12 Mar 2014

Faktor pemakanan adalah punca terjadinya jerawat.Adakah ia betul ?

Salam,

Ini antara ulasan dari Dr Haseenah yang saya ambil dari blog beliau dimana ada yang mengatakan Jerawat berpunca dari faktor pemakanan.
Jom kita baca ulasan dari Dr Haseenah :-

Credit :-

Ramai yang kata makanan bukan punca kepada masalah jerawat yang dihidapi oleh 80% rakyat negara kita. Tapi ada juga yang bersetuju jerawat boleh timbul disebabkan oleh faktor pemakanan. Bagi saya, kedua-duanya betul kerana ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh badan anda memberi reaksi kepada makanan yang anda makan. Sesetengah orang menghidapi alahan kepada makanan jenis kekacang, ada pula kepada makanan berminyak tetapi bukan semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.

Namun kepada yang memang mempunyai masalah jerawat, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menambahkan kesan buruk kepada penyakit tersebut. Sejak bertahun-tahun memberikan khidmat perawatan jerawat, saya dapati memang penyakit ini memberi kesan kepada pembawakan dan keyakinan orang yang menghidap masalah jerawat. Saya ingin nasihatkan anda agar menjaga pemakanan dan cuba elak dari mengambil makanan yang memberi reaksi kepada masalah jerawat anda.

Bagi mengetahui makanan apa yang memberikan reaksi kepada kulit, anda perlu ingat apa yang anda makan, dan peka kepada makanan tersebut agar anda tidak memakannya lagi. Jika anda tidak tahu tubuh badan anda sendiri, bagaimana anda hendak mengelakkan diri anda dari terus ditumbuhi jerawat pada kulit muka, belakang dan leher? Tetapi saya ingin tekankan di sini bahawa tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit anda tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.

Seperti yang telah saya terangkan dalam entri yang lepas, jerawat tumbuh disebabkan oleh masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stress yang melampau. Untuk pengetahuan anda, banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat. Contohnya, jerawat akan tumbuh jika anda kekurangan tidur, menyedut udara yang tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi.

Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat ialah:

1. Makanan berlemak dan bergoreng - meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari kabohidrat dan lemak.

2. Makanan dari produk tenusu - kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu  boleh menyebabkan alahan

3. Makanan dari karbohidrat yang diproses - kandungan gula yang diproses tinggi.

4. Minuman berkafein dan berkarbonat - menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.

 

5. Makanan yang diproses atau ditinkan - mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan

Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika anda kurangkan pengambilan makanan-makanan yang telah saya senaraikan di atas. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.

Saya juga ada senaraikan amalan pemakanan yang boleh anda praktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit anda. Antara amalan pemakanan tersebut ialah:

1. Sayur-sayuran dan buah-buahan







2. Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari




3. Amalkan cara masakan memanggang, stim atau membakar (bake)

 

4. Memakan makanan berserat tinggi seperti roti wholemeal, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega 3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar, dan banyak lagi.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment