14 Mar 2014

Jeragat oh Jeragat




Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang  12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.

Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

1) Terdedah kepada cahaya matahari terik

2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang

3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai

4) Keturunan.

Jeragat terbahagi kepada kepada 2 jenis :-


  1. Epidermal iaitu jeragat berada pada lapisan atas kulit
  2. Dermal iaitu jeragat pada lapisan dalam kulit


Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat.Age sports,freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat

Cara merawat jeragat dan tompok-tompok hitam :-


  1. Penggunaan set penjagaan muka khas untuk masalah jeragat seperti Nu-DermObagiMedical dengan preskripditretinoin untuk mengaktifkan sel kulit
  2. Penggunaan krim pemutih yang berasaskan hidrokuinonatas nasihat doktor untuk jangkamasa yang terhad sahaja.Selain itu,krim yang mengandungi arbutin,vitamin c,kojik asid atau peptide boleh digunakan untuk jangka masa lebih lama
  3. "Chemical Peel" boleh dilakuakn atas pengawasan doktor untuk mengurangkan jeragat.Glikolik peel bagi jeragat yang berada pada paras epidermal,manakala salicylic acid peelatau jessner's peel bagi jeragat yang berada pada paras dermal iaitu lebih dalam
  4. Rawatan "intense pulsed light: atau "IPL" dapat mengurangka jeragat yang berada diparas epidermal.IPL mengeluarkan cahaya yang memecahkan jeragat  kepada saiz yang leih kecil
  5. Rawatan laser "Q-Switched Ng-Yang" merupakan rawatan "Gold Standard" untuk jeragat samada epidermal atau dermal.Laser ini juga akan memecahkan jeragat kepada saiz yang leih kecil yang akan dimusnahkan di dalam adan oleh selphagosit.Selepas rawatan laser,jeragat  akan tampil lebih gelap  dahulu beberapa hari dan kemudian lebih cerah


Cara mencegah jeragat


  1. Gunalah krim pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 40-50 dan pastikan anda mengaplikasikannya dua kali sehari atau setelah berpeluh
  2. Lindungilah anak-anak kita dari matahari dengan penggunaan krim pelindung matahari dari umur mereka 6 bulan.Makanlah pil pelindung matahari Heliocare oral,yang terdapat di klinik sekiranya anda aktif bersukan,bermain golf,bercuti di patai ataua bekerja dipanas terik.Selain mengelak daripada jeragat,ia juga mengelak dari kanser kulit.
  3. Penggunaan set penjagaan muka yang tidak memudaratkan kulit untuk jangkamasa lama seperti Kinerase yang mengandungi kinetin daripada tumbuh-tumuhan untuk merawat kulit kusam,nerjeragat dan sensitif
  4. Lakukan rawatan chemical peel,IPL atau laser Q-switched/ND Yang untuk mengelak jeragat daripada muncul dan kelihatan lebih terang
  5. Elakkan merokok.Jika jeragat disebabkan oleh pil perancang ,tukarlah cara perancangan keluarga yang tidak berasaskan hormon seperti IUCD CU 250
  6. Pemeriksaan darah untuk menstabilkan hormon boleh dilakukan degan doktor anda.Oleh kerana jeragat mungkin berada di lapisan kulit yang berbeza-beza,jeragat merupakan masalah yang memerluka beberapa rawatan sususlan untuk mengurangkannya.Sekiranya rawatan terlalu drastik dilakukan kehilangan sel melaisitakan menyebabkan tompok-tompok putih yang kekal.Oleh itu mudah mencegah jeragat daripada merawatnya


Sumber: Dr Nurhalina Azly binti Minhat

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment