26 Aug 2013

Istimewanya Ostematrix Shaklee

Salam Hari Isnin,

Pejam celik  pejam celik dah sampai minngu terakhir dalam bulan Ogos kan
Macam tak percaya je kan
Sekejap je masa berlalu kan
Hokeh sebab mood hari Isnin
Masing-masing tengah cari mood nak kerja kan
Jadi dengan ini Ida nak kongsi sedikit info pasal Ostematrix Shaklee
Apa ya yang istimewa  pasal Ostematrix Shaklee ni ye
Jom kita layan ye



Ostematrix adalah vitamin yang mengandungi Kalsium Magnesium dan Vitamin D yang telah diuji secara klinikal dan ianya mudah di telan.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Kenapa Ostematrix Shaklee menjadi pilihan

- 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
- 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
-400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium

Selain dari untuk tulang dan gigi, kalsium berfungsi untuk:

1. Mengekalkan tekanan darah yang normal.
2. Membantu pengecutan otot dan saraf
3. Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody. Amat sesuai bagi wanita   yang selalu berhadapan masalah bila didatangi haid.

Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Mereka yang mengalami kekejangan otot

Perbezaan Ostematrix Shaklee berbanding pil kalsium yang lain


Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.

Terdapat banyak pil kalsium antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate, calcium gluconate dan sebagainya tetapi ia hanya pil kalsium.Namum sebenarnya pil kalsium memerlukan Vitamin D untuk penyerapan.Dengan ini hasilnya tulang dan gigi menjadi lebih kuat.Selain itu tulang yang kuat perlu melekat antara satu sama lain dengan ini ia memerlukan mangan,borob,copper dan sebagainya sebagai simen.

Manfaat yang boleh diperolehi dari Ostematrix Shaklee:-
  1. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
  2. Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
  3. Memulihkan kekejangan, kebas - kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).
  4. Meringankan stress - mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.
  5. Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.
  6. Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
  7. Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian(terutama bagi mereka yang bekerja)
  8. Membantu masalah gastrik.
  9. Membantu dalam pengurusan badan
  10. Membantu dalam mengatasi sembelit.

Kesan  daripada kekurangan kalsium ialah:-


  1.  Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut 
  2.  Sukar tidur (Insomnia)
  3.  Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  4.  Sakit pinggang dan kaki
  5.  Cepat naik angin dan mudah terkejut
  6.  Luka susah sembuh, darah lambat beku
  7. Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  8. Menurunkan kadar metabolisme
  9. Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  10. Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  11. Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

Kesan  kekurangan kalsium pada kanak-kanak pula:


  1. Selalu berpeluh ketika tidur
  2. Sukar tidur lena
  3. Terkejut, menangis pada waktu malam
  4. Hyperaktif
  5. Tiada selera makan, memilih makanan
  6. Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
  7. Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
  8. Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
  9. Rendah, lemah badan

0 comments:

Post a Comment