23 Dec 2013

Systematic Lupus Erythematosus @ SLE adakah ia berbahaya pada kita??

Salam Hari Isnin,

Hari ini ida nak berkongsi Info mengenai penyakit SLE @ Lupus
Untuk pengetahuan kita bersama
Semoga ia bermanfaat

Apa itu penyakit SLE ?

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus :

1.Discoid Lupus Erythematous (DLE)


  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain


2.Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian

Statistik

  1. Lebih kurang 90% penghidap penyakit SLE adalah wanita sementara 10% penghidap penyakit SLE adalah lelaki dan kanak-kanak.
  2. Lebih kurang 90% wanita yang menghidap penyakit SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
  3. Ratio yang mengalami penyakit SLE :
  4. Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
  5. Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
  6. Di negara China – 1 dalam 1,000 orang


Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan dengan penyakit SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap penyakit SLE yang belum disahkan.

Antara tanda dan gejala yang dikaitkan dengan penyakit SLE ialah:

  1. ruam-ruam pada kulit muka dan badan
  2. kulit yang sensitif kepada cahaya matahari
  3. ulser pada mulut
  4. keguguran rambut
  5. sakit dan radang pada sendi
  6. demam yang berlarutan
  7. rasa letih-lesu
  8. sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy)
  9. vasculitis (radang pada saluran darah).

Petikan Kosmo mengenai penyakit SLE


Tanda - tanda penyakit SLE

SLE serang wanita asia

1 comment: