25 Feb 2014

Cara menjaga luka Episiotomi selepas kelahiran




Episiotomi adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi.Sejurus kepala bayi sampai ke mulut faraj.doktor akan mengebaska kawasan pembukaan faraj dan membuat potongan.Terdapat 2 jenis potong iaitu :-

Mediolateral _ bersudut dari faraj dan kedalam otot
Midline : kulit antara faraj dan dubur dipanggil perineum



Kedua-dua potongan ini membuat pembukaan faraj lebih besar.Selepas kelahiran bayi dan uri dikeluarkan,luka akan dijahit denga benang yang akan hancur sendiri dalam beberapa hari

Bilakah episiotomi diperlukan ?


  1. Tempoh kelahiran terlalu lama
  2. Kepala atau bahu bayi terlalu besar
  3. kandungan sulung
  4. Ibu tidak mampu ataupun letih untuk menolak ayi keluar
  5. Bayi berada dalam keadaan tekanan dan stress
  6. Bayi dalam kedudukan songsang
  7. Sebelum prosedur penggunaan forcep dan vakum


Antara kesan yang mungkin berlaku selepas episiotomi


  1. Jangkitan kuman
  2. Pendaraha
  3. Jahitan terbuka
  4. Sakit semasa hubungan seks
  5. Kesukaran untuk membuang air kencing
  6. Sakit semasa berjalan


Tips menjaga luka Episiotomi


  1. Pastikan luka episiotomi bersih dan kering untuk mengelakka jangkitan dan membatu dalam proses penyembuhan
  2. Sapukan ubat ataupun krim yang diberikan oleh doktor anda
  3. Ambilkan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan
  4. Gunaka ais pek dikawasan faraj untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan
  5. Tukarkan tuala wanita dengan kerap
  6. Minum air ataupun makan makanan yang mengandungi fiber tinggo untuk mengurangkan sembelit
  7. Jangan tangguhkan ke tandas untuk membuang air besar atau pun kening
  8. Jangan duduk terlalu lama atau duduk bersila
  9. Anda harus bayak melakukan pergerakann dirumah untuk meningkatkan sistam pengaliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan
  10. Pastikan anda duduk ditempat yang lembut
  11. Pakaikan seluar dalam yang bergentian kapas yang boleh mendedahkan faraj ke udara


0 comments:

Post a Comment