Semakin dekat hari untuk melahirkan zuriat yang dikandung semakin menebal perasaan takut dan gementar itu.Itu bagi ida adlaah perasaan normal bagi semua ibu-ibu hamil tidak terkecuali ida biarpun ini adalah pengalaman kedua ida mengandung.
Bagi semua-semua ibu-ibu hamil jom kita semak serba sedikit tanda-tanda hendak bersalin yang biasa dialami oleh ibu hamil.Tetapi setiap ibu hamil mengalami tanda yang berbeza.Semoga perkongsian info ini memberi sedikit persediaan kepada semua ibu hamil di luar sana ye.
1. ENGAGES
- Engages merupakan salah satu tanda nak bersalin tidak lama lagi.Anda mungkin perasan bayi anda telah dipindahkan ke bawah lebih rendah didalam abdomen anda.Untuk ibu kali pertama,bayi mereka mula engages dalam tempoh 2-4 minggu sebelum EDD anda.Untuk ibu kali kedua dan keatas,mereka sering mendapati bayi mereka tidak engaged sehingga kelahiran bermula.Ini disebabkan oleh otot pelvis telah pun diregang.Anda mungkin berasa "kosong"dibahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.
2. KERAP MEMBUANG AIR KENCING
- Perut anda yang semakin membesar,berat dan kepala bayi terletak di bawah tengah tulang pelvis anda dimana berdekatan dengan pundi kencing anda.Oleh itu,anda kerap membuang air kencing disebabkan oleh kepala bayi menekan pundi kencing anda merupakan salah satu tanda nak bersalin yang sering berlaku.
3. SAKIT BELAKNG BAHAGIAN BAWAH
- Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah,anda rasa sakit dibelakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregangkan lebih.
4. KONTRAKSI BRAXTON HICKS
- Anda mungkin berasa kontraksi ini semakin kerap dan semakin sakit seperti cramp semasa datang haid.Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar.Kontraksi ini membantu menipis,memendek dan membuka serviks anda.Ia akan berlangsung untuk 1 atau 2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula.Anda mungkin mendapati kontraksi ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi kedudukan atau mula berjalan.
5. CIRIT BIRIT
- Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar.Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi.Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda berasa loya.Ini juga merupakan salah satu tanda nak bersalin.
6. KEPUTIHAN
- Anda mungkin perasan telur yang lebih putih,lelehan lendir yang dikeluarkan oleh faraj.
7. LENDIR PEKAT DAN PENDARAHAN (BLOODY SHOW)
- Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton Hicks boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal.Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi.Pluk mukus berlendir pekat dan bercampur darah.Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.
8. AIR KETUBAN PECAH
- Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran.Anda harus menghubungi doktor anda segera apabila air ketuban anda pecah.Kebanyakkan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi yang mungkin.
Itu antara 8 tanda-tanda hendak bersalin yang boleh menjadi panduan kepada semua ibu hamil diluar sana ye.Semoga ia bermanfaat kepada semua.Bagi yang berminat ingin dapatkan supplemen Shaklee bagi BERPANTANG mahupun PENYUSUAN boleh hubungi ida ye.
Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanamani@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment