24 Jan 2014

IUI ataupun Intrauterine Inseminasi antara kaedah untuk hamil




Apakah itu IUI ?

Intrauterine inseminasi ialah proses membantu meningkatkan peluang kehamilan dimana melibatkan prosedur makmal untuk mengasingkan  sperma yang aktif dari sperma yang kurnag aktif.
Sperma yang bergerak pantas akan dimasukkan terus ke dalam rahim isteri apabila berdekatan dengan tempoh ovulasi dimana telur akan dibebaskan tidak lama lagi
Peluang persenyawaan boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini

Bagaimana IUI dibuat?

Untuk Wanita 

Langkah 1 :-

Tidak menggunakan ubat kesuburan

  1. IUI dilakukan diantara hari ke 12 dan hari ke 16 kitaran haid anda dimana hari pertama merupakan hari pertama haid akan datang
  2. Anda akan diberi ujian darah atau air kencing untuk mengenalpasti ovulasi anda
  3. Kebanyakkan doktor akan menyediakan ovulasi kit peramal untuk mengesan lonjakkan hormon LH dimana ovulasi akan berlaku tidak lama lagi

Atau

Penggunaan ubat kesuburan


  1. Jika anda menggunakan ubat kesuburan untuk merangsang ovulasi kematangan telur anda akan ditinjau mellaui ultrasound melalui faraj
  2. Anda akan diberikan suntikan hormon untuk merangsang perembesan ubat kesuburan
Langkah 2:-

  1. Sperma akan dimasukkan 12-48 jam kemudian selepas ovulasi ditentukan ataupun selepas penggunaan ubat kesuburan.Ada juga doktor yang memilih membuat 2 kali IUI dalam satu kitaran haid dimana proses kedua akan dilakukan sekurang-kurangnya 12 jam selepas proses pertama
  2. Doktor akan memasukkan spekulum (alat membuka dinding vagina) ke dalam faraj anda.Katerer kecil (tiub yang lembut dan fleksibel) kemudian diulir ke dalam rahim anda melalui serviks anda.Sperma kualiti yang terbaik yang telah dipilih akan dimasukkan mellaui tiub.Sesetengah wanita akan rasa ketidakselesaan sepanjang proses ini



Langkah 3:-

  1. Anda diminta berehat pada masa yang singkat sebelum pulang ke rumah


Untuk Lelaki

Langkah 1:-

  1. Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma atau air mani pada ahri rawatan tersebut.
  2. Sperma yang dihasilkan harus untuk pemilihan tidak lebih daripada 30 minit


Langkah 2:-

  1. Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair disekelilingnya
  2. Sperma yang aktif dan kurang aktif akan dipisahkan
  3. Proses pencucian dan pemilihan sperma mengambil masa lebih kurang 1-2 jam
  4. Sebaik sahaja sperma dipilih ,IUI akak dilakukan


Langkah 3:-

  1. Sperma yang aktif dan berkualiti baik akan diletakkan didalam kathetar kecil (tiub kecil) yang akan dimasukkan ke dalam rahim




Adakah jumlah sperma penting untuk IUI?


  1. Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI
  2. Secara umumnya 20 juta ke atas adalah ideal untuk IUI
  3. Sekiranya jumlah sperma lebih rendah,peluang untuk kehamilan juga rendah


Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?


  1. IUI tanpa penggunaan ubat kesuburan , kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%
  2. IUI dengan penggunaan ubat kesuburan ,kadar kejayaan boleh mencapai 30%
  3. Jumlah sperma yang rendah dan kurang berkualiti kadar kejayaan lebih rendah
  4. 2 kali IUI dalam satu kitaran akan meninggikan kadar kejayaan 
  5. Kadar kejayaan untuk kali pertama percubaan diantara 15-20%


Jika anda masih gagal mengandung selepas beberapa kali percubaan IUI doktor anda mungkin dicadangkan melakukan IVF

0 comments:

Post a Comment