22 Jan 2014

10 tanda-tanda keguguran yang perlu anda ketahui

1 - Sakit
Anda mungkin mengalami kekejangan pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang.Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.Kekejangan yang kuat boleh menjadi satu tanda keguguran

2 - Pendarahan 

Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi  lebih kerap dan sekali sekala. Pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran tetapi ia juga boleh terjadi pada kehamilan normal

3 - Kehilangan tanda kehamilan

jika badan anda terasa kembali kepada normal dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil,keletihan sakit belakang telah hilang.Ia kemungkinana tahap hormon telah jatuh dimana hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang

4 - Ketiadaan denyutan jantung bayi
 
Denyutan jantung bayi biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan.Jika denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan , ia mungkin menjadi satu tanda bahawa bayi telah mati dan tidak berkembang

5 - Tiada pergerakan janin

Anda harus sentiasa memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur,kadang-kadang ia berkekalan selama 4 jam. Walaubagaimanapun , tempoh ini tidak boleh melebihi 4 jam.Jumpalah doktor anda sekiranya anda tidak boleh merasa atau kurang pergerakan bayi.Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke 18 dan minggu ke 24

6 - Sakit belakang

kadang-kadang ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan.Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal tanda keguguran

7 - Ujian positif kemudian bertukar kepada negatif

Jiak ujian diambil pada dua pagi berturut - turut diman hari pertama mendapat ujian positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua,ia bukan sahaj menjadi tanda keguguran ia mungkin juga menjadi tanda kehamilan luar rahim ektopik

8 - Lelehan Faraj

Jika darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj , kemungkinan besar keguguran sudah terjadi

9 - Serviks Terbuka

Dalam kehamilan yang sihat dan normal,serviks biasanya kekal ditutp  rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi.Jika serviks anda buka dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan risiko keguguran adalah agak tinggi

10 - Paras hormon hCG jatuh
Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan.Jika tahap hCG jatuh pada awal kehamilan ,risiko keguguran adalah sangat tinggi

0 comments:

Post a Comment