Pengalaman melahirkan mujahid kecil yang dikandung selama 9 bulan 10 hari adalah satu pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata.Hanya si ibu yang merasainya dan setiap ibu hamil mengalami pengalaman yang berbeza.
Setiap ibu hamil juga mengimpikan untuk melahirkan mujahid kecil mereka secara normal.Jadi hari ini ida nak kongsikan PETUA MUDAH BERSALIN secara normal.In Sha Allah jika diamalkan akan dipermudahkan melahirkan mujahid kecil anda secara normal.
1. MENIMBA PENGETAHUAN
- Kajian dan tinjauan harus dibuat semasa hamil.Rajin-rajinkan mulut bertanya pengalaman bersalin orang sekeliling sama ada kawan sepejabat, saudara mara mahupun jiran tertangga.Mereka pasti teruja menceritakan pengalaman masing-masing di samping memberi nasihat yang berguna kepada anda kelak.Ibu hamil juga perlu meluaskan pengetahuan melalui pembacaan.Belilah buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin sebagai langkah awal untuk mendapat sedikit gambaran teatang perjalanan seorang ibu hamil hingga melahirkan bayi.Ikutilah juga kelas antenatal yang dianjurkan di mana-mana pusat kesihatan.
2. PERSEDIAAN MENTAL DAN ROHANI
- Ibu perlu yakin terhadap kemampuan diri sendiri.Jadilah seorang yang berfikiran positif.Fikirkan bahawa jika wanita lain boleh melakukannya mengapa anda tidak?Apabila anda yakin secara tidak langsung akan menaikkan semangat anda.Bersabar dan bertawakal merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang.Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum,semasa dan selepas bersalin.
3. PERSEDIAAN FIZIKAL
- Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan.Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan membantu melancarkan proses bersalin.Hindari aktiviti yang boleh memudaratkan dan mendapat jangkitan.Elakkan daripada mendapat selsema dan batuk.Sekiranya terjangkit,segeralah mencari penawar agar sisitem dalam badan tidak terganggu terlalu lama.Sentiasalah bersenam dan mengambil diet yang seimbang supaya badan cergas.
4. MENENANGKAN DIRI
- Walaupun sakit,ibu harus berusaha untuk bertenang.Ungkapkanlah zikir dan selawat sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang ditanggung.Ketika ini,sokongan moral daripada suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran.MIntalah ampun daripada suami dan kedua orang tua sebelum bersalin.Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa ingin bersalin.Kebiasaannya kakitangan hospital akan membantu ibu-ibu semasa proses bersalin berjalan.
5. ALAS PERUT
- Melahirkan anak bakal memerlukan tenaga yang banyak.Kekurangan tenaga akan menyukarkan atau melambatkan proses bersalin.Alaslah perut anda sebelum dibawa ke bilik bersalin.Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera kerana menahan sakit.Jangan biarkan perut kosong.Sekurang-kurangnya makan sebuku roti aau beberapa keping biskut sebagai alas perut.
6. MINYAK KELAPA DARA
- Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (Virgin Coconut Oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin.Ia juga merupakan antiviral yang boleh melawan jangkitan.Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul.Ada juga yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara dibahagian perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin.Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.
7. TELUR AYAM KAMPUNG
- Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga.Menurut petua orang lama,pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran.Ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air milo.Kacau kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital setelah tanda-tanda hendak bersalin kelihatan.In Sha Allah iainya akan membantu dalam proses bersalin anda.Telur ayam kampung juga boleh diambil sepanjang kehamilan dalam bentuk separuh masak.
8. BENDI
- Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium.Sayur yang berlendir ini bukan sahaja dapat membantu dalam proses bersalin malahan ia juga turut menjadi penawar kepada sembelit,diabetis dan jaundis.Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam,ditumis dimasak bersama ikan dan sebagainya.Ibu hamil yang mempunyai masalah buasir juga boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.
9. KURMA DAN AIR ZAM ZAM
- Makanan dan minuman dari tanah arab ini sering disebut-sebut sebagai makanan tambahan ataupun penawar kepada penyakit.Kurma adalah sejenis buah yang bakal memberikan tenaga segera.Ia pantas diproses dan diserap.Selain mengandungi karbohidrat,kurma juga terdiri daripada serat dan pottasium.
- Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung kerana dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran daraj semasa bersalin.Makanlah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin.Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.
Itu antara tips dan petua yang boleh ida kongsikan.Ida doakan semua ibu hamil akan dipermudahkan proses bersalin nanti dan doakan juga selamat melahirkan mujahid kecil ida tak lama lagi ni ye.
Berminat untuk dapatkan supplemen Shaklee boleh hubungi ida:-
Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanamani@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment