19 Nov 2013

Apa itu Fibroid?


Salam bersua kembali,

Pernah dengar pasal fibroid tak.Tak pernah dengar.Ok ida kongsikan info mengenai Fibroid untuk bacaan kita bersama ye

Info ni ida dapat dari sini



Ihsan pic : Mr Google
Apa itu fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang terjadi dari tisu rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, haid yang banyak, sakit semasa haid dan lain-lain. Ia boleh membesar sehingga sebesar  biji bola tapi bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita yang mengalami fibroid ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid dan darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang  pintu  rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau mungkin terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid dihadapi oleh 25%  kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi, walaupun kehadiran hormon estrogen sering dikaitkan dengan pembesaran fibroid.

Fibroid sering terjadi pada mereka yang berusia 30-45 tahun, yang masih subur. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah simptoms yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah dan simtom pula bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid di rahim tetapi sekiranya ia terlalu besar ia mungkin boleh menyebabkan:


  1. Sakit semasa haid (senggugut)
  2. Sakit belakang
  3. Haid yang banyak
  4. Sembelit
  5. Kencing kerap
  6. Keguguran yang kerap
  7. Sukar mengandung


Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Selalunya fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana kebanyakkan tidak mempunyai sebarang gejala. Sekiranya anda merasa bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca bengkak. Ujan ultrasound scan akan membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.

1 comment: