14 May 2014

Ilmu keibubapaan : Selsema menyerang bayi kecilku.Bagaimana ingin mengatasinya?

Salam,

Apabila bayi kita yang masih kecil selsema pasti tidak tahu nak buat apa kan.Melihat pula si kecil merengek kerana tidak selesa lagi membuat ibu bapa gundah gulana.Mari kita ketahui apa punca sebenar selsema ini ye

Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.

Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam.



Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus.

Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.

Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi?

Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan.

Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka.

Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya.

Berapa lamakah selesema akan berlarutan?

Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun.
Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?

Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.

Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya.

Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor?

Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan.

Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika:


  1. selesema berlarutan lebih dari lima hari;
  2. suhu anak anda melebihi 39 darjah C;
  3. dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
  4. dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?

Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C).

Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom.

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:


  1. Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
  2. Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.
  3. Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
  4. Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.


Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi.

Ingin dapatkan Set Kesihatan Shaklee bagi Kanak-kanak boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment