24 Oct 2013

Testimoni Shaklee Herbal Blend,Krim yang pelbagai guna

Salam,

Testimoni Shaklee Herbal Blend, Krim ajaib dan pelbagai guna 

Testimoni 1

Saya cerita secara ringkas tentang masalah eczema yang dihidapi oleh Aneesa ye.

Aneesa mempunyai alahan atau eczema pada kulit belakang badannya. Eczemanya tidak kritikal. Tetapi, kulit di bahagian itu sentiasa kering. Ada kalanya jika ada yang tak kena (cuaca panas, jenis kain pakaian yang tidak sesuai, alahan makanan, persekitaran kurang bersih, berpeluh, dan lain-lain) ia boleh menyebabkan kulit di kawasan tu merah menyala, dan kemudiannya bersisik kasar. Kadang kala terkopek dan mulalah berdarah sedikit. Tak boleh dibiarkan, takut infection nanti lain pula jadinya.
Jadi, bila masalah ini berlaku jika rujuk doktor biasanya doktor akan berikan cream steroid base. Siapa pernah dengar tentang keburukan krim steroid ni? Saya rasa akan ceritakan panjang lebar tentang pengalaman anak saya yang pertama dengan krim steroid ni. Ye betul, kesan sampingan yang mendukacitakan.. Jadi, saya mengambil keputusan, adiknya Aneesa ni saya nak guna sabun syampu dan segala krim ubatan yang natural/sumber semulajadi sahaja, yang bebas steroid. Beratus habisan juga, masatu belum tau yang Shaklee ada produk yang boleh membantu eczema. Antara produk yang saya gunakan ialah Mog**. Sabun dan syampu, lotion, krim bagai..fuh! kesat peluh membeli.. Macam mana pula hasilnya? Ok, eczema Aneesa masih on off. Tapi masih ok jika dibandingkan dengan kes kakaknya, Aleesya dulu. Baguslah Mog** ni sebab natural. Nak tak nak tubuh badan Aneesa melindungi diri sendiri dan tak bergatung pada steroid. Tapi...fuh! kesat peluh lagi..hihi. Macam lama je nak harung rasanya.
Hinggalah saya berjumpa dengan Shaklee. Masa tu ambil set breastfeeding sebab masih full breastfeedingkan Aneesa. Jadi, hasil google saya dapati mealshake dapat membantu eczema. Memandangkan saya masih menyusukan, jadi saya ambil la mealshake juga agar Aneesa dapat khasiatnya melalui susu ibu nanti.
Alhamdulillah..kesan positif. Nampaknya banyak berkurangan masalah eczema daripada dulu-dulu. Tapi masih ada kadang kala sahaja.
Bila dah jadi ahli Shaklee, saya terdedah dengan banyak info semua produk Shalee, ditambah dengan kajian, juga pengalaman rakan-rakan yang menggunakan Shaklee. Jadi, saya rasa Herbal Blend ni mungkin dapat digunakan untuk masalah eczema Aneesa. Ok... tak main la rasa-rasa, dengar-dengar kata orang je kan..hihi. Jadi, saya memang gunakan juga Herbal Blend pada kawasan eczema Aneesa.
ALHAMDULILLAH..syukur. Saya amat terkejut, dalam masa 3 hari kulit Aneesa macam tiada apa-apa pernah berlaku di situ. Sebelum ni tak pernah jadi lembut seperti kulit biasa. Ya Allah, dengan izinMu eczema Aneesa dah pulih. Syukurrrrr...jumpa dengan produk yang serasi dan sesuai
Betul..hanya 3 hari je saya gunakan. Sampai ke hari ini eczema Aneesa tak pernah muncul lagi. Jadi krim herbal blend ni saya guna pelbagai lah sekarang ni, sapu kat siku lutut..lembut je.. saya pun tumpang sekaki..hikhik. ;p Jadikan ruam lampin pun amatlah berkesan. :) Psst..saya pernah sapu pada jerawat, cepat je masak dan mengecut.hahah..eksperimen berjaya. Alhamdulillah..

Sumber dari sini 

Testimoni 2

Biarlah saya ceritakan bagaimana saya JATUH HATI dengan Herbal Blend Cream ini :)

Furqan, anak pertama saya mula menunjukkan simptom-simptom ekzema di usia seawal 7 bulan.. Macam-macam kami lakukan. Jumpa nenek minta ubat, jumpa doktor swasta, jumpa doktor kerajaan, mandi air herba dan macam-macam lagi. Mula-mula kuranglah, tapi simptom tu masih ada dan semakin teruk pula.. Hati ibu mana yang tidak sedih dan susah hati melihat keadaan anak begitu..berpantang itu, berpantang ini.. Orang sekeliling pula kerap bertanya itu dan ini malah ada pula yang salahkan saya yang salah makan. Untuk makluman furqan adalah anak susu ibu sepenuhnya pada ketika itu dan sehingga kini sebenarnya. So, orang katakan ada yang saya salah makan sampai anak jadi macam tu.. Ya Allah, kuatnya dugaan Allah beri masa tu.. Saya dan suami cuma mampu bersabar dan tersenyum jika orang lain mula bercakap yang bukan-bukan.. Memang susah mau tutup mulut manusia kan :).. Tapi lebih baik sekiranya kita berdiam kerana dengan cara itu hati kita tidak bertambah sakit lebih-lebih dengan keadaan anak sebegitu..


Akhirnya, setelah macam-macam cara dicuba Allah tunjukkan jalan pada kami suami isteri. Berbekalkan duit yang cukup-cukup, kami buat keputusan membawa furqan ke Hospital Pakar Kulit dan alhamdulillah setelah mencuba ubat dan krim yang doktor recommend merah-merah dan gatal-gatal di badan furqan semakin kurang dan kurang..

dipendekkan cerita, setelah makin kurang merah-merah di badan Furqan saya berhenti sapu ubat di kawasan yang tidak merah lagi.. Memang ubat yang dibekalkan itu bagus untuk kurangkan merah dan gatal-gatal, akan tetapi apa yang kami suami isteri perasan adalah kulit di kawasan yang kerap disapu ubat tersebut semakin menipis.. Antara yang masih merah dan gatal adalah bahagian pelipat lutut furqan..Kawasan tu memang merah dan selalunya walaupun sudah disapu ua\bat furqan sealu menggaru di kawasan tersebut sehingga luka. Dek terlalu kerap juga menyapu ubat, kawasan belakang lutut furqan jadi cepat melecet dan kadang-kadang luka walaupun tidak digaru.

Risau dengan belakang lutut furqan tu, saya yang masa itu baru berjinak dengan Shaklee terus membuat keputusan membeli krim ajaib ini. Dan memang MAGIC la kerana baru sahaja  menyapu Herbal Belnd Shaklee ini, lutut furqan tidak lagi cepat melecet dan sehingga kini kami tidak lagi perlu risau sekiranya kawasan tersebut cepat luka kerana kulit di kawasan tersebut beransur-ansur pulih dan tidak lagi menipis.

selain itu, saya juga gunakan Herbal Blend ini setiap hari bagi melembabkan kulit tangan dan kaki saya yang agak kering. Saya juga gunakannya bagi mengurangkan gigitan nyamuk di badan furqan dan Fyrash dan bagi mengurangkan rekahan di tumit kaki yang kering.

Sumber dari sini 

0 comments:

Post a Comment