19 Sept 2014

Kenali apa itu Gemuk Air.

Salam dan selamat sejahtera semua,

Pernah dengar tentang 'Gemuk air' tak.Pasti ada yang pernah dengar dan ada juga yang tak pernah dengar kan.Biasa dengar 'Gemuk daging' je kan.Gemuk air adalah salah satu jenis gemuk yang ada selain gemuk daging.

Jadi hari ini kita bercerita sedikit tentang gemuk air ni apa ye.

Apa itu GEMUK AIR?


Gemuk air terhasil apabila kebocoran air ke dalam tisu badan daripada darah. Dalam keadaan biasa, cecair yang mengalir dari tisu badan melalui sistem limfa - rangkaian tiub seluruh badan yang membuang sisa dan bahan-bahan luaran, dan mengosongkan kembali ke dalam aliran darah.

Masalah gemuk air ini timbul apabila cecair tidak dikeluarkan oleh sistem limfa dengan betul, ia disimpan dalam tisu badan di mana ia menyebabkan bengkak (edema). Pengekalan air dalam badan adalah yang paling biasa di kaki dan kaki, tetapi ia boleh berlaku pada tangan, lengan, rongga abdomen (ascites) dan di sekitar paru-paru (dikenali sebagai edema paru-paru).

Selalunya orang selalu salah faham mengenai gemuk air ini. Ada yang berfikir gemuk air disebabkan minum air yang terlalu banyak.

Jenis-jenis Gemuk Air


  1. Edema umum merujuk kepada bengkak yang berlaku di seluruh badan 
  2. Edema setempat merujuk kepada bengkak di bahagian-bahagian tertentu badan.


Cara kenali Gemuk Air.

• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.


Cara Mengatasi 'Gemuk Air'

Menurut para ahli dari Mayo Clinic, “gemuk air” kebanyakan disebabkan kerana kekurangan minum air putih. Ingat minum air putih ikut berat badan, Setiap 25Kg badan mesti minum 1L air. Kalau tidak, badan tidak cukup air.

Cara 1

  • Minum air putih dan elakkan air manis atau soda. Penting!!!  Dengan menggantikan air manis dengan air putih badan kita boleh elakkan dehidrasi di mana salah satu juga penyebab kepada gemuk air.

Cara 2

  • Berolahraga setiap hari. Aktiviti yang cergas seperti berjogging boleh meningkatkan degupan jantung dan membuat kita berpeluh. Bila aktiviti berolahraga dilakukan secara rutin, ia dapat membantu keseimbangan air dalam badan.

Cara 3

  • Kurangkan pengambilan garam dalam makanan yang kita makan. Sodium (garam) itulah  penyebab utama air berlebihan dalam tubuh badan (water retention). Garam berlebihan sangat tidak baik.


Cara 4

  • Makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan. Penting! Sila makan buah dan sayur penting untuk kesihatan dan kecantikan terutama kepada seorang yang bergelar wanita. Selain itu, makanlah makanan yang ada unsur karbohidrat kompleks dan protein. Karbohidrat kompleks dan protein akan membantu fungsi-fungsi dalam badan untuk detox jumlah sodium yang berlebihan.


Kredit di sini

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

1 comment: