20 Nov 2013

Stroke @ Angin Ahmar




Apa itu Stroke atau Angin Ahmar?

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.





Jenis stroke atau angin ahmar yang menyebabkan badan lumpuh


HAEMORRHAGIC STROKE DAN ISCHAEMIC STROKE.




Ada dua jenis stroke iaitu "ischaemis stroke" dan "haemorrhagic stroke".

Ischaemic berlaku bila saluran arteri yang membekalkan darah beroksigen ke tisu otak tersumbat oleh darah beku (trombus) atau serpihan lemak (embolus). Stroke jenis ini lebih kerap terjadi berbanding jenis haemorrhagic.

Haemorrhagic atau pendarahan terjadi bila salur darah pecah di dalam otak. Kedua-dua jenis situasi ini menyebabkan kurang oksigen kepada tisu otak yang menyebabkan stroke.

Tanda-tanda terkena Stroke @ Angin Ahmar :-


  1. Pening, susah atau tak stabil bila berjalan
  2. Masalah bila bertutur
  3. Kebas, lemah atau lumpuh sebelah badan
  4. Penglihatan kabur, gelap atau objek kelihatan dua

Transient Ischaemic Attack (TIA) adalah mini stroke. Ia dimana tisu otak tidak mendapat oksigen seketika. Tanda serangannya adalah sama seperti stroke di atas tetapi ia hanya sekejap dan tidak meninggalkan kesan neurologi seperti lumpuh, lemah dsb secara kekal. Namun, TIA adalah tanda amaran untuk stroke dan mesti dipandang serius.

Sekiranya seseorang itu mengenalpasti TIA dan segera mendapatkan rawatan daripada doktor, kemungkinan untuk mendapat stroke dapat dikurangkan.

Cara rawatan stroke berbeza untuk kedua jenis stroke itu. Ubat pencair darah seperti aspirin dan heparin diguna untuk merawat ischameic stroke. Manakala pembedahan untuk menghentikan pendarahan atau mengeluarkan darah beku dalam otak bagi pesakit haemorrhagic stroke. Apa pun, tujuannya adalah untuk mengembalikan bekalan darah kepada tisu otak dengan segera.

Cara Mencegah Stroke @ Angin Ahmar


  1. Kawal tekanan darah tinggi dengan optimum
  2. Kawal penyakit kencing manis
  3. Ambil ubat kurangkan kolesterol boleh mencegah stroke berulang
  4. Rawat stress atau tekanan perasaan
  5. Bersenam aerobik boleh mencegah stroke
  6. Tidak merokok
  7. Periksa jantung untuk pastikan tiada "atrial fibrillation" yang menjadi punca stroke
  8. Pesakit kencing manis boleh mengambil aspirin untuk mengelakkan darah beku trombus



0 comments:

Post a Comment