23 Apr 2014

Apa itu Power Pumping? Ilmu buat semua ibu menyusu

Salam.

Bila bercakap tentang penyusuan susu ibu ramai ibu-ibu sekarang sudah tahu tentang khasiat yang diperoleh oleh anak yang disusukan dengan susu ibu.Itu yang kebanyakkan ibu menyusu sedari dari hamil sudah mempersiapkan mental dan fizikal mengenai dunia penyusuan susu ibu ini

Antara ilmu penyusuan yang perlu di ambil tahu oleh ibu menyusu ialah bagaimana untuk mengatasi masalah ketika menghadapai kemeruduman susu.Fasa ini kebiasaan akan berlaku kepada ibu-ibu menyusu.Disini ida akan kongsikan salah satu teknik yang akan digunakan tatkala ibu-ibu menyusu melalui fasa susu merudum.Jangan pula ibu menyusu ambil tindakan drastik dengan memberi si manja dengan susu formula ye.Usaha dulu untuk mengembalikan semula penghasilan susu ibu ini.Teknik yang akan ida ceritakan ini ialah teknik POWER PUMPING.Pasti ada ibu-ibu yang perah dengar teknik ini kan.Hari ini kita perkemaskan lagi ilmu mengenai Power Pumping ni ye.



Apa itu power pumping?

Power pumping adalah satu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu.

Bagaimana cara power pumping?

~Single pump - pam breast sebelah kanan selama 10 minit then pam breast kiri selama 10 minit, ulangi mengepam breast sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang seli antara breast kanan dan kiri berterusan selama 1 jam.

~Double pump - Pump kedua-dua belah breast secara serentak selama 10 minit then rehat selama 10 ninit dan pam balik 10 minit rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Bila masa yang sesuai buat power pumping?

Boleh buat pada bila-bila masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon prolaktin iaitu hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang stress pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan.

Siapa yang perlukan power pumping?

  1. Ibu yang kekurangan susu - punca kurang susu spt period, hormon tidak stabil, emosi tergannggu dll
  2. Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang pernghasilan susu.
  3. Ibu yang relaktasi/ ingin menyusukan anak semula setelah lama berhenti menyusu.

Bagaimana menyimpan hasil perahan?

Pastikan hasil perahan dari disimpan dalam suhu yang sama..susu perahan dari 3 kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah..setelah suhu sama barulah combinekan dalam satu botol dan simpan dalam deep freezer.

Berapa lama baru nampak hasilnya?

Setiap orang adalah tidak sama. Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tapi ada juga yang agak lambat tetapi kebiasaanya dalam masa seminggu memang akan ade perubahan ketara. Jadi ibu semua haruslah bersabar dan keep on pumping..jangan sesekali give up..fikir yang anda lakukan semua ini untuk bayi anda..fikir positif itu penting tapi jangan ingat buat sekali terus dapat susu banyak mencurah-curah yer..mungkin pada awalnya anda 'mengepam angin' semata-mata tapi seperti yang saya katakan tadi jangan putus asa, doa dan tawakkal..

Dah buat power pumping tapi susu masih sedikit?

Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah beruasaha tapi penghasilan susu masih sedikiit. Kenapa jadi begini?Jom kita lihat

  1. Pemakanan yang tidak seimbang
  2. Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang-kurangn ya 3 liter air sehari)
  3. Ibu sentiasa kurang bertenaga, tidak sihat dan sentiasa penat.
  4. Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.


TIP TAMBAHAN

1) Tempatkan pam payudara di lokasi bersesuaian di rumah agar anda dapat melakukan kaedah POWER PUMPING di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan
2) Anda tidak perlu menyejukkan susu diantara sesi mengepam dan mencuci corong pam ( breast shield ) setiap kali berhenti rehat,Malah,anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama
3) Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh di campurkan.
Namun pastikan setiap susu perahan itu disejukkan terlebih dahulu.Apabila suhunya sama , barulah semua hasil perahan POWER PUMPING disatukan didalam satu bekas
4) Sekiranya boleh,cube dapatkan tidur siang seketika terutamanya ketika rehat makan tengah hari bagi membolehkan anda berjaga di malam hari
5) Bagi golongan Muslim , cuba tidur awal dan bangun di waktu pagi untuk melakukan solat sunat tahajud.Selesai bersolat ,anda bolehlah memulakan rutin POWER PUMPING
6) Letakkan selimut mahupun gambar bayi bersebelahan tempat mengepam.Atau lebiih baik lagi,anada mengepam di sebelah bayi.
Langkah ini sangat bagus kerana ternyata ia dapat membantu merangsang penghasilan sus yang banyak

Ingin dapatkan produk shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya



0 comments:

Post a Comment