12 May 2014

Ilmu Penyusuan : Inginkan keselesaan ketika menyusu bersam si manja anda , cuba praktikkan 4 posisi penyusuan ini....

Salam Hari Isnin,

Topik hari ini yang ida nak kongsi ialah tentang posisi penyusuan bagi ibu-ibu menyusu semua.Untuk tidak menjadikan sesi menyusu bersam si manja suatu yang memnatkan dan membosakan ibu-ibu perlulah mendapatkan satu posisi yang selesa ketika menyusukan si manja ataupun bertukar-tukar posisi penyusuan ketika menyusukan si manja.

Dibawah ini ida sertakan antara teknik-teknik yang boleh dipraktikkan oleh ibu menyusu ketika menyusukan si manja.


Posisi Penyusuan Bayi Yang Betul







1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.


2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.


3. Posisi Mendakap (Football Hold)

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.


4. Posisi Berbaring (Lying Down)


Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.

Secara amnya:

1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari
2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut
4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu
5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok

Bagi ida,ida selesa menggunakan posisi mendukung dan juga posisi berbaring.Bagi ibu-ibu menyusu yang lain boleh mencuba mana posisi yang dirasa bersesuaian ye.

Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment