan lain-lain bahan di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbau.



Warna 'breastfeed poo'.

Bayi yang menyusu dengan susu ibu, wara najisnya adalah kekuningan seolah golden yellow. Dan ianya juga kurang berbau. Ada juga bayi yang menyusu badan mengalami najis yang agak kehijauan. Kebiasaannya disebabkan oleh bayi mendapat lebih foremilk iaitu susu di hadapan yang mana kandungannya adalah air dan protein yg rendah kalori. Bayi tidak sempat mendapatkan hindmilk iaitu susu yang mengandungi kangungan lemak.



 Formula milk poo:

Yang ni adalah najis bayi yang diberi susu formula. Najis adalah bewarna kuning pecat dan agak lebih besar dari najis bayi yang 'breastfeed'. Ini kerana susu formula mengandungi molekul yang lebih besar dari susu ibu, dan sebab itu ianya agak susah dihadam oleh perut bayi. Baunya juga berbau agak kuat berbanding bayi yang diberi susu badan.





Iron fortified poo:

Contoh najis jika bayi diberi bahan yang mengandungi iron. Adalah normal jika bayi yang diberikan iron, najisnya akan berwarna kehitaman tetapi seger berjumpa doktor jika taida supplement iron diberikan tetapi najis bayi berwarna kehitaman.






Solid food poo:

Bayi yang diberi solid food akan mengalami perubahan najisnya seperti ini. Ianya berwarna seakan coklat dan agak berbau.





Poo with partially digested food:

Macam-macam ada dalam ni contohnya carrot hihi. Jangan risau bayi tidak apa-apa. Ini kerana makanan  yang dimakan tidak sempat hadam sepenuhnya kerana kadang-kadang bayi menyuap seberapa banyak makanan dalam mulut.





Cirit birit:

Najis jenis ini kerana bayi mengalami infection atau alergic pada sesuatu makanan. Bawa bayi berjumpa doktor jika keadaan berterusan.




Sembelit:

Bayi mengalami sembelit najisnya akan keras. Biasanya doktor akan cadangkan untuk mmberikan bayi jus atau air untuk mudahkan pembuangan najis bayi.




Najis yang mengandungi mukus:

Ini juga biasanya disebabkan oleh bayi alergic pada sesuatu ataupun mengalami infection. Bawa bayi ke hospitak jika ianya berlarutan.




Najis bercampur darah:

Jika najis normal bercampur darah, ada kemungkinan bayi mengalami alergi pada 'milk protein'.
Jika sembelit bercampur darah,kemungkinan ada kecederaan pada anusnya.
Ianya kemungkinan juga ada jangkitan bakteria.



Credit

Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

17 May 2014

Ilmu keibubapaan: Puting ataupun pacifier adalah salah satu taktik untuk membuatkan bayi anda tidur dengan lebih lama dan lena .Adakah ia fakta atau auta semata-mata???

Salam,

Pemberian puting ataupu pacifier kepada bayi sedari kecil adalah suatu perkara biasa bagi semua ibu bapa.Salah satu sebab ibu bapa memberi puting ataupun pacifier ini adalah keran ingin meredakan bayi yang astik merengek , meragam mahupun menangis.Tetapi tahukah anda seberapa pentingnya puting itu sendiri kepada bayi anda.Disini ida kongsikan sedikit maklumat mengenai puting ataupun pacifier ni ye.




Beri puting ketika bayi merengek,menangis dan ingin tidur itu perkara biasa.Rata-rata ibu akan melakukan begitu untuk mententeramkan anak daripada pelbagai situasi.Ada yang memberinya selepas beberapa hari bayi dilahirkan
Akhirnya,hisap puting susah dipishkan,malah ada nak tidur semalaman dengan puting terus terlekat didalam mulut.Tidak mustahil juga ada kanak-kanak melebihi usia tujuh tahun masih gagal dipisahkan dengan puting.
Jika dirujuk dari sudut kesihatan ,puting bukan tabiat yang bagus kerana tidak mengandungi sebarang nutrien dan boleh menejjaskan pertumbuhan bayi atau kanak-kanak
Pakar Pediatrik dan Kardiologi Kanak-Kanak,Dr Yong Junina Fadzli,berkata lazimnya bayi dilahirkan secara semula jadi memerlukan sesuatu unuk dihisap tetapi setiap bayi frekuensinya berbeza-beza.
Setiap bayi suka menghisap sesuatu apabila mereka berasa bosan,penat mahupun perlukan keselesaan
Bagaimanapun ibu mahupun penjaga memberikan puting kepada bayi dengan hasrat ia dapat membantu si kecil kurang menangis selain memastikan senyap dan tidak merengek
Hakikatnya,bayi akan menikmati ketenangan den keselesaan dengan cara menghisap sesuatu apabila mereka mula mengantuk.
Justeru beri puting dirasakan sebagai taktik terbaik untuk membuatkan bayi tidur lebih lama dan lena;" katanya ketika dihubungi baru-baru ini

Waktu sesuai hisap puting


Dr Yong Junina berkata penggunaan puting dapat mengurangkan pemberian susu botol.Kaedah memberikan puting ini adalah cara mudah mengawal mereka dari menghisap jari.
Ini kerana ibu boleh menghentikan penggunaan puting dengan mudah menerusi cara membaling jauh puting berkenaan
"Apabila sikecil mula menghisap jari dan menjadikannya sebagai tabiat ia sukar untuk dihantikan kerana ibun  jari ada bersama,"katanya
Bagaimanapun,Dr Yong Junina berkata,kajian menunjukkan penggunaan puting ketika bayi berumur bawah empat minggu boleh menyebabkan kegagalan mereka untuk menyusu badan sepenuhnya.
Justeru,ibu disarankan tidak memberi puting kepada bayi untuk bulan pertama selepas kelahiran
Puting yang selamat perlu mempunyai ciri keselamatan seperti bentuk asasnya yang besar pada bahagian plastik yang menghubungkan getah puting dengan tempat pemegang untuk mengelak tercekik ketika menghisapnya

Ciri-ciri puting

"Saiz mulut berbeza-beza.Puting dalam pasaran pula dihasilkan pelbagai saiz dan bentuk.Puting biasanya dihasilkan daripada bahan bukan toksik atau jenis ortodontik bagi mengurangkan kemungkinan gigi si kecil menjadi jongang
"Apabila terlalu kerap menghisapnya,gigi boleh menjai jongang kerana puting menolak gigi dari belakang ,"katanya

Pelukan ganti puting

Walaupun ada kebaikan tertentu,puting tetap memberi keburukan kepada bayi
Beliau berkata,puting yang kotor dan tidak dicuci sempurna penyebab bakteria merebak dan berpindah kepada bayi.
Ibu bapa juga patut memastikan punca anal menangis dan bukan memberi puting sebagai jalan penyelesaiannya.Mungkin menangis disebabkan lampin basah,lapar,terlalu sejuk atau panas.
Adalah lebih baik ibu tidak memberikan puting sejak dari awal supaya tidak timbul masalah kemudian hari terutama cara menghentikan tabiat itu.
Cara menggantikan puting ialah kerap mendukung.memeluk dan membelai kerana bayi lebih selesa cara itu disamping amalkan zikir atau bacaan al-Quran atau menyanyikan lagu yang mendamaikan mereka.


Mudah anak tidur

Sementara itu,ibu kepada dua cahaya mata,Dian Mohd Salleh,30 berkata kedua-dua anaknya menghisap puting selepas dua bulan dilahirkan.
Katanya,tujuan memberi puting adalah untuk mententeramkan mereka ketika menangis dan memudahkan anaknya tidur.
'Saya mula beri puting kepada anak pertama Iz-Zaara Iman ketika berusia dua bulan kerana anak dia perlukan sesuatu untuk dihisap.Bimbang badannya naik mendadak kerana terlalu banyak minum,saya gantikans esuatu untuk dihisap daripada botol susu kepada puting.
"Kini dia masih memerlukan puting sebelum tidur.Saya berikan puting bagi mengelakkan anak perempuan saya terus menangis atau tidak boleh tidur,"katanya yang memberikan puting jenis ortodontik dan mencabutnya apabila anak tidur
Berbeza anak keduanya ,Ilhan Zayyan sejak sembilan bulan tidak gemar menghisap puting seperti kakaknya.

Masalah yang dikaitkan dengan puting



  1. Ia boleh menghalang pertumbuhan.Aktiviti menghisap memerlukan tenaga dan penggunaan berlebihan boleh mengakibatkan mereka tidak menyusu.
  2. Menghisap puting boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian tengah telinga.Membiarkan ia berpanjangan dan berterusan boleh mengubah tekanan dalm telinga tengah
  3. Terlalu kerap menghisap puting boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap
  4. Penggunaan yang tidak sesuai dan berpanjangan boleh menjurus kepada masalah gigi
  5. Gigi tidak tersusun dan jongang
  6. Mengubah bentuk mulut
  7. Puting yang dicelup dengan sirap,madu ataupun glukos pula boleh mereputkan gigi


Panduan Penggunaan Puting

Perkara Perlu


  1. Perlunya ada beberapa puting supaya bagi memudahkan ia digantikan sekiranya puting sedia ada hilang atau jatuh diatas jalan atau lantai
  2. Pilih puting yang betul mengikut usia bayi


Perkara tidak perlu


  1. Bersihkan puting didalam air mendidih kurang lima minit
  2. Hentikan hisap puting sebelum mencecah umur lima tahun
  3. Jangan sesekali memaksa bayi anda menghisap puting.Jika sikecil tidak menerimanya ,cuba cara lain untuk meredakan rengekan
  4. Elakkan mengikat puting dengan reben atau tali panajng yang lebih daripada enam inci untuk mengelak bayi tercekik


16 May 2014

Info keibubapaan : Apa itu pneumokokal dan sejauh mana ia merbahaya kepada anak anda?

alam bersiaran,

Hari ni ida nak cerita pasal penyakit Pneumokokal.Pasti ramai ibu-ibu dah familiar dengan penyakit ni kan.
Ni ida kongsikan info mengenai Pneumokokal ye.Untuk info buat kita semua.

Pneumokokal (disebut sebagai  new-mo-co-ccal ) Penyakit dari  sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Streptococcuc pneumonia, yang juga dikenali sebagai pneumokokus.
Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan serius yang boleh mempunyai implikasi yang teruk di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kesan jangkitan ini biasanya teruk pada kanak-kanak di bawah 2 tahun dan orang tua kerana sistem imun mereka lemah.

Terdapat lebih daripada 90 jenis  bakteria pneumokokal yang diketahui  , tetapi hanya 10 % adalah penyebab penyakit. Masalahnya ialah kadar penyeberan yang mudah dari jenis yang memudaratkan , terutama di kalangan kanak-kanak di pusat jagaan .

Di seluruh dunia , penyakit pneumokokal bertanggungjawab terhadap  1.6 juta kematian setiap tahun.Statistik WHO  menunjukkan bahawa penyakit pneumokokal adalah punca utama kematian akibat yang boleh dicegah di seluruh dunia untuk kanak-kanak di bawah 5 .

Jika kanak-kanak bertahan jangkitan, terdapat risiko tinggi masalah jangka panjang seperti buta , kehilangan pendengaran dan kerosakan otak . Ini membawa kepada masalah pembelajaran, cerebral palsy , kelewatan pertuturan dan terencat akal.

Ibu bapa kanak-kanak yang dijangkiti juga mengalami kehilangan produktiviti , masa yang digunakan menjaga kanak-kanak dimasukkan ke hospital, bil-bil hospital yang tinggi dan tahap kebimbangan dan tekanan. Kos perubatan yang jangkitan penyakit pneumokokal datang kepada berbilion-bilion setiap tahun , tidak termasuk kos kerja dan kos pengeluaran.

Bakteria pneumokokus adalah punca utama penyakit-penyakit yang berbahaya :

Meningitis





Meningitis adalah jangkitan pada selaput otak atau saraf tunjang. Meningitis boleh disebabkan oleh virus atau bakteria. Meningitis virus selalunya ringan dan boleh menjadi lebih baik tanpa rawatan.

Meningitis pneumokokal yang disebabkan oleh bakteria pneumokokal boleh menyebabkan jangkitan yang serius seperti bengkak dalam tisu otak.

Antara gejala yang boleh dilihat :

  1. Demam dan menggigil
  2. Kelesuan
  3. Kepekaan kepada cahaya
  4. Keengganan untuk makan
  5. Mengantuk
  6. Loya dan muntah-muntah
  7. Leher atau kaki kaku
  8. kecelaruan
  9. Menangis kuat( pada bayi )


Kanak-kanak kecil yang tidak dapat menyuarakan rasa sakit atau tidak selesa mereka akan muncul tidak bermaya, mengantuk dan keliru. Bayi mungkin kelihatan kaku dan timbulnya bonjolan diatas kepala mereka Rawatan segera adalah penting , jika tidak, kanak-kanak mungkin mendapat sawan, tidak sedar dan juga kematian.

Lima puluh peratus daripada mereka yang hidup akibat meningitis mempunyai beberapa kesan seperti kehilangan pendengaran , lumpuh, kurang upaya pembelajaran atau terencat akal. Selalunya kesan-kesan ini tidak nyata serta-merta tetapi akan muncul beberapa bulan atau tahun. Ibu bapa hanya mula perasan ada  yang tidak kena apabila perkembangan kanak-kanak kelihatan lebih perlahan daripada rakan-rakannya.

Bakteremia





Bakteremia , juga dikenali sebagai Septicaemia atau keracunan darah, yang berlaku apabila bakteria pneumokokus memasuki aliran darah dan menyebabkan jangkitan kepada sistem darah. Bakteria mengganggu sistem peredaran darah , mengurangkan kandungan oksigen yang dalam aliran darah yang dihantar ke organ-organ dan tisu penting.

Oksigen tidak mencukupi dalam keputusan sistem darah dalam kerosakan teruk kepada organ-organ penting seperti paru-paru , perut, saluran kencing , tulang , otak dan jantung.

Antara gejala yang boleh dilihat :

  1. Demam panas dan menggigil
  2. Kulit pucat
  3. Tangan dan kaki sejuk
  4. Mudah marah
  5. Pernafasan cepat
  6. Tekanan darah rendah
  7. Mengesan pada kulit
  8. Kekeliruan
  9. Berasa amat sakit


Rawatan segera diperlukan untuk menghentikan jangkitan , jika tidak kanak-kanak mungkin mengalami kegagalan jantung dan kematian.

Pneumonia

 Pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh bakteria , virus atau kulat. Patogen memasuki badan apabila mereka disedut ke dalam paru-paru, menyebabkan kesukaran bernafas.

Pneumonia pneumokokal menjangkiti saluran pernafasan atas dan merebak ke dalam darah, paru-paru, telinga tengah atau sistem saraf. orang yang

Antara gejala yang boleh dilihat :

  1. Demam panas dan menggigil
  2. Batuk
  3. Sesak nafas
  4. Pernafasan cepat
  5. Sakit dada
  6. Loya atau muntah-muntah
  7. Keletihan
  8. Sakit otot

Kadang-kadang pesakit mengalami komplikasi berbahaya seperti nanah dan cecair yang membina  dalam paru-paru , yang memerlukan rawatan kecemasan untuk mengalirkan cecair keluar. Komplikasi ini menyebabkan kerosakan teruk kepada paru-paru, yang memberi kesan kepada fungsi pernafasan.

Rawatan antibiotik perlu diberi  awal untuk membuatkan ia berkesan. Walau bagaimanapun, rintangan antibiotik semakin meningkat , menjadikan antibiotik tidak berkesan.

Otitis Media

Otitis media, atau jangkitan telinga tengah, adalah salah satu daripada jangkitan biasa di kalangan kanak-kanak dan adalah punca utama lawatan ke doktor dan pakar pediatrik . Jika tidak dirawat , ia boleh merebak ke bahagian lain kepala seperti otak.

Otitis media  adalah keputusan dalam cecair yang terbentuk  dalam rongga telinga tengah , yang menjejaskan pendengaran. Pada kanak-kanak muda , kesan lebih meluas sebagai masalah pendengaran menjejaskan bahasa dan pertuturan perkembangan kanak-kanak , menyebabkan kelewatan dalam bercakap , kemahiran komunikasi dan pembelajaran.

Antara gejala yang boleh dilihat :

  1. Sakit telinga
  2. Kehilangan pendengaran sementara
  3. Gejala selesema seperti
  4. Kelesuan
  5. Pemakanan yang kurang baik
  6. Penarikan kerap pada telinga

Bayi yang tidak dapat untuk menyatakan rasa tidak selesa mereka akan cepat marah dan menangis. Otitis media perlu dipertimbangkan dalam bayi yang kelihatan sihat tetapi terus menangis dan penarikan di telinga
.
Siapa yang berisiko


  • Bayi di bawah 24 bulan usia
  • Kanak-kanak yang menghadiri pusat jagaan harian
  • Kanak-kanak dengan satu kursus baru-baru ini antibiotik
  • Kanak-kanak dengan jangkitan telinga baru-baru ini
  • Perokok pasif (kanak-kanak dengan ibu bapa merokok)
  • Kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik atau dengan kekebalan lemah


Bagaimana ia berjangkit


  1. Bakteria pneumokokus disebarkan melalui sentuhan dengan orang-orang yang sakit atau yang membawa bakteria di dalam tekak mereka. Bakteria disebarkan dari titisan  hidung atau mulut orang yang dijangkiti ketika bersin, batuk atau bercakap.
  2. Sesetengah kanak-kanak boleh membawa bakteria ke dalam leher mereka tanpa sakit. Walau bagaimanapun, individu lain yang mendapat jangkitan mungkin tidak begitu bernasib baik terutamanya jika sistem imun mereka tidak kuat.
  3. Orang yang dijangkiti mungkin mendapat jangkitan teruk seperti Meningitis, Bacteremia, Pneumonia atau Otitis media.

Rawatan

Pada  30 tahun yang lalu, penyakit pneumokokal terutamanya telah dirawat dengan antibiotik. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam kelaziman menunjukkan bahawa terdapat strain bakteria tertentu yang kini tahan antibiotik.
Kaedah pengurusan semasa ialah mengamalkan pencegahan dengan vaksin untuk mengelakkan dijangkiti, jangkitan tidak dapat tidak menyebabkan kecacatan yang teruk seperti kecacatan mental atau pembelajaran kurang upaya, walaupun pesakit bertahan.

Pencegahan

Kematian yang boleh dicegah merujuk kepada kematian yang disebabkan oleh penyakit di mana terdapat vaksin yang ada. Vaksin seperti untuk cacar, tetanus, ditpteria , pertusis (batuk kekalahan ) , hepatitis , polio dan batuk kering telah membantu memperbaiki kehidupan dan kadar kematian kanak-kanak di seluruh dunia .
Vaksin  untuk Penyakit Pneumokokal bukan sahaja melindungi anak anda daripada penyakit-penyakit berbahaya pelbagai sebab oleh bakteria pneumokokal tetapi juga mewujudkan kesan ' mentaliti kumpulan ' apabila masyarakat amnya.

Lebih ramai orang yang disuntik dan dilindungi , lebih rendah peluang penyebarana penyakit kepada  seluruh masyarakat . Kerana dunia yang tiada sempadan , terdapat peningkatan risiko mendapat  Penyakit Pneumokokal dari kenalan luar.

Selain daripada vaksinasi, cara lain untuk mencegah dijangkiti termasuklah mengamalkan  amalan kebersihan yang baik di rumah dan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak , dan tidak menghantar anak-anak ke sekolah atau penjagaan kanak-kanak apabila mereka sakit.

Dos vaksin yang berbeza-beza mengikut umur . Kanak-kanak berumur 6 minggu untuk 2- tahun-lama akan memerlukan 3 dos vaksin, manakala kanak-kanak berumur 2 hingga 9 tahun hanya memerlukan 2 dos vaksin.

Terdapat beberapa kesan sampingan, seperti kemerahan di tempat suntikan. Jarang sekali, sesetengah kanak-kanak mungkin memaparkan reaksi alergi dengan gejala kelemahan, berdehit, gatal-gatal, kesukaran bernafas , pucat , pening dan bengkak tekak.

Vaksin ini juga boleh diberikan pada masa yang sama sebagai vaksin kanak-kanak lain seperti DTP atau DTPA , Hib . Hepatitis B atau MMR.

Ingin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

15 May 2014

Ilmu keibubapaan : Ketahui 7 sebab kenapa bayi anda kuat menangis.....

Salam,

Situasi bayi menangis adalah satu situasi yang sangat menguji kesabaran ibu bapa terutamanya bagi ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata.Terkadang tercabar kesabaran dengan tangisan yang tidak tahu puncanya.Itu adalah situasi yang biasa dialami oleh setiap ibu bapa yang baru menimang cahaya mata mahupun yang sudah biasa dengan kehadiran bayi.Mari kita kenali apa yang menyebabkan bayi menangis dan bagaimana ibu bapa ini mampu mengawal dan mengatasinya



Sebab bayi menangis

Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk? Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan kontak mata, membuat bunyi-bunyi tertentu, dan juga dengan senyuman. Semua ini dapat mengurangkan keperluan untuk menangis.

Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan di bawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

1. Saya perlukan makanan

Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan 

Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa.

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu kehangatan - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk 

Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula.

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk 

Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk.

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.

5. Saya perlukan rehat 

Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang.

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat

Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena.

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:

  • muntah-muntah
  • cirit-birit
  • sembelit



7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu 

Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.

Antara perkara yang boleh dilakukan jika anak menangis

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.

Bedungkan dia dan peluk dengan kuat 

Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

Dapatkan ritma yang sekata

Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.)

Buai-buaikan bayi 

Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

Cuba kaedah urutan 

Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat  angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu 

Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda 

Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya.


Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:


  1. Tarik nafas panjang.
  2. Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda. 
  3. Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
  4. Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  5. Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi. Direktori A-Z kami mungkin mempunyai sumber yang boleh membantu anda.
  6. Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 
  7. Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.



Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.

Credit

Ingin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

14 May 2014

Ilmu keibubapaan : Selsema menyerang bayi kecilku.Bagaimana ingin mengatasinya?

Salam,

Apabila bayi kita yang masih kecil selsema pasti tidak tahu nak buat apa kan.Melihat pula si kecil merengek kerana tidak selesa lagi membuat ibu bapa gundah gulana.Mari kita ketahui apa punca sebenar selsema ini ye

Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.

Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam.



Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus.

Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.

Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi?

Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan.

Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka.

Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya.

Berapa lamakah selesema akan berlarutan?

Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun.
Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?

Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.

Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya.

Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor?

Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan.

Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika:


  1. selesema berlarutan lebih dari lima hari;
  2. suhu anak anda melebihi 39 darjah C;
  3. dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
  4. dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?

Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C).

Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom.

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:


  1. Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
  2. Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.
  3. Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
  4. Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.


Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi.

Ingin dapatkan Set Kesihatan Shaklee bagi Kanak-kanak boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

13 May 2014

Ilmu keibubapaan : Gundah hati ibu bapa tatkala anak demam..





Salam,

Hati ibu bapa mana yang tidak gundah gulana jika simanja yang disayangi demam.Ingin bekerja mahupun melakukan apa aktiviti pasti memikirkan simanja yang demam.Begitu lah keadaan ibu bapa bila mengetahui si manja demam.


Demam selalunya berlaku kerana adanya jangkitan kuman bakteria ataupun virus. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:


  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.



Jika bayi anda berusia enam bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati anda biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak anda. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda.

Sebab-sebab berlakunya demam (fever)

Jangkitan kuman bakteria atau virus.


  1. Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi selalu memegang atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap terjaga malam dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas bayi terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama antibiotik dalam keadaan ini
  2. Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih laju daripada biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.
  3. Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes - tompok-tompok merah pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk. 
  4. Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian otak. Bayi anda akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital mungkin perlu dibuat segera. 
  5. Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami cirit-birit dan / atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran cecair badan) yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan air secara injection. 
  6. Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan. 
  7. Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian yang dipasangkan terlebih tebal dsb.


Cara mengesan demam


  1. Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus).
  2. Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
  3. Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.
  4. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.


Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril.

  1. Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
  2. Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  3. Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
  4. Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.



Demam bayi dikatakan serius apabila :-

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau.

Hubungi pakar pediatrik anda jika:


  1. bayi anda berkelakuan aneh;
  2. tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  3. dia amat letih dan tidak menyusu.



Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.

Kekejangan febril apakah ia?

Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril.

Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera.

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Bayi anda tidak akan menelan lidahnya.

Itu serba sedikit info mengenai bayi mahupun anak yang demam.Semoga kita sebagai ibu bapa akan lebih bersedia jika mengetahui anak demam.

Ingin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya