24 Feb 2014

3 peringkat ketika proses bersalin yang perlu anda tahu

Proses kelahiran bayi dibahagikan kepada 3 peringkat dimana peringkat pertama bermula dengan pembukaan servix dari 1cm - 10 cm.Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi.Peringkat ketiga ialah pengeluara uri dari rahim

Proses kelahiran bayi - Perigkat Pertama



Pada peringkat pertama proses kelahiran bayi ,pengecutan rahim semakin kuat dan pembukaa servik secara perlahan-lahan terjadi.Serviks anda mengalami banyak perubahan dimana ia akan menjadi lembut.Dengan pengecutan rahim sekali,ia memberi tekanan dari kepala bayi perlahan-lahan memaksa serviks menjadi nipis , memendek dan membuka.Peringkat ini merupakan prose kelahiran bayi yang paling lama dimana ia boleh bertahan selama beberapa jama atau dari 8-14 jam.Ia dibahagikan kepada dua fasa laten dan fasa aktif.

Fasa laten ialah apabila serviks memuka di antara 1-3cm dan selalunya mengambil masa yang lama iaitu kira-kira 9 jam secara purata.Masa berbeza untuk setiap ibu hamil.Kebanyakkan ibu hamil tidak merasa terlalu sakit pada fasa ini kerana komtraksi tidak begitu kuat da tidak cukup kerap lagi

Fasa aktif ialah apabila serviks membuka di antara 3-10 cm dan sellaunya mengambil di antara 2-4 jam.Masa berbeza untuk setiap ibu hamil.Ibu hamil mungkin memerlukan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dimana kotraksi sudah mencapai tahap kuat.Kontraksi mungkin terjadi setiap 4-5 min dan semakin lama untuk berhenti.Kadar pembukaan serviks selalunya lama untuk ibu kali pertama dan ia menjadi semakin cepat untuk kehamilan seterusya

Proses kelahiran bayi - Peringkat Kedua


Pada masa ini, serviks anda sudahpun terbuka sebanyak 10 cm dan kontraksi pu pada tahap maksima dimana anda aka merasa kesakitan yang ketara.Pengecutan berlaku setiap 2-3 minit selama antara 1 hingga 1.5 minit untuk memaksa bayi kebawah dan keluar.Apabila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis anda digalakkan memparaktis teknik pernafasan yang diajar di kelas antenatal untuk menolak ayi keluar dari faraj.Apabila kepala bayi muncul di mulut faraj ,doktor mungkin akan membuat luka kecil di kawasan antara faraj da rektum dikenali sebagai episiotomi  untuk mempercepatka proses kelahiran bayi .Perigkat kedua mengambil masa selama 15-50 minit.Tahniah ,bayi anda kini telah dilahirka kedunia ini.

Proses kelahiran bayi- Peringkat ketiga



Diperingkat akhir , uri akan dikeluarkan dari rahm dan dibuang.Darah beku membentuk segera di tapak pemisahan uri dengan rahim untuk menghalang pendarahan berlebihan.Proses ini mengambil masa selama 5-10 minit .Uri juga dipisahkan dari bayi dengan menguntingkan tali pusat.

Anda mungkin minat membaca tentang tanda-tanda bersalin cara bersalin seperti kelahiran bayi melalui faraj,ceaserean , bersalin dalam air , penggunaan epidural ,tips menjaga luka episiotomi dan jenis kaedah bantuan bersalin seperti induce,penggunaan vakum atau forcep.Anda mungki berminat juga menyimpan sel stem darah  tali pusat untuk bayi anda

1 comment: