6 Feb 2014

Simptom atau tanda-tanda awal kehamilan

Ada segelintir kaum hawa yang tidak mengetahui apabila mereka adalah sedang hamil.Ini kerana setiap wanita mengalami simptom atau tanda-tanda yang berbeza.Ada yang tidak mengalami apa-apa simptom mahupun tanda-tanda awal kehamilan.

Ini ida senaraikan antara simptom atau tanda-tanda awal kehamilan yang biasa dialami oleh seseorang wanita yang sedang hamil


Antara simptom dan tanda-tanda awal kehamilan termasuklah:-

Kelewatan haid 





Kelewatan haid merupakan salah satu tanda awal kehamilan yang paling umum.Jika kitar haid anda teratur ,haid yang lambat lebih dari seminggu mungkin salah satu tanda awal kehamilan.Oleh itu ,anda harus melakukan ujian air kencing kehamilan.Jika kitar haid anda tidak teratur,kemungkinan besar haid anda lewat akibat tekanan stress,cara pemakanan ataupun keletihan.

Loya dan muntah


Loya dan muntah juga dikenali sebagai morning sickness dimana ia boleh berlaku pada bila-bila masa.Gejala ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam darah terutama hormon hCG boleh meyebabkan rasa mual.Keloyaan biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan dan mula berhenti apabila anda masuk trimester kedua kehamilan.Anda 

Sakit dan tegang buah dada

Salah satu tanda awal kehamilan ialah perubahan fizikal ialah perubahan pada payudara anda.Anda boleh berasa sakit dan tegang pada payudara yang semakin membesar dan berat.Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesteron.Payudara anda akan menjadi sensitif dan akan berasa sakit dan tegang apabila payudara dipegang

Berasa letih dan mengantuk

Berasa letih dan mengantuk untuk ibu hamil disebabkan oleh perubahan hormon.Ia juga akibat dari kerja beberapa organ penting seperti buah pinggang,jantung dan paru-paru yang semakin bertambah untuk ibu dan perkembangan bayi yang pesar dalam awal kandungan

Sakit Belakang

Peningkatan hormon progesterone dalam tubuh badan ibu hamiil dan jangkitan saluran kencing selama kehamilan boleh meyebabkan sakit belaknag dikalangan ibu hamil

Sakit kepala yang kerap dan muram

Gangguan sakit kepala yang sering berlaku dikalangan ibu hamil disebabkan oleh rasa lelah,loya muntah lapat dan tekanan darah rendah.
Perubahan hormon ditubuh badan ibu hamil menyebabkan emosi ibu terganggu dan berasa muram

Rasa kelaparan yang berpanjangan 

Sesetengah ibu hamil rasa mual apabila mencium bau makanan tertentu.Akan tetapi, sesetengah ibu hamil sangat ingin makan makanan khusus tertentu dan berasa kelaparana yang berpanjangan.Ini disebabkan perubahan hormon dalam tubuh ibu hamil

Perubahan warna pada sekeliling payudara

Puting susu anda akan semakin membesar dan warna pada sekeliling payudara akan semakin gelap.Kadang-kadang ia juga terasa gatal.Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesteron


Kekerapan kencing


Perubahan hormon dalam darah menyebabkan sitem sirkulasi pendarahan dalam tubuh meningkat untuk perkembangan bayi yang pesat dalam kandungan.Oleh itu,buah pinggang anda bekerja lebih kerasa dan menghasilkan air kencing yang lebih banyak.

Ujian air kencing yang positif

Akhirnya,anda boleh menggunakan alat ujian kencing kehamilan (UPT) untuk mengesan kehamilan.Jika ia menunjukkan positif,jangan anda berasa gembira dahulu sebelum anda berjumpa doktor anda untuk menjalani ultrasound scan.Ini adalah memastikan kehamilan bukan kehamilan luar rahim ataupun kehamilann molar (anggur)

1 comment:

  1. noe dulu masa 1st pregnant...tanda cuma lewat datang haid jer...simptom2 lain x ada...siap sibuk main netball lg

    ReplyDelete