11 Sep 2014

10 punca kenapa wanita PERUT BUNCIT yang perlu diketahui.



Salam bersiaran,



PERUT BUNCIT selalu dikaitkan dengan kaum lelaki.Tetapi tidak dinafikan kaum wanita juga tidak terkecuali mempunyai masalah perut buncit ini.Dan ini juga antara kegusaran bagi kaum wanita ditambah jika mereka mempunyai tubuh yang kecil tetapi mempunyai masalah perut buncit.

Jom ikuti 10 faktor yang menyebabkan kaum wanita terdedah kepada masalah perut buncit ini.


1.Keturunan

Faktor keturunan dari orang tua sukar dihilangkan.Pada wanita biasanya menyebabkan pengumpulan lemak pada perut namun hal ini boleh diatasi melalui latihan aerobik dan olahraga memantapkan otot dan mengurang lemak perut.

2.Penuaan

Dengan bertambahnya usia,produksi hormon DHEA mulai menurun.Kajian daripada Harvard Women's Health Watch mendapati ada hubung kait penurunan hormon ini dengan peningkatan akumulasi lemak diperut.

3.Alkohol.

Gula dari alkohol terutama yang terkandung didalamnya akan membuat otot kendur.Daripada pandangan pakar pemakanan alkohol sangat berbahaya bagi tubuh.Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi sama seperti jumlah kalori pada makanan berlemak.

Selain itu ketika minum alkohol,hati akan bekerja dengan sangat keras untuk menghilangkan alkohol dan menunda untuk menyarig gula.Gula tersebut kemudian akan disimpan oleh tubuh sebagai lemak.Selain itu,alkohol juga dapat meningkatkan  nafsu makan.

4.Tembakau

Tembakau dapat merosak kerja pencernaan.Jika anda merokok setelah makan,anda pasti akan merasa kembung.Berhentilah merokok dan anda akan mendapatkan manfaat lebih dari sekadar penurunan berat badan.

5.Stress @ Tekanan

Stress boleh mengganggu kerja tubuh dan pencernaan.Stress juga dapat membuat anda merasa kenyang dan menimbulkan masalah kepada kemampuan tubuh dalam menyimpan lemak.Hasilnya perut anda akan dilihat lebih mengembang.Untuk mengatasi hal tersebut,belajarlah untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan dan dalam.

Wanita yang lebih stress cenderung memiliki lemak perut berlebihan meskipun ia tidak mempunyai berat badan berlebihan.Ia kemungkinan akibat daripada hormon stress yang membuat terjadinya akumulasi lemak disekitar organ perut.

6.Makanan cepat saji

Telah diketahui makanan segera memang mengandungi jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi.Ia sekali gus menyumbang pada masalah perut buncit.

7.Tidur selepas makan

Hindari tidur selepas makan.Ia akan menyebabkan proses pencernaan di usus tidak dapat bekerja dengan baik dan akibatnya perut menjadi buncit.

8.Susu

Susu sebenarnya baik untuk kesihatan tetapi bila mengambil susu yang tinggi kalori akibatnya boleh membuat perut anda buncit.Oleh itu ganti susu anda dengan susu rendah kalori.

9.Gula-gula getah

Udara yang anda hirup saat mengunyah gula-gula ini menyebabkan perut kembung.Agar perut kekal langsing pastikan anda tidak mengunyahnya sepanjang hari.

10. Perubahan Hormon
Perubahan hormon yang terkait dengan monopaus menjadi penyebab umum lemak berlebih di perut.Monopaus menyebabkan penurunan dalam produksi hormon seks estrogen yang mengarah pada peningkatan lemak diperut.

Itu antara penyebab wanita mendapat perut buncit.Kalau anda semua nak tahu Shaklee juga mempunyai supplemen untuk kurangkan perut buncit.Kalau nak tahu supplemen yang mana satu hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment