Menjadi satu tanggungjawab yang besar buat pasangan suami isteri yang sudah bergelar ibu bapa.Tugas untuk mendidik dan membimbing anak menjadi anak yang soleh,mendengar kata,cerdik dan sebagainya adalah satu tugas yang tidak boleh diambil ringan oleh setiap ibu bapa.Ini kerana anak-anak ini ibarat kain putih yang mana kita sebagai ibu bapa yang akan mencorak mereka.Cara didikan dan bimbangan kita lah yang akan mencerminkan anak-anak ini bila dewasa kelak.
Fuhhh panjang nya intro ida ye.Jangan bosan ye semua pembaca setia blog ida.Hari ini ida nak kongsikan 25 ADAB yang perlu dititikberatkan kepada anak kita sedari kecil lagi.Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat buat kita yang bergelar ibu bapa ini.Kerana mendidik anak di zaman millenium ini adalah satu cabaran yang besar bagi semua ibu bapa sekarang.
ADAB 1
- Apabila ingin meminta pertolongan,dahulukannya dengan perkataan "TOLONG".
ADAB 2
- Apabila menerima sesuatu,jangan lupa mengucapkan "TERIMA KASIH".
ADAB 3
- Jangan menyampuk dalam perbualan orang lain kecuali apabila benar-benar perlu.Ajar si manja agar memberi respons sejurus anda selesai bercakap mengenai sesuatu perkara.
ADAB 4
- Sekiranya si manja memerlukan perhatian anda secara serta merta,latih si manja untuk mengucapkan "MAAFKAN SAYA...".Ucapan maaf ini adalah sebaik-baik interaksi penuh adab yang boleh dipraktikkan khususnya bila si manja ingin mencelah di dalam sesuatu perbualan.
ADAB 5
- Latih si manja untuk bertanya.lebih-lebih lagi jika wujud perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.
ADAB 6
- Orang lain tidak berminat untuk mengetahui perkarayan kita tidak gemari.Jadi latih dirinya untuk berkongsi sesuatu 'pandangan negatif' yang ada dalam dirinya hanya dengan individu terdekat sahaja.
ADAB 7
- Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain.Kecualilah komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada individu tersebut.
ADAB 8
- Apabila oran lain bertanya khabar anda,jawab dan susuli dengan pertanyaan tentang khabarnya pula.
ADAB 9
- Bila berkunjung ke rumah orang lain,jangan lokek dengan ucapan terima kasih berulang kali sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah yang meraikan kehadiran tetamunya.
ADAB 10
- Ketuk pintu yang tertutup.Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.
ADAB 11
- Apabila membuat panggilan telefon,jangan lupa memperkenalkan diri terlebih dahulu.Kemudian barulah bercakap dengan orang yang ingin dihubungi.
ADAB 12
- Menghargai dan ucap "TERIMA KASIH" apabila menerima sebarang pemberian.
ADAB 13
- Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan.Setiap perkataan mudah diresapi dalam minda kanak-kanak.
ADAB 14
- Jangan panggil orang lain dengan penggilan yang tidak baik
ADAB 15
- Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebab.
ADAB 16
- Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak.Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti yang positif seperti gotong royongatau mendengar ceramah.Tingkah laku ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil ini.
ADAB 17
- Jika terjumpa atau berselisih dengan seseorang yan dikenali ucapkan 'Assalammualaikum' atau 'Hai'.
ADAB 18
- Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin.Jangan sesekali mengorek hidung di hadapan khalayak ramai.
ADAB 19
- Apabila membuka dan ingin melalui sesebuah pintu,pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada dibelakang anda.Secara tidak langsung,anda menunjukkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.
ADAB 20
- Apabila melihat ahli keluarga,jiran atau individu yang dikenali sedang melakukan sesuatu kerja ,ringankan mulut untuk bertanya "Ada apa-apa yang boleh saya tolong"?Jika mereka jawab "YA" bantulah mereka.Si manja akan pelajari sesuatu yang baharu.
ADAB 21
- Apabila seseorang meminta bantuan,hulurkanlah pertolongan kepadanya tanpa membebel atau merungut.
ADAB 22
- Apabila seseorang menghulurkan bantuan,jangan lupa ucapkan "TERIMA KASIH".Tegaskan kepada si manja bahawa ucapan terima kasih itu boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa-masa akan datang.
ADAB 23
- Gunakan perkakas makanan dengan betul.Terangkan kepada anak anda satu persatu tentang perkakas makanan yang kerap digunakannya supaya si manja dapat membiasakan diri apabila berada diluar rumah.
ADAB 24
- Sentiasa bawa tisu atau sapu tangan bersama.Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin,mengelap tangan dan menyapu sebarang kekotoran yang ada bila perlu.
ADAB 25
- Jangan biasakan diri mencapai sesuatu barang di atas meja.Sebaiknya bertanya dan minta bantuan untuk barang itu dihulurkan kepada anda
Itu antara 25 adab yang boleh kita sebagai ibu bapa terapkan kepada anak kita sedari kecil supaya ia akan sentiasa menjadi amalan mereka sehingga mereka dewasa.Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat ini berguna buat kita semua yang bergelar ibu bapa.
Bagi ibu bapa yang ingin dapatkan supplemen Shaklee buat simanja anda boleh hubungu ida.
Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanamani@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment