24 Feb 2014

Mengandung di lewat usia, apakah risiko kepada ibu hamil dan bayi didalam kandungan.

Salam ,

Pada zaman moden ini , wanita megandung lewat usia 30 an adalah pada tahap tertinggi dalam tiga dekad.Ramai wanita terutama wanita yang mempunyai kerjaya masing-masing nakkejarkan harta,kedududkan,memiliki kereta da rumah sendiri,kerjaya yang stabil sebelum kahwi.Bukan disebabkan kahwin lewat sahaj,ada juga yang kahwin awal tetapi mempunyai masalah kesuburan.

Risiko ibu yang mengandung leawt usia 30 an

Beberapa kajian menunjukka bahawa komplikasi kehamilan pada wanita yang lebih tua adalah lebih tinggi berbanding wanita yang lebih muda.Ini mungkin disebabkan kromosom yang tidak normal,kekurangan bilangan telur dan telur yang tidak berkualiti bagi ibu mengandug lewat usia 30 an.Di antaranya termasuk :-


  1. Risiko keguguran
  2. Komplikasi kehamilan yang tinggi termasuk tekanan darah tinggi,penyakit darah kencing manis.
  3. Kecacatan kelahiran termasuk sindrom down
  4. Kesukaran untuk bersalin
  5. Pendarahan yang banyak selepas bersalin
  6. Meningkatkan risiko bayi mati dalam kandungan
  7. Risiko bayi dilahirkan awal (pramatang) dan dilahirkan kurang berat badan


Adakah ibu hamil yag berusia lewat 30 an mempunyai risiko tinggi untuk mendapatkan anak yang cacat?

Risiko melahirkan anak yang cacat meningkat dengan usia ibu yang semakin meningkat.Salah satu kecacatan kelahiran abnormal kromosom yang paling biasa adalah sindrom down.Peluang untuk mendapat bayi yang mempunyai sindrom down dan kelahiran abnormal kromosom yang lain disebabkan umur ibu hamil disenarai seperti dibawah :-

Umur ibu hamil Sidrom down Abnormal kromosom yag lain
Umur 15-24 1/1300 1/500
Umur 25-29 1/1100 1/385
Umur 30-35 1/350 1/178
Umur 35-40  1/100 1/63
Umur >45 1/25 1/18

Antara ujian pranatal yang perlu dijalani bagi ibu yang hamil lewat 30 an

Terdapat beberapa ujian pranatal disediaka untuk membantu mengenalpasti atau mengesan keabnormalan kromosom dan kecacatan kelahiran genetik yang lain.Ujian mungkin termasuk :-


  1. Ujian darah 3 serangkai 
  2. Ultrasound 2d
  3. Persampelan vilus klorion
  4. Amniosentesis

Doktor boleh merujuk ibu bapa kepada genetik atau kaunselor genetik yang boleh menerangkan keputusan ujian kromosom secara terperinci termasuk risiko berulang mungkin semasa kehamilan lain dan apa yang ujian boleh didapati untuk mendiagnosis masalah kromosom sebelum bayi dilahirkan

Bagaimana cara untuk melahirkan bayi yang sihat walaupun diusia yang lewat?

Anda boleh mengurangkan risiko komplikasi kehamilan termasuk :-


  1. Pengambilan asid folik dan vitamin pranatal yang mencukupi
  2. Kurangkan pengambilan berkafein yang boleh menigkatkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang
  3. Amalka gaya hidup yang sihat,permakanan diet seimbag dan berkhasiat
  4. Jangan merokok ketika hamil
  5. Jangan minum alkohol semasa hamil
  6. Bersenam secara rutin seperti menjalani yoga kehamilan
  7. Minum air dengan anak
  8. Menjalani rawatan pranatal yang rutin untuk memastikan kandugan anda dalam keadaan yang baik



0 comments:

Post a Comment