Salam Hari Isnin,
Bersiaran lagi diminggu akhir sebelum kita melangkah ke bulan 2 pada tahun 2014 ni ye.
Pasti ada yang pernah mendengar tentang kerosakan tiub fallapio kan.Yang ini merupakan salah satu punca ketidaksuburan bagi kaum wanita.
Ida nak kongsikan info mengenai kerosakan tiub fallapio dan cara untuk mengesannya.
Kerosakan tiub fallopio lazimnya menyebabkan kesukaran untuk hamil. Bahkan antara 30 hingga 40 peratus wanita yang sukar hamil adalah disebabkan kerosakan tiub fallopio.
Kerosakan tiub fallopio boleh menyebabkan salurannya tersumbat. Kadangkala ia menyebabkan tersumbat secara total dan adakalanya pula hanya separuh (partial) tersumbat.
Dalam keadaan separuh tersumbat, kehamilan luar rahim ataupun ectopic pregnancy mungkin berlaku. Keadaan ini disebabkan perjalanan embrio (bakal janin) ke dalam rahim tersekat. Oleh itu embrio terlekat di dinding tiub yang mana ianya tersekat dan terus membesar.
Oleh sebab otot di dinding tiub fallopio tidak setebal otot dinding rahim, kandungan di tiub ini lazimnya pecah ketika janin berumur tujuh hingga sembilan minggu.
Dalam keadaan ini, pembedahan perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan dan kandungan tidak dapat diselamatkan.
Kebanyakan permasalahan di tiub fallopio disebabkan penyakit radang pelvis. Jangkitan berlaku apabila kuman merebak ke dalam pelvis daripada jangkitan yang ada di bahagian serviks atau rahim.
Ketika jangkitan yang teruk berlaku, pesakit lazimnya demam, sakit perut dan mengeluarkan keputihan yang berbau busuk. Jangkitan kuman boleh berlaku selepas bersalin dan keguguran.
Difahamkan juga ketahanan seseorang wanita menurun ketika kedatangan haid dan subur ketika hamil.
Bagi pesakit yang dijangkiti secara kronik pula, permasalahan kesakitan di bahagian pelvis adalah berpanjangan. Kadangkala kesakitan ini boleh mengganggu hidup harian seseorang wanita iaitu gangguan untuk bekerja, berjimak dan tidur.
Kesakitan ini mungkin disebabkan oleh parut yang berlaku kerana jangkitan kuman.
Penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan tiub fallopia adalah seperti berikut:
1. Radang di bahagian pelvis (PID - pelvic inflammatory disease), contohnya jangkitan kuman seperti gonorea dan clamydia,
2. Penyakit tuberkolosis (TB) pelvis
3. Penyakit lain seperti endometriosis (penyakit disebabkan pengumpulan darah dalam ruang pelvis).
4. Parut mungkin berlaku dan menyebabkan kerosakan tiub selepas pembedahan lain seperti pembedahan membuang apendiks atau sista di ovari.
Selepas dianalisis keadaan tiub fallopio, doktor yang menjalankan pembedahan laparoskopi lazimnya boleh mencadangkan rawatan selanjutnya. Antara cadangan yang mungkin diberi adalah:
Pembedahan mikro untuk memulihkan kembali kemampuan tiub fallopio. Sebelum melakukan pembedahan ini, doktor perlu mengetahui bahagian yang tersumbat dan panjang tiub yang tersumbat.
Fakta ini membolehkan jangkaan dibuat mengenai kadar kejayaan pembedahan mikro terbabit. Kaedah ini dilakukan untuk pasangan yang masih inginkan zuriat. Jika tempat tiub tersumbat tidak sesuai atau tiub yang rosak terlalu panjang, pembedahan mikro tidak akan dilakukan kerana kadar kejayaannya rendah.
Bagi wanita yang mengalami kesakitan kronik, pembedahan membuang parut, mungkin boleh mengurang atau menghilangkan kesakitan yang dialami.
Bagi pasangan yang masih inginkan kehamilan tetapi pembedahan mikro tidak digalakkan, cadangan untuk hamil secara persenyawaan luar rahim (IVF) akan disyorkan. Dalam proses ini, ovum dan sperma daripada isteri dan suami akan disatukan di dalam makmal dan embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali ke dalam rahim ibu.
Proses ini tidak memerlukan kehadiran tiub fallopio. Rawatan ini mungkin memerlukan kos yang agak tinggi.
Ujian Hysterosalpingogram (HSG) mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?
Hysterosalpingogram (HSG) adalah salah satu ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan tiub fallopio.HSG adalah ujian X-ray dimana bahagian dalam rahim,tiub fallopio dan kawasan disekeliling mereka kelihatan dan diperiksa.Ini selalunya dilakukan untuk wanita yang mempunyai masalah sukar hamil sama ada mereka mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat atau masalah dalam rahim seperti fibroid ,polyps,bentu dan struktur rahim abnormal.
Disamping itu,HSG kadang-kadang menolong menghilangkan masalah tiub fallopio tersumbat yang tidak serius.Ini boleh meningkatkan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita yang mengalami masalah infertiliti menjadi hamil selepas HSG
Bilakah HSG dibuat?
Ia biasanya dilakukan selepas tempoh haid tamat tetapi sebelum ovulasi,untuk mengelakkan gangguan awal kehamilan
Bagaimanakah HSG dibuat untuk mengesan maslah tiub fallopio tersumbat?
Prosedur HSG biasanya mengambil masa kurang daripada 30 minit
Anda akan berbaring diatas meja dibawah fluoroskop (real-time x ray)
Spekulum akan diletakkan di dalam faraj dan diperiksa oleh doktor anda
Doktor akan membersihkan serviks anda dan cannula (tiub plastik) diletakkan ke dalam bukaan serviks
Dye berwarna akan disuntik ke dalam rahim perlahan-lahan melalui cannula,kemudian memasuki tiub fallopio dan keluar dari bukaan tiub fallopio jika tidak tersekat
Beberapa gambar x ray akan diambil semasa proses aliran dye berwarna tersebut,keabnormalan dalam rongga rahim boleh dikesan melalui gambar x ray.Akan tetapi ,prosedur HSG tidak direka untuk menilai ovari atau mendiagnos endometriosis
Selepas HSG,anda boleh menyambung semula aktiviti biasa serta merta
27 Jan 2014
Home »
Tiub Fallapio tersumbat
» Tiub Fallapio tersumbat antara punca ketidaksuburan wanita dan cara untuk mengesan masalah ini
saya dah buat HSG xray menunjukakn dua2 tiub fallopio saya tersumbat ... doct cakap jalan terkahir nk hamil kena buat ujian IVF ... ade x cara lain selain IVF sis?
ReplyDeletekalau ade email saya yea sis : nadia,uitm88@gmail.com
ReplyDelete