11 Jan 2015

Teknik Dan Cara Meneran Ketika Bersalin.

Salam bersiaran semua,

Pengalaman melahirkan Nur Muhammad Elman Hafiy secara normal tetap membuatkan aku rasa gabra dan takut untuk bersalin kali ke 2 ni hikhikhikhik.Yela masa lahirkan Elman dulu ida tak tahu macam mana nak gambarkan sebab masa Elman dulu ida overdue 2 hari.Jadi masa keluar tanda 'Bloody Show' terus pergi Hospital Kuala Pilah tapi tak sakit lagi masa tu.Kontaksi tak ada lagi.Pergi hospital pastu doktor periksa baru buka 1cm.Pastu terus admit wad jela nak balik rumah balik macam jauh kan.Tapi rupanya lama nak tunggu buka 10cm.Pukul 3 pagi bukaan baru 2cm huhuhuhu.Semua family dah berkampung kat hospital.

Yang ida ingat kontraksi yang betul-betul rasa masa tu dah pukul 6 pagi kot memang rasa nak beranak sangat tapi tanya nurse belum lagi sebab ida bayi pertama lambat lagi nak bersalin tu.Wah sedihnya masa tu.Sakit tak dapat digambarkan.Pastu pukul 7 masa en.suami masuk melawat memang dah sakit sangat betul-betul nak bersalin masa tu.Dah tak larat bangun dari katil.Dah rasa katil banjir air ketuban dah keluar masa tu rasanya tapi kene tunggu doktor pakar periksa dulu.Masa masuk bilik doktor pakar ida dapat dengar doktor cakap ida dah nak bersalin sangat 'Baby dah ada kat pintu rahim dan nampak rambut" siap nurse kene marah lagi kenapa tak periksa.Ida dah tak peduli daku sakit sangat masa tu.Nak teran je tapi tak leh kene masuk Labour Room dulu.

Eh panjang lak ida berceloteh ek hehehehe.Kali ini ida nak kongsikan sedikit info tentang Teknik Meneran yang Betul bila betul-betul nak bersalin.Semoga info ini bermanfaat kepada ida dan semua pembaca diluar sana ye.





WAKTU MULA MENERAN

  • Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul.Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.


POSISI MENERAN YANG TEPAT

  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah peha.Meneran jua dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan.


CARA MENERAN

  • Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya.Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil).Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda sendiri.
  • Bagaimanapun ,ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran.Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna.Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukaraan proses bersalin selanjutnya.
  • Disamping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran "dileher' dan bukannnya di perut.Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.


TEKNIK DAN CARA MENERAN SEMASA BERSALIN


  1. Angkat kepala dan dagu cecah dada
  2. Mata pandang perut
  3. Tangan pegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali
  4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar dibahagian vagina
  5. Masa teran jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
  6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda.Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas.Kemudian sambung teran,tiap kontraksi cuba 3 kali.Masa kontraksi baru push sebab masa itu bayi pun gerak sama jika tiada kontraksi relaks dahulu.
  7. Baca Bismillah dan Selawat


TIPS TAMBAHAN:-


  • Kongsi tips ini dengan suami supaya dapat mengingatkan anda.Mungkin masa itu anda akan terlupa keran sibuk tahan sakit.jadi jika suami ada boleh memberi sedikit panduan.


Itu antara tips yang dapat ida kongsikan kepada semua pembaca.Semoga ia bermanfaat kepada semua ye.

0 comments:

Post a Comment