21 Jan 2014

Masalah kurang sperma adalah salah satu punca ketidaksuburan lelaki

Tahukah anda salah satu punca masalah ketidaksuburan lelaki adalah kekurangan sperma.
Nak tahu apa itu kekurangan sperma
Boleh baca info di bawah ye
Jom tambah ilmu lagi







Kurang sperma punca masalah ketidaksuburan untuk lelaki?

Kurang sperma juga dikenali sebagai oligospermia adalah salah satu masalah ketidaksuburan untuk lelaki dimana cecair air mani suami ejakulasi mengandungi jumlah sperma yang kurang daripada biasa.Ia akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan.Jumlah sperma dianggap rendah daripada biasa jika suami mempunyai kurang daripada 20 juta sperma setiap mililiter air mani.Walaubagaimanapun, ramai lelaki yang mempunyai masalah sperma masih berjaya menjadi ayah.

Apakah Punca masalah kurang sperma?


  1. Lewat usia iaitu umur melebihi 35 atau lebih tua
  2. Kegunaan alkohol rokok dan dadah
  3. Terdapat unsur genetik yang tidak normal
  4. Berat badan yang berlebihan atau kekurangan berat badan
  5. Mempunyai jangkitan kuman menyebabkan salur testis tersumbat
  6. Terdedah kepada bahan toksin dan radiasi yang berlebihan
  7. Ketidakseimbangan hormon
  8. Memakai seluar terlalu ketat
  9. Mempunyai vasektomi sebelum itu
  10. Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah ketidaksuburan
  11. Mempunyai penaykit termasuk pertumbuhan tumor dan penyakit kronik
  12. Sedang menjalani rawatan perubatan seperti pembedahan atau radiasi untuk kanser
  13. Mengambil ubat-ubatan tertentu
  14. Berbasikal bagi tempoh yang lama terutama dikerusi yang keras


Apakah ujian yang mungkin dilakukan untuk menentu suami mempunyai masalah kurang sperma

Ujian-ujian yang mungkin dilakukan termasuk

1.Ujian analisa air mani
Air mani dikumpulkan dan jumlah sperma ditentukan dengan memeriksa air mani di bawah mikroskop untuk mengukur jumlah sperma,pergerakkan,entuk dan kehadiran klumping secara kasar.
Dalam kebanyakkan kes, beberapa ujian analisa air mani dilakukan dalam tempoh masa yang pendek untuk emastikan keputusan yang  tepat

2.Ujian darah untuk mengesan tanda jangkitan dan masalah hormon
Hormon lelaki memainkan peranan penting dalam perkembangan seksual dan pengeluaran sperma.Doktor mungkin mengesyorkan ujian darah untuk menentukan paras testeron dan hormon lelaki lain yang mempengaruhi jumlah sperma

3.Kultur cecair dari penis untuk melihat sebarang jangkitan yang berkemungkinan
Sampel cecair diambil dari penis dan dianalisa dalam makmal untuk memeriksa sebarang jangkitan dan berkemungkinan

Apakah rawatan yang boleh dijalankan jika ditentukan mempunyai masalah kurang sperma?


  1. Rawatan dengan ubat
  2. Intrauterine Insemination
  3. Intracytoplasmic insemination (ICSI)

1 comment: