28 Jan 2014

Cara Mengira Waktu Subur


Fasa dalam kitaran haid wanita

Fasa Pengeluaran Haid  - Hari 1 - 7 (secara purata)


  • Adalah penting bagi wanita yang sedang merancang untuk mengandung ata menjarakkan kehamilan untuk menandakan hari pertama haid pada kalender
  • Adalah amalan yang baik sekiranya dapat dilakukan setiap buulan kerana kesihatan wanita banyak berkisar dengan kitar haid.
  • Menandakan hari pertama juga adalah baik bagi wanita dengan kitar haid yang tidak tetap

Fasa Follicular - Hari 8-11

  • Pada fasa ini,hormon estrogen akan meningkat dan dinding rahim mulai menebal sebagai persediaan sekiranya berlaku persenyawaan
  • Telur (ovum) dalam ovari juga akan menjadi semakin matang dan berdeia untuk dilepaskan

Fasa Ovulasi - Hari 12 - 17
  • Waktu subur ( fertile window ) berlaku pada tempoh ini.
  • Telur ( ovum ) akan dikeluarkan ke tiub faalapio dan hormon peluitenan akan meningkat.
  • Sekiranya ovum bertemu sperma pada tempoh ini ,peluang untuk kehamilan berlaku adalah tinggi.

Fasa Luteal - Hari 18 - 28

  • Ini adalah fasa pra -haid , apabila telur ( ovum ) dikeluarkan.hormon progesteron akan dirembeskan dengan banyak dan membawa kepada penambahan ketebalan dinding ovari.
  • Sekiranya tiada sebarang persenyawaan , dinding ini akan runtuh dan keluar bersama-sama darah haid

Cara mengira waktu subur

Terdapat 2 kaedah untuk mengira waktu subur

Kaedah 1
  • Bagi wanita dengan kitar haid tetap, iaitu 28 hari waktu subur adalah diantara hari ke 10 hingga 15 selepas hari pertama haid pada bulan itu.
  • Ini bermaksud sekiranya seorang wanita,hari pertama haidnya adalah pada 1 jun maka waktu subur nya adalaj sekitar 10-15 Jun

Bagi wanita dengan kitar haid tidak tetap, rekodkan kitar haid untuk 8 - 12 bulan, kemudian pilih tempoh terpanjang dan tempoh terpendek.Tolak 18 dari kitar haid terpendek dan tolak 11 dari kitar haid terpanjang.

Contoh:-
  1. Jan - 28 hari 
  2. Feb - 26 hari ( tempoh terpendek)
  3. Mac - 30 hari
  4. April - 31 hari (tempoh terpanjang)
  5. Mei - 30 hari


Tolak 18 dari 26 ( kitar haid terpendek ) = 8
 Tolak 11 dari 31 ( kitar haid terpanjang ) = 20

Maka waktu subur wanita ini adalah di antara hari ke 8  hingga hari ke 20

Setelah ovulasi , ovum wanita akan hidup 24 jam , manakala sperma boleh hidup hinggan 5 hari dalam badan wanita.Jadi , waktu subur boleh dianggap berlangsung selama 6 hari ( 5 hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi)

Kaedah ke - 2

Waktu subur dikira sebelum hari pertama haid  yang berikutnya.Ia dilakukan dengan menolak 14 hari dari kitar haid yang berlaku

Contoh : Biasanya kitar haid seorang wanita adalah 28 hari , 28 - 14 = hari ke 14

Wanita ini dijangkakan akan datang haid pada 28hb Jun,maka waktu subur nya adalah pada 14hb Jun.
Kaedah ini mengira waktu subur dengan cara reverse iaitu sebelum hari pertama kitar haid yang berikutnya

Sekiranya seorang wanita mempunyai kitar haid 30 hari , 30-14 - hari ke 16 sebelum hari pertama datang haid yang berikutnya

Ini semua adalah berdasarkan dari konsep fasa luteal yang akan berlaku tepat hari ke 14 selepas ovulasi
Cara  untuk mendapatkan waktu subur yang tepat boleh juga dilakukan dengan mengambil basal body temperature ,menggunakan 'Ovulatin Kit" dan juga memantau kepekatan lendir serviks

Sumber

Nak baca kejayaan customer yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee




 Berminat ingin dapatkan Set Kesuburan Shaklee

Hubungi ida

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
email : nurelmanamani@gmail.com
pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe

***COD kawasan Bandar Putra Permai , Taman Equine ,Puchong dan kawasan sekitarnya

1 comment: