14 May 2014

Ilmu keibubapaan : Selsema menyerang bayi kecilku.Bagaimana ingin mengatasinya?

Salam,

Apabila bayi kita yang masih kecil selsema pasti tidak tahu nak buat apa kan.Melihat pula si kecil merengek kerana tidak selesa lagi membuat ibu bapa gundah gulana.Mari kita ketahui apa punca sebenar selsema ini ye

Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.

Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam.



Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus.

Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.

Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi?

Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan.

Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka.

Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya.

Berapa lamakah selesema akan berlarutan?

Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun.
Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?

Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.

Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya.

Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor?

Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan.

Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika:


  1. selesema berlarutan lebih dari lima hari;
  2. suhu anak anda melebihi 39 darjah C;
  3. dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
  4. dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?

Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C).

Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom.

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:


  1. Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
  2. Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.
  3. Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
  4. Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.


Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi.

Ingin dapatkan Set Kesihatan Shaklee bagi Kanak-kanak boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Ilmu Penyusuan : Apa itu ruam lampin dan soal jawab mengenai ruam lampin

Salam,

Ruam lampin adalah suatu perkara biasa yang akan berlaku kepada bayi kan.Pasti ibu bapa akan gundah gulana apabila si manja terkena ruam lampin.Pelbagai ikhtiar dilakukan si ibu mahupun bapa untuk mengurang ruam lampin yang dihidapi simanja kan.

Kali ini ida akan kongsika soal jawab mengenai ruam lampin dan semoga ia bermanfaat kepada semua ibu bapa ye.


Apa itu ruam lampin?

Jika bayi anda mendapat ruam lampin, anda akan tahu. Kulitnya kelihatan merah dan meradang di tempat di mana lampin menyentuh kulitnya. Ruam itu boleh menjejas genitalnya, kulit di bahagian luar lipatan-lipatan di pahanya, dan punggung. Kawasan terjejas mungkin menjadi kering atau lembap, dan kadangkala berkilat atau berbintik.

Jika ruam lampin yang biasa tidak dirawat, ianya boleh berkembang menjadi sesuatu yang serius, termasuk:
Infeksi yis, seperti kandida atau seriawan. Infeksi yis adalah lebih biasa bagi bayi yang sedang mengambil antibiotik. Ini adalah sebab antibiotik membunuh bakteria bagus yang selalunya mengawal yis itu. Jangkitan kandida bermula sebagai bintik-bintik kecil merah yang berganda dan bercantum menjadi satu tompok merah yang besar.
Infeksi bakteria. Bayi anda mungkin mengalami demam, dan infeksi itu selalunya menyebabkan timbulnya tompok-tompok kuning yang berair atau bintik-bintik yang bernanah.

Penyebab ruam lampin

Sebab utama ialah keadaan basah yang disebabkan sentuhan dengan air kencing dan najis dalam lampin. Bayi baru lahir kerap kencing dan juga kerap membuang air besar yang cair.

Lampin yang paling meyerap pun meninggalkan kelembapan atas kulit bayi yang halus dan baru. Ini kemudian membuatnya lebih sukar bagi kulit bayi berfungsi sebagai pengadang, menambahkan kemungkinan kulitnya mengalami iritasi.

Bayi yang dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama lebih mungkin mendapat ruam lampin. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh menyerang punggung bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif, walaupun lampin mereka sering diganti.

Reaksi antara air kencing dan najis yang bertempek bersama dalam lampin adalah sangat bahaya bagi kulit bayi anda. Serangan diarea (cirit-birit) boleh membuat bayi lebih mudah mendapat ruam lampin. Ini sebab najis bayi berselerak atas ruang yang lebih lebar dan adalah lebih basah dari biasa.

Kadangkala, perkara-perkara lain boleh menyebabkan ruam lampin. Bayi anda mungkin mendapat reaksi alergi terhadap produk yang menyentuh kulitnya. Ini diberi nama dermatitis alergi, tetapi amat jarang bagi bayi mendapatnya.

Dermatitis alergi boleh tercetus apabila menggunakan lampin jenama lain, atau pembersih baru atau sapuan bayi. Kadangkala sebabnya nyata, apabila ruam terus timbul selepas anda menukar kepada produk baru.

Cara paling baik merawat ruam lampin

Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri. Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggukan bayi anda.


Cara-cara merawat ruam lampin


  1. Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya.
  2. Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering.
  3. Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas.
  4. Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar.
  5. Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada.
  6. Mandi sekali sehari sudah mencukupi. Gunakan sedikit pembersih bayi neutral pH atau emolien mandi yang ditambah kepada air mandi bayi anda. Awasi bahawa emolien mandi boleh membuatkan bayi anda agak licin dan susah untuk dipegang dengan kemas semasa dalam bekas mandinya.
  7. Anda boleh menukar lampin kepada lampin pakai buang yang amat meresap supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh yang lampin pakai buang adalah lebih baik daripada lampin kain untuk merawat atau mencegah ruam lampin.
  8. Jika ruam lampin bayi anda disebabkan alergi, masalah itu akan hilang dengan sendirinya selagi anda tidak menggunakan kembali produk yang menyebabkan ruam itu pada asalnya.


Tempoh masa ruam lampin akan pulih


  1. Ruam lampin yang normal sepatutnya pulih selepas tiga atau empat hari dirawat di rumah. Jika ruam itu tidak pulih selepas tiga atau empat hari, atau menjadi lebih teruk, tanya doktor keluarga anda atau pakar pediatrik untuk mendapatkan nasihat.
  2. Ruam lampin bayi anda mungkin telah berkembang dan menjadi jangkitan kandida atau infeksi bakteria yang mungkin amat menyakitkan dan tidak selesa. Doktor anda mungkin mempreskripsikan krim hidrokortison atau antifungus, atau antibiotik, bergantung kepada penyebabnya.
  3. Jika ruam bayi anda disebabkan kandida, jangan gunakan krim pengadang atau salap, sebab ini akan membuat ruam itu lebih parah.


Cara untuk mengelak terkena ruam lampin

Pelindungan yang paling baik untuk menentang ruam lampin ialah punggung yang kering. Untuk membantu, ikutilah lima langkah mudah ini:


  • Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang mungkin. Pemakaian lampinlah yang pada asalnya menyebabkan masalah ini.
  • Tukarkan lampin bayi anda secara kerap dan dengan cepat selepas dia membuang air kecil dan air besar.
  • Cuci genital dan punggung bayi anda dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Periksa yang kulit bayi bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.
  • Sapukan sedikit lapisan salap pada punggung bayi anda setiap kali menukar lampin.
  •  Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan meniritasikan kulit bayi.


Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi anda.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Testimoni Set Penyusuan 3M Shaklee : Stok susu EBM melimpah ruah berat simanja pula 7.8kg masa berumur 4 bulan penangan Set Penyusuan 3M Shaklee

Salam,

Ibu bapa sekarang sanggup berhabis untuk memberi yang terbaik kepada si manja mereka sedari dari simanja menjengah ke dunia ini kan.Itu ida tak nafikan sebab ida dan suami pun macam tu juga.
Sebab itu ramai ibu-ibu memilih untuk ambil supplemen bagi memperbanyakkan susu ibu supaya si manja dapat diberikan susu ibu sepenuhnya tanpa bantuan susu formula.
Begitu juga dengan Puan Amirah yang sanggup berhabis untuk mendapatkan Set Penyusuan 3M Shaklee untuk memastikan fasa penyusuan dengan si manja berjalan dengan lancar sekali.
Antara supplemen yang Puan Amirah ambil ialah :

Untuk Penyusuan : 
Family Wellness yang ada ESP , Vita Lea , Vitamin C dan B Complex add ons Ostematrix dan Alfalfa
Untuk Berpantang :-
Zinc Complex
Untuk Kurus:-
Lecithin dan Omega Guard

Beliau turut ambil Performance Drink dan Mealshakes Shaklee.

Banyakkan supplemen yang diambil oleh Puan Amirah tetapi itu bukan satu bebanan janji beliau dapat memberi yang terbaik buat simanja beliau disamping untuk kesihatan beliau juga.
Hasilnya semasa anaknya berumur 4 bulan berat anaknya dah 7.8kg.


Ingin membaca testimoni menarik ibu-ibu menyusu yang mengambil Set Menyusu Shaklee boleh klik lik dibawah ni ye :-




Berminat dengan Set Penyusuan 3M Shaklee ni boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Testimoni Set Penyusuan 3M Shaklee : Bukan ekzema anak sahaja yang hilang malah alahan si ibu juga turut tiada selepas amalkan Set Penyusuan 3M Shaklee

Salam semua,

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk menulis di blog kesayangan ida ni.Di sini lah ida berkongsi segala maklumat dan testimoni untuk bahan bacaan pemngikut setia blog umielman ni.

Set Penyusuan 3M Shaklee di samping set yang sangat hot untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan dengan si manja ia juga turut memberi lain-lain manfaat kepada ibu mahupun kepada si manja yang menyusu susu ibu perasa Set Penyusuan 3M Shaklee ni hikhikhik.

Kenapa ida cakap begitu ye sebab nak kongsi satu testimoni dari Puan Mashitah ni yang mana anak beliau ada alami ekzema tapi selepas anak beliau beumur 8 bulan ekzema yang dihidapi anak beliau tiada lagi begitu juga beliau yang mempunyai alahan yang teruk tapi semenjak ambil Set Penyusuan 3M Shaklee ni beliau tidak perlu lagi mengaru malah boleh makan sekawah seafood pun tak ada masalah lagi.Alhamdulillah itu yang diharapkan ialah setiap pengguna mendapat manfaat dari supplemen yang diambil.

Ni ida sertakan testimoni dari Puan Mashitah tu ye.Jemput baca semuanya.

salam semua..nk share skit penglaman consume set penyusuan 3M.......2,3 ari ni bru perasan..hahahahah...

dulu baby sy, Auni ada eczema kering,bukan yg merah2, berair tu.....eczema dia ni cm tompok peta penuh kt perut, kt belakang bdn, kt peha, betis...mujur ler tak der kt muka...ehhehe ....tp skang ni kulit dia dh cantik...bru perasan.^___^..tak der tompok2 eczema lagi dah..ms g checkup dlu, refer doc, mmg doc ckp eczema la..so, doc bg krim putih tu n steroid cream...tp buh yg putih tu jer..tu pon jarang buh sbb kecian kan dia kot2 x selesa sbb melekit2.......so, biar gitu je laaaa..skang umur Auni dh nk msk 8 bulan, hilang terus eczema tu...sy mmg yakin sbb sy consume set 3M..bukan setakat Auni jer, sy pon ada gatal2 kulit(eczema la kot) gak...alergic seafood, budu, cencaluk, (feveret tuuuu)..kalo mkn, mula lah menggaru siang mlm....(man aboleh tahan woooo)...skang tak der dah...mkn seafood sekawah pon, no hal..alhamdulillah.....power r set 3M

Didalam Set Penyusuan 3M Shaklee terdapatnya ESP , Vita Lea , Vitamin C , Alfalfa , B Complex dan Ostematrix.Setiap dari vitamin ini mempunyai fungsi masing-masing antaranya ialah :-




VITA-LEA IRON FORMULA

  • Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.

[TAHUKAH ANDA]

Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. 
Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.

B-COMPLEX

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
  • Anti stress (sebagai penenang)
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
  • Menukarkan makanan (glukosa) kepada tenaga
  • Membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa(mood baik..)... so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 
  • Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


VITAMIN C

  • Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. 
  • Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan Vitamin C. Mungkin tak perlukan ubat demam. 
  • Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik
  • Kulit juga jadi semakin bersih, cerah dan cantik.


ALFALFA

  • Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. 
  • Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. 
  • Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! 
  • Ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!)
  • Bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

  • Memberi tenaga
  • Membantu melancarkan penghasilan susu
  • Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
  • Mencantikkan kulit si ibu
  • Membantu kawal paras kolesterol
  • Memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama
  • Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? 

Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OSTEMATRIX

  • Kalsium Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. 
  • Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
  • Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.
Berminat dengan Set Penyusuan 3M Shaklee ni boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

13 May 2014

Ilmu keibubapaan : Gundah hati ibu bapa tatkala anak demam..





Salam,

Hati ibu bapa mana yang tidak gundah gulana jika simanja yang disayangi demam.Ingin bekerja mahupun melakukan apa aktiviti pasti memikirkan simanja yang demam.Begitu lah keadaan ibu bapa bila mengetahui si manja demam.


Demam selalunya berlaku kerana adanya jangkitan kuman bakteria ataupun virus. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:


  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.



Jika bayi anda berusia enam bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati anda biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak anda. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda.

Sebab-sebab berlakunya demam (fever)

Jangkitan kuman bakteria atau virus.


  1. Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi selalu memegang atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap terjaga malam dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas bayi terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama antibiotik dalam keadaan ini
  2. Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih laju daripada biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.
  3. Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes - tompok-tompok merah pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk. 
  4. Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian otak. Bayi anda akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital mungkin perlu dibuat segera. 
  5. Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami cirit-birit dan / atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran cecair badan) yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan air secara injection. 
  6. Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan. 
  7. Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian yang dipasangkan terlebih tebal dsb.


Cara mengesan demam


  1. Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus).
  2. Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
  3. Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.
  4. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.


Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril.

  1. Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
  2. Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  3. Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
  4. Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.



Demam bayi dikatakan serius apabila :-

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau.

Hubungi pakar pediatrik anda jika:


  1. bayi anda berkelakuan aneh;
  2. tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  3. dia amat letih dan tidak menyusu.



Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.

Kekejangan febril apakah ia?

Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril.

Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera.

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Bayi anda tidak akan menelan lidahnya.

Itu serba sedikit info mengenai bayi mahupun anak yang demam.Semoga kita sebagai ibu bapa akan lebih bersedia jika mengetahui anak demam.

Ingin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Set Combo ESP Shaklee yang menjadi idaman ramai.

Salam bersiaran,

Kali ni tak nak cerita pasal testimoni Set Menyusu Shaklee tapi ida nak cerita pasal Set Combo ESP Shaklee yang menjadi idaman ramai ni ye.Kat bawah ni antara Set Combo ESP Shaklee yang menjadi pilihan penguna-penguna Shaklee.

Jom kita tengok ye apa set yang terdapat dalam Set Combo ESP Shaklee ni ye:-



VARIASI ESP JPEG



1) SET MENYUSU

ESP bersama ALFALFA = membantu masalah penyusuan para ibu. Bagaimana ia membantu? Tentu sekali sebagai pemberi sumber protein utama yang akan menjadi komposisi utama susu badan. Alfalfa membantu sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu.Selain itu,ia juga menganjalkan payudara anda kembali selepas bersalin. Gabungan kedua-dua vitamin ini sudah tentu memberi tenaga segera dan berpanjangan bagi sesetengah ibu yang letih menyusu.

2) SET MIGRAIN

ESP bersama OSTEMATRIX = melegakan masalah migrain. Tahukah anda, antara penyebab migrain adalah disebabkan kekurangan magnesium di dalam badan? Ostematrix adalah supplement yang bersumberkan kalsium dan magnesium. Jadi elok sangatlah penderita migrain ambil set migrain

3) SET GASTRIK

ESP bersama PEPPERMINT GINGER PLUS = Bagi penderita gastrik, anda tentu tahu betapa peritnya apabila sakit menyerang. Ambil ESP sebelum makan dan rasailah perbezaan. Tentu sekali tiada lagi pedih perut. Ditambah pula dengan 2 biji peppermint selepas makan, tentu sekali perut tidak dimasuki angin dan sentiasa nyaman.

4)SET KESUBURAN WANITA

ESP bersama GLA COMPLEX 
~Khas buat wanita yang telah lama menunggu kehadiran penyeri rumahtangga. GLA membantu menghasilkan lendiran kesuburan dan ESP membantu perlekatan telur-telur yang dihasilkan. Peluang untuk sperma menuju ke arah telur-telur ini dan bersenyawa menjadi lebih tinggi. Juga bagus untuk wanita yang telah banyak kali keguguran akibat rahim yang lemah.

5) SET BERPANTANG

ESP bersama ZINK 
~Gabungan yang sangat sesuai untuk ibu-ibu yang lepas bersalin.Zink bagus untuk menghilangkan kesan stretchmarks dan mempercepatkan pembaikan luka bersalin/pembedahan. Gabungan ini dapat menganjalkan perut dan tubuh mengeleber selepas kehamilan Ia juga sesuai untuk ibu yang keguguran rambut selepas bersalin. Protein yang terdapat di dalam ESP membantu menguatkan folikel-folikel rambut yang menghalang daripada putus atau gugur. Dan kekurangan zinc sememangnya antara punca rambut bermasalah

6) SET IBU HAMIL & ANAK BIJAK

ESP bersama OMEGA GUARD 
~Gabungan ini bukan sahaja mampu mengurangkan keguguran,malah mengurangkan risiko bayi pra matang,di samping membekalkan kandungan omega, DHA & EPA kepada bayi dalam kandungan. Hasilnya?? Pengambilan fish oil sememangnya digalakkan dan telah sekian lama diamalkan oleh kaum paling bijak di dunia.

7) SET KURUS

ESP bersama LECITHIN
~Kebaikan Lecithin Shaklee adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu.Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan,nanti ibu tidak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tidak tahu pun kesan sampingan produk pelangsingan di pasaran untuk jangka masa panjang.Namun, lecithin Shaklee semulajadi,selamat,berkesan dan dipercayai beberapa dekad yang lalu dan bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus.slim,ramping dan langsing.

8) SET TAMBAH BERAT BADAN

ESP bersama MEALSHAKES
~Malu kerana kurus kering dan kerap berasakan orang memerhati anda setiap kali iklan orang kurus disiarkan di media elektronik.Pelbagai usaha di lakukan termasuk makan dengan banyak namun hasilnya mengecewakan.Jangan bersedih kerana,anda boleh mengambil set berat badan yang terdiri dari ESP dan juga Meal Shakes.Selain berasa kenyang,protein dan sumber vitamin yang lengkap dapat membina otot supaya berisi dan bukannya gemuk di sebabkan lemak terkumpul dalam badan.

9) SET TENAGA

ESP bersama PERFORMANCE DRINK
~Cuba shake kedua minuman ini bersama. Tambah ais maka memang menyegarkan. Bagi anda yang kerap bertugas sehingga lewat malam, pemandu teksi atau pekerja shift, anda wajib ambil kedua minuman ini. Selain menyegarkan, ia juga memberi tenaga segera dan berpanjangan.

10) SET KULIT

ESP bersama VITAMIN E
~Membantu masalah kulit yang kusam, eye bag dan lebam bawah mata. Amazingly, bukan hanya kulit wajah yang makin flawless, kulit tumit kaki yang kasar berduri pun boleh licin semula tau.

11) SET IBU HAMIL

ESP bersama VITALEA
~Terhasillah supplement superb yang memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Highly recommended kepada ibu hamil yang mempunyai DIABETIS kerana set ini mampu mengawal paras gula, ibu hamil yang ada bacaan HB yang rendah dan ibu hamil yang banyak sangat tanggungjawab sehingga badan merasa letih tak bermaya.

12) SET KEMPISKAN PERUT

ESP bersama HERB LAX
~Herblax terbukti dapat mengempiskan perut dan memberikan kepejalan pada perut.Ia bukan sahaja membantu membersihkan usus malah membantu masalah sembelit.Ia juga bagus untuk menyingkirkan toksin dalam usus.

Selain itu,ESP SHAKLEE banyak memberi manfaat tidak mengira peringkat umur sama ada kanak-kanak,perempuan mahupun lelaki..Antara manfaatnya boleh baca  esp shaklee manfaat

Kenapa ESP SHAKLEE jadi protein soya pilihan ramai?


  • Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
  • ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.
  • Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.
  • Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.
  • Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.
  • Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang.
  • Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
  • Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.
  • Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.
  • Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.
  • ESP sesuai untuk vegetarian.
  • Produk semestinya HALAL
Berminat nak dapatka Set Combo Shaklee ni boleh hubungi ida ye:-


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Testimoni Set Menyusu Shaklee : Dengan kaedah Tandem Nursing berjaya peroleh 7 oz

Salam,

Tandem Nursing adalah satu kaedah dimana menyusukan anak dan pam susu secara serentak.Ida biasa amalka kaedah tandem nursing ni selain mempercepatkan let down susu pun tak lah membazir jika payudara let down kedua-duanya kan.

Cikgu Sue ini juga mengamalkan Tandem Nursing dimana sebelah beliau direct breasfeed dengan si manja beliau dan sebelah lagi beliau pam.Alhamdulillah susu yang dipam boleh dapat 7oz.

Bagi yang nak tahu apa kaedah Tandem Nursing ti jemput klik link kat bawah ni ye:-







Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Testimoni Set Penyusuan 3M Shaklee : Dalam masa 8 minit dapat 10 oz susu dipam.Alhamdulillah rahsianya ialah Set Penyusuan 3M Shaklee

Salam bersiaran semua,

Bagi ibu menyusu yang bekerjaya sesi mengepam susu adalah satu sesi wajib bagi semua ibu menyusu.Ini kerana hasil susu yang dipam itulah yang akan dibuat stok untuk si manja sepanjang ketiadaan ibu disisi.Untuk memastikan penghasilan susu tidak merudum sesi mengepam susu perlulah dilakukan secara konsisten iaitu 2-3 jam sekali untuk memastikan kilang susu sentiasa kosong dan lebih banyak lagi susu yang dapat dihasilkan.

Tidak dinafikan bagi ibu bekerjaya sesi mengepam susu menuntut masa dan tenaga dari ibu tetapi untuk memberi yang terbaik kepada si manja itu bukalah satu alasan untuk ibu-ibu yang bekerjaya ini berputus asa.Antaranya ialah Puan Norfadilah kita ni dimana balik sahaja dari kerja tanpa memikirkan diri yang penat seharian bekerja terus melakukan tanggungjawab dengan mengepam susu bagi memastikan bekalan susu si manja sentiasa mencukupi.

Walaupun hanya tempoh 8 minit tapi Alhamdulillah hampir 10oz perahan susu ibu buat si manja beliau.



Puan Norfadilah ni ambil Set Penyusuan 3M Shaklee yang hot tu ok.Kalau nak tahu macam mana rupanya Set Penyusuan 3M Shaklee tu boleh tengok kat bawah ni dan ida sertakan juga fungsi setiap vitamin dalam Set Penyusuan 3M Shaklee ni ye.

VITA-LEA IRON FORMULA

  • Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.

[TAHUKAH ANDA]

Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. 
Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.

B-COMPLEX

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
  • Anti stress (sebagai penenang)
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
  • Menukarkan makanan (glukosa) kepada tenaga
  • Membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa(mood baik..)... so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 
  • Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


VITAMIN C

  • Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. 
  • Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan Vitamin C. Mungkin tak perlukan ubat demam. 
  • Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik
  • Kulit juga jadi semakin bersih, cerah dan cantik.


ALFALFA

  • Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. 
  • Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. 
  • Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! 
  • Ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!)
  • Bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

  • Memberi tenaga
  • Membantu melancarkan penghasilan susu
  • Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
  • Mencantikkan kulit si ibu
  • Membantu kawal paras kolesterol
  • Memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama
  • Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? 

Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OSTEMATRIX

  • Kalsium Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. 
  • Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
  • Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.
Berminat dengan Set Penyusuan 3M Shaklee ni boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

12 May 2014

Buat ibu bapa semua ketahui jenis suntikan yang perlu diambil si manja anda....

Salam,

Sedari sahaja lahir bayi kita akan diberikan suntikan di mana suntikan ini wajib bagi melindungi bayi agar tidak mudah dijagkiti sebarang penyakit.Ini kerana bayi yang baru lahir tidak mempunyai ketahanan diri yang kuat lagi untuk melawan penyakit.

Entri hari ini ida nak kongsikan jenis-jenis suntikan yang akan diberikan kepada bayi kita semua.Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua ibu mahupun bapa ye.


Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan vaksin kanak-kanak untuk 11 penyakit berjangkit. Semua bayi yang dilahirkan di Malaysia ditawarkan BCG (yang melindungi daripada tuberkulosis) semasa lahir dan juga vaksin hepatitis B. Yang lain ditawarkan secara rutin kepada setiap orang bayi sebagai sebahagian daripada program vaksin prasekolah. Bacalah dengan lebih lanjut tentang vaksin-vaksin ini dan penyakit-penyakit yang dilindungi.


Difteria

Difteria lebih mengakibatkan kerongkong. Ianya disebarkan melalui titik-titik dari hidung atau mulut dan, jika komplikasi berlaku, boleh menyebabkan masalah pernafasan, kecederaan kepada jantung dan sistem saraf, dan kemungkinan maut. Tempoh inkubasi ialah antara dua hingga enam hari.

Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia :

  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu


Ia diberi melalui suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin tetanus, batuk kokol, polio dan Hib.

Ianya diberikan semula:

  1. pada 18 bulan
  2. sebelum memulakan sekolah
  3. pada usia 12 tahun


Influenza haemophilus jenis b (Hib)

Organisma Hib menyebabkan simptom-simptom yang menyerupai influenza seperti sakit tekak, infeksi dada dan infeksi telinga. Tetapi komplikasi-komplikasi, seperti meningitis atau tekak tersumbat (epiglotitis) boleh diperolehi, dan vaksin tersebut diperkenalkan atas sebab ini.

Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia:

  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu


Ianya diberikan melalui suntikan. Suntikan-suntikan ini juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, polio dan batuk kokol. Ianya diberikan semula pada usia 18 bulan.

Campak

Campak dahulunya adalah penyakit kanak-kanak yang paling meluas. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai tempoh inkubasi selama 10 hari dan infeksi berlaku melalui titik-titik dari mulut atau hidung. Ia mungkin bermula sebagai selesema yang teruk dengan katar yang banyak dan demam. Ruam akan timbul selepas dua hari.

Komplikasi adalah perkara biasa dan melibatkan bronkitis, bronkiolitis, infeksi telinga dan krup. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, komplikasi serius mengakibatkan sistem saraf, seperti ensefalitis.

Kanak-kanak ditawarkan vaksin campak di sekitar usia 12 bulan. Ia diberi melalui suntikan dikenali sebagai MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin beguk dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan antara usia enam dan tujuh tahun.

Beguk

Beguk ialah satu penyakit virus, yang boleh menyebabkan bengkak besar di sekitar pipi dan leher. Tempoh inkubasi ialah antara 14 hingga 21 hari. Komplikasi termasuk meningitis, pekak, ensefalitis dan radang testes (buah pelir) bagi kanak-kanak lelaki, yang boleh menjejaskan kesuburan secara kekal.

Kanak-kanak ditawarkan vaksin beguk sekitar 12 bulan. Ianya diberikan melalui suntikan yang bergelar MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin campak dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan.

Polio

Virus polio menyerang tisu saraf dalam otak dan spina korda, dan kadangkala menyebabkan lumpuh. Ianya sering ditemui di negara-negara membangun, tetapi jarang sekali di Malaysia. Ianya dipindahkan melalui sentuhan dengan najis, mukus atau air liur orang yang menghidapnya. Tempoh inkubasi berbeza iaitu antara tiga hingga 21 hari.

Vaksin polio dimasukkan juga dalam suntikan DTaP/IPV/Hib, yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, Hib dan batuk kokol. Ianya diberi kepada bayi pada usia:


  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu


Ianya diberikan sekali lagi:

  1. pada 18 bulan
  2. dalam suntikan penggalak prasekolah
  3. 12 tahun

Rubela

Rubela adalah pada umumnya penyakit yang ringan dalam kanak-kanak menyebabkan demam, ruam dan bengkak kelenjar. Ia mempunyai tempoh inkubasi antara 14 hingga 21 hari dan komplikasi bagi kanak-kanak itu jarang berlaku. Walau bagaimanapun, jika seorang wanita dijangkiti rubela semasa hamil antara lapan hingga 10 minggu, kesan ke atas bayinya yang belum lahir itu boleh menjadi betul-betul serius: bayi boleh dilahirkan cacat pendengaran, cacat penglihatan, masalah jantung dan/atau kerosakan otak.

Kanak-kanak ditawarkan vaksin rubela di usia 12 bulan. Ia diberi sebagai sebahagian vaksin MMR, yang juga mengandungi vaksin beguk dan campak. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan.

Tetanus

Simptom-simptom tetanus (kadangkala dikenali sebagai kancing dagu) adalah spasma- spasma kontraksi otot yang sangat sakit. Penyakit ini boleh membawa maut. Tetanus mempunyai tempoh inkubasi antara empat hingga 21 hari. Organisma yang menyebabkannya boleh didapati dalam tanah dari mana luka-luka yang kotor boleh mendapat infeksi. Ia juga boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan. Pekerja ladang dan tukang kebun mudah dijangkiti.

Anak anda akan ditawarkan imunisasi ini sebanyak enam kali. Ianya diberikan pada usia:

  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu


Ia juga diberikan dalam suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, batuk kokol, polio dan Hib. Ia kemudian diberikan sekali lagi:

  1. pada usia 18 bulan
  2. antara empat dan enam tahun
  3. semasa usia 12 tahun

Batuk kokol (pertusis)

Penyakit yang senang menjangkit ini dipindahkan melalui titik-titik air dari hidung atau mulut. Tempoh inkubasi ialah antara tujuh hingga 10 hari. Ianya bermula dengan cara yang sama seperti selesema, tetapi apabila ianya maju, spasma batuk menjadi semakin teruk. Bunyi "mencungap-cungap" batuk itu berlaku apabila pesakit menarik nafas antara episod batuk. Simptom-simptom yang tidak menyenangkan ini boleh berlanjutan untuk beberapa minggu.

Kes-kes yang teruk boleh menjadi lebih rumit dengan adanya pneumonia, muntah-muntah dan turun berat badan, dan, lebih jarang lagi, cedera otak dan kematian. Bayi muda paling berisiko.

Bayi ditawarkan vaksin pada usia:

  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu


Ia diberi dengan suntikan, yang juga mengandungi imunisasi bagi difteria, tetanus, polio dan imunisasi Hib. Ia juga diberi di usia:

  1. at 18 bulan
  2. dalam suntikan penggalak prasekolah
  3. pada 12 tahun

Papilomavirus manusia (HPV)

Virus papilomavirus dikenali sebagai penyebab pertama kanser serviks. Vaksin baginya melindungi daripada dua jenis HPV, iaitu virus yang menyebabkan 70 peratus daripada semua kanser serviks.

Vaksin ini ditawarkan kepada semua pelajar perempuan di Tingkatan Satu dan hanya diberikan kepada pelajar jika ibu-bapanya memberi izin. Budak perempuan yang tidak di sekolah ditawarkan vaksin ini pada umur 13 tahun.

Sumber dari SINI

Itu antara suntikan yang akan diberikan kepada bayi kita sedari mereka kecil sehingga berumur 18 bulan.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-



Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Ilmu Penyusuan : Inginkan keselesaan ketika menyusu bersam si manja anda , cuba praktikkan 4 posisi penyusuan ini....

Salam Hari Isnin,

Topik hari ini yang ida nak kongsi ialah tentang posisi penyusuan bagi ibu-ibu menyusu semua.Untuk tidak menjadikan sesi menyusu bersam si manja suatu yang memnatkan dan membosakan ibu-ibu perlulah mendapatkan satu posisi yang selesa ketika menyusukan si manja ataupun bertukar-tukar posisi penyusuan ketika menyusukan si manja.

Dibawah ini ida sertakan antara teknik-teknik yang boleh dipraktikkan oleh ibu menyusu ketika menyusukan si manja.


Posisi Penyusuan Bayi Yang Betul







1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.


2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.


3. Posisi Mendakap (Football Hold)

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.


4. Posisi Berbaring (Lying Down)


Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.

Secara amnya:

1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari
2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut
4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu
5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok

Bagi ida,ida selesa menggunakan posisi mendukung dan juga posisi berbaring.Bagi ibu-ibu menyusu yang lain boleh mencuba mana posisi yang dirasa bersesuaian ye.

Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya