1 Oct 2013

PCOS salah satu gangguan kesuburan bagi wanita

Salam,

PCOS ataupun Sindrom Ovari Berpolisistik merupakan salah satu masalah kesihatan wanita.
Ia turut dikenali Stein Leventhal Sydrome .
Jom kita kenali apa itu PCOS


Setiap  wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan.
Fungsinya ialah menegeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran(waktu subur). Pada masa yang sama,ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.
PCOS merupakan suatu keadaan dimana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap didalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur.Apabila keadaan seperti ini berlaku,lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.
Untuk pengetahuananda,sindrom yang melibatkan gangguan endokrin atau hormon ini sering berlaku kepada lingkungan 15 hingga 20 peratus wanita dikalangan semua bangsa.Masa kini,sindrom ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia berupaya menjejaskan ahap kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
Beringatlah bahawa PCOS adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom.Ia dapat dikenal pasti menerusi:-

HAID TIDAK TERATUR
Tanda biasa yang boleh menjadi etunjuk ialah kitaran haid yang tidak teratur.Biasanya wanita yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

OBESITI
Peningkatan berat badan adalah salah satu lagi tanda lain bagi PCOS.hal ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan atau obesiti boleh  menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

HIRSUTISM
Terdapat segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka ,perut ,kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan.Apabila ini terjadi,ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

KETIDAKSUBURAN
Masalah sebegini akan terjadi apabila folikel-folikel telur tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

TANDA_TANDA LAIN
Ini termasuklah akantosis nogrikans (bahagian kulit tertentu erwarna gelap),kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).
Sehubungan dengan itu,bagi mana-mana wanita yang mengalami PCOS ,mereka sangat berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi,tekanan darah tinggi ,sakit jantung,masalah berkaitan kolesterol,hyperplasia  endometrium (lapisan di dalam rahim tebal),keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.
Walau bagaimanapun,sebenarnye PCOS boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu,Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini,mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkabohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula.Malah,dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun,ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.
Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur.Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang di gunakan untuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism.Hormin progesteron pula diambil begi mengeluarkan haid dan ubat diabetis iaitu metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.
Penggunaan ubat subur untukmerangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan sutikan follicular stimulating hormone (FSH).Malah dalam keadaan tertentu pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan.

KRITERIA PCOS


  1. Oliovulasi/anovulasi
  2. Hormon lelaki(androgen/testosteron) berlebihan
  3. Ovari polisistik dimana terdapat lebih daripada 12 folikel yang bersaiz antara 2mm hingga 9mm dan saiz ovari pula lebig daripada 10sm


NOTA
Pengesahan PCOS ditetapkan apabila dua daripada tiga kriteria ini  dialami oleh wanita berkenaan.

DIAGNOSIS DARAH
Pelbagai ujian darah yang mengikut keadaan kes tertentu dilakukan sebaik sahaja wanita dikenalpasti mungkin mengalami  PCOS.Diagnosis tersebut mebabitkan ujian-ujian seperti:-

  1. Testosteron
  2. Liutenising hormone
  3. Follicular stimulating hormone
  4. Kolesterol
  5. Ujian gula
  6. Prolactin
  7. Thyroid


0 comments:

Post a Comment