6 Jan 2014

Jom ketahui apa itu ovum dan sperma


OVUM

Ovum (jamak ova, berasal dari perkataan Latin ovum, bermaksud telur atau sel telur) adalah sel pembiakan atau gamet wanita haploid. Kedua-dua haiwan dan embriofit mengandungi ovum. Perkataan ovul digunakan untuk ovum muda bagi haiwan, begitu juga dengan struktur tumbuhan yang membawa gametofit betina dan sel telur yang berkembang menjadi benih selepas persenyawaan. Dalam tumbuhan renek dan alga, ovum juga turut digelar sebagai oosfera. Proses perkembangan ovum digelar oogenesis.




SPERMA

Isitlah sperma diperoleh daripada perkataan bahasa Yunani (σπέρμα) sperma (bererti "seed") dan merujuk sel pembiakan jantan. Dalam jenis pembiakan seks dikenali sebagai anisogami dan oogami, ada perbezaan saiz bertanda gamet dengan yang lebih kecil beristilahkan sel "jantan" atau sperma. Sperma uniflagelum yang motil dirujuk sebagai spermatozoon, sementara sel sperma tidak motil dirujuk sebagai spermatium. Sel sperma tidak boleh berbahagi dan mempunyai jangka hayat terhad, tetapi selepas pelakuran dengan sel telur semasa persenyawaan, organisma baharu mula berkembang, bermula sebagai zigot totipoten.[petikan diperlukan] Sel sperma manusia adalah haploid, maka 23 kromosomnya boleh mencantumi 23 kromosom telur betina untuk membentuk sel diploid. Pada mamalia, sperma berkembang di dalam buah zakar dan dikeluarkan dari zakar. Mungkin juga untuk mengeluarkan sperma melalui TESE.


                              

1 comment: