25 Nov 2013

Migrain oh Migrain........




Migrain pasti ramai tahu apa itu migraine kan.Kalau ia datang menyerang pasti tak keruan dibuat nya.tapi tahukah anda semua apa sebenarnya migraine dan bagaimana ia boleh terjadi.Hari ni ida nak kongsikan serba sedikit info mengenai MIGRAIN ni ye

APA ITU MIGRAIN?




Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migrain tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?

Migrain biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

APAKAH PUNCA MIGRAIN?

Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migrain kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migrain

3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migrain. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migrain.

BAGAIMANA CARA MENGURANGKAN KESAKITAN MIGRAIN?

  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migrain.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migrain.


Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migrain
untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migrain. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.

0 comments:

Post a Comment