14 Oct 2013

Kenapa kolagen penting kepada tubuh badan?

Apa itu Kolagen?

Kolagen adalah protien utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia.Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protien di dalam badan.Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur,kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.Kolagen disusun tiga rantai (monomer protien) yang terpilih membentuk rangkaianan Triple Helix (pilihan ganda tiga)
Kolagen terdapat pada kornea mata ,kanta mata,kulit,salur darah,keratin (rambut dan kuku),tulang,tendon,rawan sendi,gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang ,jantung dan sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I,II,III,IV dan V

Kolagen I : Terdapat pada kulit ,tendon ,pembuluh darah,ligature,organ,tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II : Terdapat pada tulang rawan (kompnen utamatulang rawan ) dan mata

Kolagen III : Reticulate ( komponen utama retikuler serat).Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati,jantung,tulang sum-sum ,arteri ,kulit ,usus dan rahim

KOLAGEN IV : Membentuk asas kepada sel membran dasar( serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah

Kolagen V : Terdapat pada permukaan sel,rambut dan uri

Fungsi Kolagen
Kolagen menghasilkan asid amino yang penting kepada tubuh badan seperi berikut:-


  1. Lysin,Proin dan Glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel
  2. Hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta melambatkan penuaan
  3. Arginin-Memudahkan tidur nyenyak,menghasilkan pola tidur yang baik dan teratur
  4. Mengawal metabolisma tubuh dengan mencerna secara enzimatik
  5. Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif
  6. Mengangkan,menganjalkan dan melembabkan kulit
  7. Menampung air dalam tubuh
  8. Meningkatkan penyerapan kalsium
  9. Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah dibawah lapisan kulit
  10. Menampung air dalam tubuh
  11. Meningkatkan penyerapan kalsium
  12. Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


Kesan Kolagen ke atas badan

  1. Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  2. Memelihara kelembapan kulit
  3. Menyokong baikpulih tisu dari kecerdasan otot dan tulang
  4. Menguatkan otot dan tulang
  5. Membantu hati dlam proses detoksifikasi (buang toksin)
  6. Memelihara kelenturan sendi
  7. Mengurangkan keradangan (imflammation)
  8. Memberi tenga pada badan
  9. Membantu pola tidur yang baik 
  10. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protien pada saraf


Kesan kekurangan kolagen dalam badan

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.
Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian.Selepas usia 45-50 tahun,badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.Jadi,semakin tua semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu ,kolagen diambil sebagai makanan tambahan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthiritis (sakit sendi),osteoporosis,arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembap kulit.



Selain daripada itu,kesan lain akibat kekurangan koalgen adalah sepeprti berikut:-


  1. Kulit menjadi kusam
  2. Badan kelihatan tidak bermaya
  3. Tiada seri pada wajah
  4. Kulit kedut dan muka kendur
  5. Pigmentasi kulit akan berlaku
  6. Badan cepat letih dan lesu
  7. Sering mengalami sakit badan dan sendi
  8. Mudah lupa
  9. Kurang penglihatan
  10. Sakit pinggang,lutut dan sebagainya


Kenapa kolagen daripada ikan selalu dipilih sebagai makanan tambahan atau supplement?


  1. Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  2. Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  3. Kolagen hidrolisis adalah supplement pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen 1.
  4. Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  5. Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  6. Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  7. Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  8. Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  9. Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  10. Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel.
  11. Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  12. Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot. Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  13. Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  14. Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  15. Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  16. Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  17. Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  18. Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  19. Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  20. Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  21. Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  22. Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  23. Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  24. Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

0 comments:

Post a Comment