2 Dec 2013

Apakah itu penyakit Tiroid

Salam bersiaran di Hari Isnin,

Apa macam hujung minggu semua.Mesti best kan.Sebab mood tengah fresh sebab baru hari Isnin jom kita baca info mengenai penyakit Tiroid ni.

Pasti semua pernah dengarkan penyakit Tiroid ni.


Jika mengikut dari bacaan dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Apa itu Tiroid 

kanker tiroid Kanser Tiroid Dan Cara Merawatnya


Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)

Ringkaskannya sebaik mungkin supaya kita dapat mengetahui tanda-tanda tiroid dan cara merawatnya.

    Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:

  •         Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  •         Hipotiroidisme


    Hipertiroidisme / Tirotoksikosis

    Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  •     Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  •     Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  •     Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan


    Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  1.         Bengkak di leher
  2.         Cirit birit
  3.         Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  4.         Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  5.         Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  6.         Kesuburan turun
  7.         Penumpuan kurang
  8.         Mata menjadi besar (bulging)
  9.         Angin yang tidak menentu
  10.         Kejang otot
  11.         Oesteoporosis (kereputan tulang)
  12.         Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  13.         Suhu badan naik, tak tahan panas
  14.         Rambut tidak kuat
  15.         Sukar bernafas
  16.         Sukar tidur
  17.         Tekanan darah naik
  18.         Turun berat badan walaupun selera naik
  19.         Lemah

    Hipotiroidisme

    Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.
    Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme-
  1.         bengkak kaki
  2.         ingatan terganggu
  3.         lembap
  4.         malas
  5.         kuat tidur
  6.         badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung
    Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?

    Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

    Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.

0 comments:

Post a Comment