15 Jan 2014

Apa itu Healing Crisis @ Proses Pemulihan

Salam,

Pernah dengar tak pasal Healing Crisis ataupun Proses Pemulihan.Biasanya keadaan ini terjadi bila kita mengambil sebarang supplemen atau vitamin.Begitu juga yang dialami oleh customer ida.Ada yang mengadu lepas consume supplemen Shaklee mesti demam , batuk dan sebagainya.

Ida akan bagi tau itu Healing Crisis ataupun Proses Pemulihan.Ok hari ni ida nak kongsikan pasal Healing Crisis ataupun Proses Pemulihan yang biasa dialami oleh sesiapa yang telah consume supplemen Shaklee.

Ida kredit info ni dari sini


Apa itu Healing Crisis?

Healing Crisis ialah kesan yang dirasai oleh mereka yang mengambil supplement atau makanan tambahan. Ini berlaku bila tubuh badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.

Menurut 'Hering's Law of Cure', Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.

Sebenarnya apa yang anda alami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik. Anda boleh ibaratkan badan anda tu seperti tangkip yang berkarat. Bila kita bersihkan karat tu akan keluar karat2 tu semua dan akhirnya barulah keluar air yang bersih. Itulah ibaratnya badan kita ni. Badan kita akan keluarkan semua toksin2 yang bahaya. Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.

Macammana pula kita nak kurangkan kesan healing crisis tu? 

Okaylah saya bagi contoh. Bila kita nak kurangkan karat dan kelodak dalam air tu, kita akan alirkan air yang banyak. Macam tu jugalah bila kita alami healing crisis. Kita perlu minum air yang banyak untuk memastikan healing crisis yang kita alami itu berkurangan. So, kalau anda alami healing crisis selepas mengamalkan vitamin Shaklee, amalkan minum air dengan kadar yang banyak sekurang-kurangnya 3L sehari. Insya allah, kesan yang anda alami itu akan berkurangan. Healing crisis bukan penanda anda tidak serasi tetapi adalah petanda yang bagus kerana tubuh badan anda bertindak balas dengan vitamin yang anda makan.

Anda juga boleh mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan kesan healing crisis kerana dapat membekalkan serat supaya toksin boleh dikeluarkan melalui najis.

Sekiranya ada baru mengamalkan vitamin ni boleh ambil dengan kuantiti yang sedikit bagi kurangkan healing crisis tu.

Proses penyembuhan berbeza bagi setiap orang. Ada yang 2-3 hari, berminggu dan ada juga berbulan-bulan.

Berikut adalah healing crisis dan penyebabnya

Keletihan, berasa mengantuk 
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih

Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi

Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan

Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon

Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah

Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi

Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)

Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit

Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat

Insomnia atau hiperaktif
Sistem Saraf yang lemah

Haid tidak teratus, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon

Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir

Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)

Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati

Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang


Note : Minum air sebanyak mungkin bagi mengurangkan kesan healing crisis anda. :)

0 comments:

Post a Comment