14 Feb 2014

Melancong ketika hamil adakah ia berisiko......

Salam Di petang Jumaat,

Melancong adalah satu aktiviti yang disukai oleh semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita.
Bagi sesetengah orang melancong boleh menghilangkan tekanan.
Tetapi bagi ibu hamil adakah selamat bagi mereka untuk pergi melancong ketika hamil.
Jom baca perkongsian info yang ida coretkan ini



Kebanyakkan syarikat penerbangan akan melarang ibu hamil daripada menaiki kapal terbang selepas minggu ke-34 ke atas kehamilan. Ini adalah kerana anda lebih cenderung untuk bersalin dalam masa ini . Anda tidak digalakkan untuk melancong ketika hamil terutamnya pada trimester pertama kerana terdapat risiko keguguran yang tinggi dan berulang.Oleh itu , masa yang terbaik untuk melancong ketika hamil ialah pada trimester kedua (tempoh honey moon ) dimana kandungan dalam tempoh ini adalah lebig stabil.Jarak yang pendek melalui perjalanan udara tidak harus menjadi masalah tetapi anda tidak digalakkan untuk mengambil perjalanan udara tidak harus menjadi masalh tetapi anda tidak digalakkan untuk mengambil perjalanan yang jauh yang melebihi 3 jam.Walaubagaimanapun,anda harus mengambil nasihat daripada doktor anda sebelum anda meneruskan perjalanan anda.

Salah satu panduan dari syarikat penerbangan Air Asia

Soalan

Saya hamil.Bolehkan saya terbang?

Jawapan

Ya,asalkan mematuhi polisi pengangkutan untuk penumpang hamil.


  1. Kehamilan sehingga 27 minggu ( termasuk) penumpang itu akan diterima tanpa surat akuan doktor dengan syarat dia menandatangani penyata liabiliti terhad
  2. Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu ( termasuk) : penumpang itu akan diterima tanpa surat akuan doktor dengan syarat dia menandatangani penyata liabiliti terhad
  3. Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk): penumpang hendaklah mengemukakkan surat akua doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi 30 hari dari sama ada tarikh perlepasan penerbangan keluar atau penerbangan masuk ke dalam negara yang dijadualkan (mengikut mana yang berkenaan ).Kami amat menyarankan agar surat akuan doktor itu mengandungi penyataan bahawa penumpang tersebut sihat untuk membuat perjalanan.Penumpang itu juga pelu menandatangi Penyata Liabiliti Terhad
  4. Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu : permintaan untuk membawa penumpang tersebut akan ditolak
  5. Walaubagaimanapun , untuk mengelakkan sebarang kesulitan,kami amat menyarankan agar anda mendapatkan surat akuan doktor.Kandungan surat tersebut hendaklah mematuhi perenggan (b) di atas.Anda harus membawa segala rekod perubatan & kesihatan dokumen semasa melancong ketika hamil.


Apakah risiko semasa dalam perjalanan melancong ketika hamil?

Risiko utama terutamanya semasa dalam perjalanan yang jauh ialah masalah kaki bengkak (deep vein thrombosis , DVT) dimana darah mula membeku diurat kaki.Ia boleh menyebabkan kesan yang serius kepada kesihatan anda dan anda memerlukan rawatan dengan segera.Risiko untuk mendapat DVT juga meningkat untul sesetengah ibu hamil tetapi risiko DVT biasanya akan meningkat dalam perjalanan jarak jauh.Ini disebabkan oleh perut anda yang semakin membesar memberi tekanan kepada pengaliran darah dari nahagian badan ke atas.Ini sering berlaku jika anda duduk terlalu lama di dalam kenderaan ataupun kapal terbang.Cecair tambahan ini akan banyak mengumpul dibahagian kaki anda dan meyebabkan kaki bengkak.Anda boleh membaca artikel tentang cara mengatasi kaki bengkak.

Apakah cara yang betul semasa memakai tali pinggang tempat duduk?


Apabila dalam perjalanan dengan kereta ,ibu hamil masih perlu mematuhi undang-undang untuk memakai tali pinggang tempat duduk.Cara yang betul untuk memakai tali pinggang ialah tali pinggang harus terletak di antara patudara dan pusingan tali pinggang diletakkan di dawan benjolan bayi dan seluruh peha

Adakah vaksin untuk melancong ketika hamil selamat ?

Kebanyakkan pakar akan memberi nasihat bahawa pemvaksinan untuk melancong ketika hamil harus dielakkan ,Ini disebabkan oleh kebanyakkan ubat vaksin masih belum dibuat kajian sama ada selamat untuk kandungan kehamilna

Secara amnya,vaksin virus hidup dipercayai secara teori akan memberi risiko kepada perkembangan bayi dalam kandungan.Vaksin virus hidup termasuklah campak,beguk dan dan rubela (MMR) vaksin.Vaksin untuk demam kuning dan polio lisan boleh digunakan jika terdapat risiko jangkitan tetapi perlu ditangguhkan sehingga selepas trimester pertama.

Vaksin bakteria hidup,termasuk vaksin demam kepialu lisan tidak dinilai dalam kehamilan lagi.Oleh itu penggunaan keselamatan vaksin ini tidak diketahui.Tetanus diphteheria boosters (ATT) adalah selamat dan digalakkan diberi kepada ibu hamil.Imunoglobulin juga boleh diambil dengan selamat semasa hamil untuk mencegah jangkitan Hepatitis B

Jemput klik dibawah untuk baca Testimoni Set Hamil Shaklee mahupun info mengenai kehamilan




Nak dapatkan Set Hamil Shaklee pada harga yang super duper Best boleh hubungi ida ye


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment