12 Feb 2014

Chicken Pox ketika hamil , apakah itu Chicken Pox dan kesannya pada Ibu Hamil dan kandungannya

Salam,

Pernah dengar tak pasal Chicken Pox ataupun cacar air.Pasti ramai yang dah pernah dengar tentang penyakit Chicken Pox ni kan.
Kali ini ida nak cerita tentag Chicken Pox semasa hamil.Adakah ia berbahaya,apakah kesannya pada ibu mahupun bayi dalam kandungan , cara nak merawatnya serta banyak lagi yang ingin ida kongsikan.
Jadi teruskan membaca coretan ida sehingga ke penghujung ok

Apakah Chicken Pox?





Chicken Pox juga dikenali sebagai cacar air adalah sejenis jangkitan virus juga dipanggil varicella.Ia muncul sebagai bintik kecil jerawat atau ruam kemerahan. Demam dan sakit badan biasanya berlaku sebelum ruam muncul. Dalam kebanyakkan kes , Chicken Pox biasanya dijangkiti semasa zaman kaak-kanak , walaupun terdapat beberapa keadaan di mana orang dewasa yang kurang imun akan dijangkiti semula. Kira - kira 95 % wanita yang menjangkau dewasa dan melahirkan anak adalah imun terhadap Chicken Pox

Siapakah paling berisiko untuk dijangkiti Chicken Pox semasa mengandung ?


  1. Jika anda telah dijangkiti dengan Chicken Pox sekali sebelum ini , peluang untuk dijangkiti sekali lagi adalah paling rendah
  2. Jika anda belum dijangkiti Chicken Pox dan anda hamil , anda mugkin berisiko dijangkiti virus.Oleh itu , anda harus menjauhi diri daripada sesiapa sahaja yang dijangkiti Chicken Pox semasa mengandung
  3. Jika anda tidak pasti anda telah pernah dijangkiti Chicken Pox , doktor anda boleh memberi anda ujian darah untuk menentukan sama ada ada mempunyai antibodi Chicken Pox . Jika ujian menunjukkan bahawa anda mmepunyai antibodi , maka anda adalah imun terhadap Chicken Pox


Bagaimana bayi anda akan terjejas jika anda dijangkiti Chicken Pox?

 Sama ada ayi anda akan dijangkiti atau kesan terhadap kandungan anda bergantung kepada usia trimester anda .


  1. Jika Chicken Pox berlaku dalam trimester pertama, risiko kecacatan kelahiran adalah 0.5 - 1 %
  2. Jika Chicken Pox berlaku dalam minggu ke - 13 dan ke 20 , risiko kecacatan kelahiran adalah 2%
  3. Jika Chicken Pox berlaku dalam masa kurang dari 6 hari sebelum bersalin atau 1-2 selepas bersalin , 20 - 25% bayi anda akan dijangkiti Chicken Pox yag dikenali sebagai Kongenital Varicella
  4. Jika Chicken Pox berlaku dalam tempoh 6-12 hari sebelum bersalin, terdapat peluang bahawa bayi anda masih boleh mendapat Chicken Pox.Dalam kes ini , bayi anda mungkin menerima beberapa suntikan antibodi Chicken Pox supaya Konginental Varicella menjadi kurang serius


Kecacatan kelahiran mugkin berlaku adalah seperti parut ,masalah mata , pertumbuhan yang lemah , saiz kepala  kecil  , perkembangan bayi yang lambat atau terencat akal

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi bayi anda dari jagkita Chicken Pox?


  1. Jika anda mempunyai Chicken Pox sebelum ini , maka tidak ada apa yang anda perlu lakukan utuk melindungi bayi anda dari jangkitan Chicken Pox semasa mengandung.Badan anda mempunyai antibodi yang melindungi anda daripada dijangkiti Chicken Pox, Oleh itu bayi anda akan dilindugi
  2. Jika anda tidak dijangkiti Chicken Pox sebelum ini , anda mungkin menerima suntikan Zoster Globulin Imun (ZIG) iaitu suntikan immunoglobulin semasa anda mengandung dan bersentuhan dengan seseorang yag mempunyai Chicken Pox.ZIG mesti diberikan dalam 4 hari pendedahan pertama.Ini haya akan diberikan jika anda tidak mempunyai antibodi terhadap Chicken Pox
  3. Jika anda tidak hamil lagi,anda boleh mendapatkan vaksin Chicken Pox jika anda tidak mempunyai antibodi Chicken Pox.Anda perlu meunggu selama 3 bula sebelum anda cua untuk hamil


Bolehkan seseorang dijangkiti Chicken Pox dua kali ?

Iainya jarang berlaku bahawa seseorang akan dijangkiti Chicken Pox sebayak dua kali , tetapi kepada mereka yang mempunyai masalah imun adalah berisiko tiggi untuk dijangkiti lagi.Terdapat juga kes-kes dimana mereka berfikir mereka pernah dijangkiti Chicken Pox sebelum ini,sedangkan ia adalah ruam biasa sahaja

Credit

Entri seterusnya nanti ida akan bercerita pula bagaimana Shaklee dapat membantu masalah Chicken Pox pada Ibu Hamil.
nantikan entry tersebut ye

0 comments:

Post a Comment