19 Aug 2013

BUASIR

Salam,

Hari Isnin menjelma lagi
Hari ni budak pun mula sekolah
Semua yang bercuti sakan pun dah kembali bekerja kan
Ok lah sebab mood masih suam - suam kuku
Ida nak share lah INFO pasal BUASIR
Pasti semua pernah dengarkan
Ada juga pernah alami kan
Jadi mari kita lihat apakah yang dikatakan BUASIR tu ye

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

ficus hpa

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

Buasir Dalaman:

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.

Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.



Kebiasaan tanda-tanda awal berlaku sewaktu kita meneran ataupun bila memberi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan merasa sangat sakit kalau nak keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel yang melapisi saluran dubur itu. Jadi, bila ia sudah

membengkak, najis nak keluar akan bergesel dengan buasir ni, jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.

Penyakit buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan ;

Tahap 1

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.

Tahap 3

Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain.

Tahap 4:

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam nie.

sumber : info

1 comment:

  1. hemmoroids, yang mana sangat scary kalau terkena...moga2 dijauhkanlah...

    ReplyDelete