10 Feb 2014

Apa itu Preeclampsia? Dan apa kaitan ia dengan ibu hamil dan bayi dalam kandungan?










Preclampsia adalah keadaan yang berlaku hanya semasa mengandung.Diagnosis dibuat oleh gabungan tekanan darah tinggi dan kehadiran protien dalam air kencing ,yang berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan.Preclampsia juga dikenali sebagai toxemia dan sering terjadi akibat tekanan darah tinggi yang teruk semasa kehamilan (hypertension gestation).Preeclampsia menjejaskan kira-kita 2-6% kesihatan ibu hamil yang kali pertama hamil.



Siapakah yang berisiko untuk preeclampsia?

Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko preeclamsia :-


  1. Ibu kali pertama.ia sering terjadi kepada anak sulung
  2. Ibu hamil yang mempunyai pengalaman preeclampsia
  3. untuk kehamilan seterusnya
  4. Ibu hamil yang mempunyai keluarga yang pernah mengalami preeclampsia semasa kehamilan
  5. Ibu hamil yang lebih muda daripada 20 tahun dan lewat usia lebih daripada 40 umur
  6. Ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang sebelum mengandung
  7. Ibu hamil yang terlalu gemuk atau mempunyai BMI 30 atau lebih


Apakah gejala Preeclampsia

Preeclampsia yang ringan
Tekanan darah tinggi ,retensi air dalam badan dan kehadiran protien dalam ai kencing

Preeclamsia yang teruk
Sakit kepala ,penglihatan kabur,ketidakupayaan untuk bertoleransi dengan cahaya terang,keletihan , loya/muntah , jarang membuang air kencing , sakit abdomen bahaguan kanan atas , sesak nafas dan kecenderungan untuk mudah lebam

Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami penglihatan kabur , sakit kepala yang teruk , sakit perut dan / atau sangat jarang membuang air kencing

Bagaimana anda tahu jika anda mempunyai preeclampsia?

Pada setiap pranatal chek up ,penjagaan kesihatan anda akan memeriksa tekanan darah anda , tahap air kencing dan ujian darah yang boleh mengesan preeclampsia

Doktor anda juga boleh melakukan ujian lain yang termasuk pemeriksaan buah pinggang dan fungsi-fungsi pembekuan darah melalui ultrsound untuk memeriksa perkembangan bayi anda dan ultrasound Doppler untuk mengukur kecekapan aliran darah ke plasenta

Bagaimana Preeclampsia dirawat

Rawatan bergantung kepada usia kandungan anda.Jika kandungan anda dekat dengan jangkaan tarikh bersalin (EDD) dan bayi anda cukup matang doktor anda mungkin melahirkan bayi nda secepat mungkin

Jika anda mempunyai preeclampsia yang ringan dan bayi anda tidak mencapai perkembangan yang matang lagi , doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda melakukan perkara-perkara berikut :-

  • Rehat , posisi tidur adalah betul seperti berbaring disebelah kiri membolehkan aliran darah yang optimum untuk saluran utama iaitu saluran vena cava
  • Kerap menjalankan pranatal check up
  • Kurang mengambil garam
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
  • Menukar diet anda dan mengambil makanan yang lebih protien
  • Jika anda mempunyai preeclampsia yang teruk, doktor anda mungkin cuba merawat anda dengan tekanan darah sehingga kandungan anda cukup matang untuk dilahirkan selamat selalu berehat diatas katil menukar diet dan mengambil supplemen tambahan


Bagaimana preeclampsia boleh menjejaskan ibu hamil?

Jika preeclampsia tidak dirawat dengan cepat dan betul , ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius bagi ibu seperti kegagalan fungsi hati atau buah pinggang , mempunyai risiko masalah jantung kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa

Eclampsia adalah preeclampsia yang serius yang tidak dirawat segera dimana ibu mula mendapat sawan
Sindrom HELLP (hemolisis , enzim hati tinggi , dan kiraan platlet yang rendah ) - Satu keadaan yang biasa berlaku pada lewat kehamilan yang menyebabkan sel darah merah pecah , darah beku dan menjejaskan fungsi hati bagi ibu hamil

Bagaimanakah Preeclampsia menjejaskan bayi anda?

Preeclampsia boleh menghalang plasenta mendapatkan darah yang cukup .Jika Plasenta tidak mendapat darah yang mencukupi , bayi anda mendapat kurang oksigen dan makanan.Ini boleh meneybabkan berat lahir bayi yang rendah

Kebanyakkan ibu hamil masih boleh melahirkan bayi yang sihat jika preeclampsia dikesan awal dan dirawat dengan segera

Bagaimana anda boleh mencegah preeclampsia :-

Tiada cara yang pasti untuk mencegah preeclampsia.Tetapi , terdapat beberapa cara boleh mengawal tekanan darah tinggi iaitu :-


  • Kurang pengambilan garam
  • Minum 6-8 gelas air sehari
  • Jangan banyak makan makanan goreng dan makanan ringan
  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Kerap bersenam seperti menjalani yoga kehamilan
  • Tinggikan kaki anda beberapa kali setiap hari
  • Elakkan minuman yang mengandungi alkohol
  • Elakkan minuman yang mengandungi kafein
  • Doktor anda mungkin mencadangkan anda mengambil ubat yang ditetapkan dan supplemen tambahan

0 comments:

Post a Comment