4 Feb 2014

Testimoni Set Hamil Shaklee: Dengan Set Hamil Shaklee berat badan tak naik mendadak,kaki tak bengkak,tidur lena,kulit kering,strech mark dan bekas hitam juga tiada

Salam bersiaran pembaca setia blog umielman,

Pasti semua dah tahukan yang bulan ni Promo Vita Lea Shaklee.Vita Lea Shaklee ni terdapat dalam Set Hamil Shaklee ye
Bagi yang tak tahu lagi apa itu Vita Lea Shaklee boleh klik link di bawah ni untuk info selanjutnya ye


Ini ida nak kongsikan pula Testimoni dari seorang customer yang mengamalkan Set Hamil Shaklee semasa beliau mengandung

Jom kita baca testimoni di bawah ni ye

Testimoni ini ida ambil dari blog Puan Azeni

Dulu masa mengandung anak yang pertama, Aqil Thaqif dalam tiga tahun lepas memang sepenuhnya ambik vitamin daripada klinik. Tak penah kenal Shaklee pun. Dan untuk kandungan kali kedua ini yang hampir memasuki 8 bulan, alhamduillah terasa sangat perbezaannya. Ye la kan dah bekerja seharian lagi balik rumah terpaksa uruskan hal-hal rumah memang agak memenatkan. So Set Hamil Shaklee memang membantu.

Inilah Set Hamil Shaklee yang saya gunakan sepanjang mengandung iaitu Vitalea, Bcompleks, Vitamin C, Ostematrix, ESP dan Omega Guard.

Set Hamil Shaklee: Testimonial Diri Sendiri

Antara perbezaannya yang saya rasai masa mengandung menggunakan Set Hamil Shaklee ialah:

1. Berat Badan

    Berat badan naik tidak mendadak berbanding terdahulu. Berat normal 
    saya adalah 55kg. dulu semasa dalam trimester ketiga, berat saya mencecah 
    hampir 80kg dan ke atas. Warrghh bayangkan macamna saya berjalan perut 
    yang sangat besar ke depan tapi same time nak jatuh ke belakang.. hehehehe… 
    sekarang ini dah hampir 8 bulan berat dalam 70 kg je. Sekarang saya ambik 
    ESP untuk minum pagi dan malam. So takda tengah-tengah malam mencari makanan je.

2. Kaki tak bengkak

    Dulu kaki saya bengkak macam kaki gajah. Takut nak tengok apatah lagi 
    nak jalan pun lenguh dan sakit. Kandungan kedua alhamduillah boleh sarung 
    lagi sandal cantek. Hehehe. Kaki bengkak disebabkan perjalanan darah 
    tidak sempurna ke seluruh anggota badan dan Bcompleks memang 
    membantu  lancarkan perjalanan darah. Selain itu, posisi tidur perlu mengiring 
    di sebelah kiri yea untuk memastikan organ dalaman kita berfungsi dengan baik.

3. Tidur malam selesa

    Normal bagi ibu mengandung apabila tengah malam ataupun tengah pagi 
    mesti urat kaki tertarik. Saya memanggilnya tarik mengkarung. 
    Fuhh memang sakit kan. Ostematrix memang banyak bantu saya untuk 
    kurangkan sakit mengkarung tue. Tambahan pulak bangun pagi memang 
    badan segar bugar je.

4. Kulit tak kering

    Kandungan yang pertama dulu, kulit sangat kering sampai bersisik la. 
    Kalau digaru akan tinggal kesan putih. Tapi dengan ESP, Vitalea (multivitamin) dan 
    Vitamin C, masalah kulit kering dapat diatasi dan masih kekal bertenaga 
    walaupun memboyot kan. Selain itu, saya perasan muka saya tak sembab 
    dan ramai jugak yang menegur terutamanya teman office la.

5. Stretch Mark

    Igauan bagi semua ibu-ibu yang mengandung. Stretch mark pada 
    sekeliling kulit perut dan juga pada paha. Disebabkan masa kandungan 
    pertama dulu, memang saya banyak sangat kulit-kulit pecah ini. Tapi apa 
    kan daya kan. Ingatkan adalah perkara biasa je. Rupanya boleh dielakkan 
    dengan pengambilan vitamin yang betul dan sesuai. Sekarang stretch mark 
    masih ada disebabkan kandungan pertama dulu tapi tidak la ketara sangat la. 
    Memang banyak membantu ESP. saya sangat suka.

6. Bekas-bekas hitam
    Dulu masa kandungan pertama, memang banyak sangat kesan-kesan hitam 
    di kawasan celah-celah ketiak dan paha. Tapi kandungan ini masih ada tetapi 
    tidak terlalu banyak berbanding dulu. Menurut doktor, ini disebabkan 
    perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.


Banyak kelebihan menggunakan Set Hamil Shaklee ini. Sebab bukan sahaja boleh digunakan semasa mengandung malah boleh digunakan semasa berpantang cuma add on Alfalfa dan Zink sahaja. Saya rasa berbaloi sangat melabur dengan set hamil ini kerana ia membantu saya untuk menghadapi moment 9 bulan yang lebih indah kan.  Hehehe… 

Ha banyakkan kelebihan yang diperoleh oleh Puan Azeni selepas mengamalkan Set Hamil Shaklee
Bagi ibu-ibu yang baru hamil dan ingin merasa nikmat nye menggunakan Set Hamil Shaklee 
Boleh lah hubungi ida ye
Bagi yang tak tahu lagi apa yang ada dalam Set Hamil Shaklee boleh klik link dibawah ni bagi mengetahu apa keistimewaan Set Hamil Shaklee ini ye


Cepat-cepat hubungi ida ye

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Taman Equine,Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment